AMELINA : 15 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Siapakah Ratu Dangdut paling popular di Malaysia. Jawapannya ialah Amelina. Amelina merupakan salah seorang Artis Paling Popular Era 90 an dan masih popular sehingga kini di Malaysia. 
Jika dilihat pada sejarah muzik Dangdut era 90 an, Diva Pop Ramlah Ram merupakan perintis kepada permulaan populariti lagu Dangdut era 90 an. Walaupun begitu, Amelina diberi kredit sebagai pencetus utama  kepada fenomena hebat Irama Dangdut kerana berjaya memberikan saingan hebat kepada penyanyi irama lain seperti seperti Pop, Rock, Dance Music dan R&B.

Lagu pertama Amelina berjudul Rindu Ah Ah  berjaya mengegarkan industri muzik Malaysia pada tahun 1995 kerana kerancakan dan keunikan lagu itu. Malah, album pertama Amelina juga telah berjaya membuat kejutan apabila terjual lebih 200,000 unit di pasaran dan hampir kesemua lagu di dalam albumnya itu sangat popular di kalangan pendengar muzik ketika itu.

Kecemerlangan Amelina diteruskan lagi dengan penerbitan album Asyik di mana album ini telah berjaya menjadi Album Dangdut Solo Studio Paling Laris Dalam Sejarah Muzik Malaysia. Album ini telah berjaya terjual lebih 250,000 unit dan juga pemegang rekod Album Studio Solo Paling Laris Tahun 1996.

Tahun 1996 juga boleh dikatakan tahun kegemilangan Irama Dangdut kerana banyak album Dangdut sangat laris di pasaran muzik Malaysia. Ini termasuklah album kompilasi rakaman semula Dang Dang Dut yang mengabungkan tiga artis Dangdut paling popular di Malaysia ketika itu iaitu Amelina, Sheeda dan Iwan. Album ini mencetuskan fenomena tersendiri apabila terjual lebih 350,000 unit dan memegang rekod Album Dangdut Paling Laris Sepanjang Masa di Malaysia.

Amelina juga dikenali sebagai salah seorang Ikon Muzik Malaysia kerana kejayaan hebat beliau di dalam industri muzik Malaysia dan impak fenomena beliau di dalam budaya pop Malaysia. Beliau sentiasa diingati sebagai artis Dangdut pertama yang berjaya mengangkat Irama Dangdut ke satu tahap berbeza sebelum ini dengan imej beliau yang elegan dan konsep muzik Dangdut Kontemporari. Disebabkan itulah juga nama Amelina masih lagi menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia sehingga kini dan ianya akan berterusan untuk suatu jangka masa yang lama pada masa akan datang.

BIODATA RINGKAS AMELINA

NAMA SEBENAR : Norazlina Binti Amir Sharifuddin
UMUR : 43 tahun
TARIKH LAHIR : 4 Ogos 1974
TEMPAT LAHIR : Negeri Sembilan
TAHUN AKTIF : 1994 - kini, 2014 - kini
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
- Artis Baru Paling Popular Tahun 1995
- Album Pop Tradisional Terbaik AIM 1996 (Asyik)
- Satu-satunya penyanyi dangdut tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular ABP 1995
- Finalis Kategori Irama Malaysia AJL 1996 (Ah Rindu Lagi)
- Salah seorang artis paling laris jualan album di Malaysia dengan anggaran jualan keseluruhan album solo studio lebih 500, 000 unit
- Artis Paling Laris Jualan Album Tahun 1996 (Asyik : 250,000 unit, Dang Dang Dut : 350,000 unit)
- Pernah Membuat Persembahan Di Sukan Komanwel 1998
- Juri Tetap D' Academy Asia Indonesia 2015/16
- 30 Living Legends Media Hiburan 2015



RATU DANGDUT MALAYSIA 
AMELINA
15 LAGU PALING POPULAR 
SEPANJANG ZAMAN


01. RINDU
Komposer : Darwis / Darwis 
Album : Amelina 
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu ini yang cukup terkenal dengan lirik Ah Ah ini sememangnya adalah salah satu lagu Irama Dangdut paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Kerancakan melodi dan gaya penyampaian bersahaja Amelina melalui lagu ini telah berjaya menjadikan lagu  ini  sebagai  salah satu lagu paling popular tahun 1995. 
Audio Lagu Rindu
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel

