GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Sabtu, 6 Januari 2018

JUSTIN TIMBERLAKE GUNA NAMA KUALA LUMPUR MALAYSIA 2028 DI DALAM VIDEO MUZIK TERBARU BELIAU

GALAKSI VIRAL - Selepas The Rock memuji Malaysia di dalam laman instagram rasmi beliau, kini, paling terbaru, penyanyi Hollywood gred A iaitu Justin Timberlake pula menggunakan nama Kuala Lumpur Malaysia tahun 2028 sebagai intro awal  video muzik terbaru beliau berjudul Filthy.

                     

Video muzik ini baru saja ditontonkan di saluran Vevo rasmi Justin Timberlake pada 4 Januari 2018. Konsep video muzik ini sangat unik kerana menampilkan robot sebagai bintang utama di dalam video ini. Intro awal video muzik ini bermula dengan satu persidangan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia tahun 2028. Kemudian, kelihatan Justin Timberlake mempersembahkan "syarahan" @ lagu beliau dengan memperkenalkan robot manusia di mana Justin mengawal pergerakan robot itu secara wireless. Macam-macam pergerakan robot itu lakukan sehingga para penonton rasa teruja melihatnya.

PAN-ASIAN DEEP LEARNING CONFERENCE
KUALA LUMPUR,  MALAYSIA
2018
Printscreen Video Muzik Terbaru Justin Timberlake 

Sangat jarang artis gred A Hollywood mahu menggunakan nama Malaysia di dalam video muzik mereka. Ini adalah kerana majoriti masyarakat antarabangsa lebih mengenali Thailand, Singapura dan Filipina berbanding Malaysia. Walaupun judul lagu ini Filthy, tapi intro awal yang menampilkan persidangan intelektual di Kuala Lumpur ini boleh dibanggakan juga. Industri robotik tempatan semakin menunjukkan perkembangan positif di Malaysia. Mungkin kehadiran robot di dalam video muzik ini memberikan gambaran awal yang Malaysia boleh menjadi hub utama pendidikan dan perkembangan industri robotik di rantau Asia Pasifik pada masa akan datang. Sama-samalah kita nantikan. Jom tonton video muzik terbaru Justin Timberlake di bawah. 

Video Muzik Terbaru Justin Timberlake
(Klik Untuk Menonton)


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Robot Justin Timberlake. 

Sumber : YouTube Channel


34 ulasan:

  1. Alhamdulillah..moga yang positif itu menjadi satu inspirasi kepada rakyat Malaysia menjadi lebih menjaga segenap sudut kerana sudah ada yang mula memandang negara kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin kak PC. Setuju kak PC. Semoga negara kita bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dengan pelbagai kejayaan yang akan membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. :D

      Padam
  2. Balasan
    1. Pastinya terbaik kan kak Fatin. hihi. :D

      Padam
  3. Klik Vedio sebentar tadi..wah best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan Mr Etuza. Kreatif mereka semua ini. :)

      Padam
  4. Andai Malaysia terkenal dengan nama baik syukur alhamdulillah..
    Rakyat pun tumpang bangga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak LZ. Semoga Malaysia dikenali dengan pelbagai kejayaan yang akan membanggakan rakyat Malaysia kan kak. InsyaAllah. Aamin. :)

      Padam
  5. Turut rasa berbangga sbg rakyat Malaysia bila artis popular dunia menggangkat nama Malaysia.. terbaiklah! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Mr Khir. Justin Timberlake @ Putera Pop Dunia. Hihi. Terbaik semua. :)

      Padam
  6. Wahh..baru tgk vdeo ni.. tq sharing.. tumpang bangga sebab die naikkan nama Malaysia. Biar terkenal sbb perkara yg baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2x kak Cik Puan Ena. Hihi. Aah, betul tu kak. Biar nama Malaysia terkenal kerana perkara yang baik. GV setuju. :D

      Padam
  7. best klip video JT.. lama xdtg malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unik kan video muzik Justin Timberlake. Siap mention nama Malaysia lagi. Hihi. :)

      Padam
  8. Hari tu dah tengok. Baru perasan pula tajuk conference tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kak. Tajuk conference wat kat Kuala Lumpur. Kalau tgk audience pun macam orang Malaysia je. Hihi. :)

      Padam
  9. Kuala lumpur jadi pilihan? wowww!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kak JM. Bangga sekejap bila tgk intro muzik video Justin ini. hihi. :)

      Padam
  10. Semoga Malaysia terus dikenali Di persada dunia. Selalunya oorg barat mmg x kenal Malaysia pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mama. Orang Barat memang ramai tak kenal Malaysia. Dorg lebih kenal Thailand, Vietnam, Singapore dan Philipines. Huhu.

      Padam
  11. tumpang bangga sebagai rakyat Malaysia!

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. InsyaAllah. Aamin. :). Terima kasih sudi singgah Mr Obat. GV sangat menghargainya. :)

      Padam
  13. Malaysia dah terkenal..bangga la♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. GV pun turut bangga juga kak. Hihi. :)

      Padam
  14. tumpang bangga dan tumpang senyum

    BalasPadam
  15. musik yang renyah untuk didengarkan

    BalasPadam
  16. ada jugak org luar pandang malaysia kan. ehh/ hihihi

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D