02. YANG INDAH YANG HANGAT
Komposer : Toyak / Huzz
Album : Amelina
Tahun : 1994
Catatan :
Lagu ini juga cukup popular dan sama hebat popularitinya dengan lagu Rindu. Malah, lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Irama Malaysia Muzik Muzik 1995. Lagu ini mempunyai unsur sedikit Pop Raggae yang digabungkan dengan Irama Dangdut moden. 
Audio Lagu Yang Indah Yang Hangat
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


03. ANDAIKAN BINTANG BERKATA
Komposer : Ruslan Mamat / Zuraini
Album : Amelina
Tahun : 1994
Catatan :
Lagu ini berjaya memasuki peringkat Separuh Akhir Irama Malaysia Muzik Muzik 1995. Lagu ini agak berbeza dengan lagu Amelina yang lain kerana menggunakan konsep Irama Dangdut Hindustan dan Dangdut klasik.
Audio Lagu Andai Bintang Berkata
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


04. ASYIK
Komposer : Fitri
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini merupakan satu-satunya lagu Irama Dangdut yang berjaya menjuarai Carta Muzik Muzik  edisi 1995/1996. Lagu ini juga berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1996. Lagu ini juga merupakan salah satu contoh lagu Dangdut Melayu Moden yang sangat popular dari dahulu sehinggalah sekarang. 
Audio Lagu Asyik
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


05. DI DADAKU ADA KAMU
Komposer : Toyak
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini juga sehebat lagu Asyik di mana ia berjaya mendapat kedudukan terbaik Nombor Tiga apabila disenaraikan di dalam Carta Muzik Muzik edisi 1995/1996. Ia menunjukkan yang lagu Amelina bukan calang-calang lagu kerana berjaya mengubah persepsi tipikal yang lagu Dangdut hanya berjaya di kedudukan paling tinggi No.4 sahaja di dalam Carta Muzik Muzik. Namun, lagu Asyik dan Di Dadaku Ada Kamu telah berjaya membuktikan tanggapan itu adalah salah sama sekali. 
Audio Lagu Di Dadaku Ada Kamu
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


06. AH RINDU LAGI
Komposer : Nabila / Arab
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini telah berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1996 untuk kategori Irama Malaysia. Ramai kagum dengan persembahan yang menghiburkan daripada Amelina ketika itu. 
Audio Lagu Ah Rindu Lagi
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


07. ANAK DARA
Komposer : Toyak
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini ada dibuat versi rakaman semula dengan menggunakan konsep Pop Dance Dangdut. Lagu ini kerap dijadikan lagu senaman di pusat-pusat senaman aerobik di seluruh Malaysia. 
Audio Lagu Anak Dara
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


]
08. SINI CINTA SANA CINTA
Komposer : Toyak
Album : Puteri Dandgiut
Tahun : 1996
Catatan :
Persembahan mantap Amelina dan Sheeda di Separuh Akhir Muzik Muzik 1996 melalui lagu ini  telah berjaya membuktikan yang mereka berdua adalah pasangan duet Dangdut wanita paling serasi di Malaysia.
Audio Lagu Sini Cinta Sana Cinta
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel




09. YANG TERSAYANG
Komposer : Iman S. Ariffin / Jhonny Iskandar
Album : Dang Dang Dut
Tahun : 1996
Catatan :
Melalui lagu ini, album Dang Dang Dut telah meletup di pasaran dan menjadikan Amelina/Iwan sebagai pasangan duet lelaki/wanita Dangdut paling ideal sekali di Malaysia. Video muzik lagu ini kerap dimainkan di TV dan menjadi fenomena pada tahun 1996.
Audio Lagu Yang Tersayang
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel

10. SECANGKIR MADU MERAH
Komposer : Mukhtar B
Album : Dang Dang Dut 
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini kerap dimainkan di mana-mana majlis keraian dan juga di Bazar Ramadan hampir setiap tahun. Lagu ini juga berjaya membuktikan sekali lagi paduan vokal dua Ratu Dangdut iaitu Amelina dan Sheeda adalah sama hebat dan mantap. 
Audio Lagu Secangkir Madu Merah
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


11. CINTA OH CINTA
Komposer : Deddy Kochan
Album : Cinta Oh Cinta
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu Dangdut ini unik kerana menggabungkan irama Dangdut Moden dengan Irama Cha Cha. Antara kelainan yang cuba disampaikan oleh Amelina di dalam album ini. 
Audio Lagu Cinta Oh Cinta
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


12. SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK
Komposer : Iwan
Album : Cinta Oh Cinta
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini ibarat lagu gabungan Rindu + Asyik dan jadilah Semakin Rindu Semakin Asyik. Lagu Dangdut Melayu ini juga sangat popular pada tahun 1997 dan banyak menjuarai Carta Lagu di Radio seluruh Malaysia ketika itu.
Audio Lagu Semakin Rindu Semakin Asyik
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


13. ZAPIN TUJUH PURNAMA
Komposer : Akur
Album : Cinta O Cinta
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah percubaan pertama Amelina menyanyikan lagu baru Irama Malaysia di dalam album beliau. Ini juga menunjukkan yang Amelina mampu menyanyikan lagu Irama Malaysia dengan baik sekali. 
Audio Lagu Zapin Tujuh Purnama
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel

14. MEMORI DAUN PISANG
Komposer : Harry RKS / Solid AG
Album : Dang Dang Dut 2 
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini amat popular pada tahun 1998 dan masih popular sehingga kini. Ramai budak generasi sekarang menyanyikan lagu ini di pusat karaoke atau di majlis perkahwinan. Antara lagu Amelina yang paling  popular di dalam sejarah karier nyanyiannya. 
Audio Lagu Memori Daun Pisang
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


15. SERI LANGKAT
Komposer : Copyright Controlled
Album : Samrah
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu duet ini berjaya membuktikan yang paduan vokal Amelina dan Jamal Abdillah ternyata berhasil dan sedap didengar. Malah, lagu ini juga sangat popular ketika itu dan masih diingati sehingga kini.
Audio Lagu Seri Langkat
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel







Sumber : WarnerMusicMalaysia  YouTube Channel & Google Image

11 ulasan:

  1. Tak dinafikan, sebenarnya lagu Amelina masih layan gak dengar sampai sekarang :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah GV kak Siqah. Lagu Amelina best best. hihi. :D

      Padam
  2. Dulu masa sekolah lg layan lagu dangdut..ada album die..hehe..ari2 bukak tu..paling suka karoke lagu no 12..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kak Cik Puan Ena. hihi. Teringat zaman sekolah dulu2x buka kaset amelina. hihi. Lagu semakin rindu semakin asyik memang sangat popular dahulu. :D

      Padam
  3. throwback amelina ...Alam pun layan jugak dangdut..ase nak berjongget pulak tgk video2 lama ni

    https://caramelmacchiyato.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Best joget dangdut Amelina tu kak Alam. Terbaik la. hihi. :D

      Padam
  4. Kak PC membesar dengan lagu Amelina ni GV...lebih-lebih lagi yang duet dengan Iwan dan Sheda tu...satu masa dulu jadi siulan sampai ke sekolah budak-budak lelaki..setelah menyepi,sekarang Amelina kembali ke persada seni...moga beliau terus success..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kak PC. GV pun membesar dengan lagu2x kak Amelina juga. Lagu duet ngan Iwan dan Sheeda mmg best. Hihi. Semoga beliau terus success juga kak PC. Terbaik semua. :D

      Padam
  5. Lagu Amelina sangat sesuai dengan suara manja dan lenggok dangdut yang dibawa..
    Tak rasa meluat tapi terhibur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak LZ. Maybe sebab tu Amelina menjadi fenomena dan popular sehingga kini. Terbaik semua kak LZ. :D

      Padam
  6. Saya pernah berfikir bahawa semua syarikat pinjaman dalam talian adalah penipuan. Sehingga saya berjumpa dengan firma pinjaman Suzan yang meminjamkan wang saya tanpa bayaran pendahuluan yang begitu menakjubkan. hubungi firma suzan suzninvestment@gmail.com

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D