Ads Top

INILAH FILEM RUSIA YANG MENCETUSKAN FENOMENA BARU DI RUSIA

Sangat jarang kita didedahkan dengan informasi berkaitan industri filem Rusia. Sebenarnya  Rusia juga mempunyai banyak filem yang menarik untuk ditonton oleh kita semua. Jalan cerita mereka sudah tentu unik jika ia berkaitan dengan budaya dan kepercayaan setempat di sana. Contohnya seperti filem supernatural versi Rusia iaitu Night Watch dan sequelnya Day Watch . Kedua-dua filem ini dianggap sebagai pencetus fenomena baru kepada industri filem Rusia kerana pernah menjadi filem Rusia No.1 dengan kutipan lebih 30 juta dollar setiap satu filem (Night Watch : $ 33,888,078  / Day Watch : $ 38,862,712). Pasti ada sesuatu menarik mengenai filem ini sehingga ianya boleh menjana kutipan filem luar biasa dan diiktiraf sebagai antara filem perintis kepada perkembangan semula industri filem Rusia. Jom kita baca serba sedikit sinopsis kedua - dua filem berkait ini.

Skroll Peta Chalk Of Fate 

NIGHT WATCH
Permulaan cerita ini ada menerangkan siapakah Night Watch dan Day Watch. Ianya bermula dengan sekumpulan manusia yang digelar The Others di mana mereka ini mempunyai kuasa ghaib dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan cahaya dan kumpulan kegelapan. Kedua puak ini sentiasa berlawan dan bergaduh sehingga tiada penghujungnya. Akhirnya, kedua-dua pihak ini berdamai dan membuat satu perjanjian sama - sama menang iaitu mereka akan bekerjasama antara satu sama lain demi menjaga keselematan dan kedamaian puak masing - masing. Kumpulan cahaya digelar sebagai Night Watch dan mereka berkuasa untuk mengawal kegelapan di waktu malam. Manakala kumpulan kegelapan pula digelar Day Watch dan mereka berkuasa untuk mengawal cahaya di waktu siang. Seterusnya, jalan cerita difokuskan kepada watak utama iaitu Anton yang baru ditinggalkan isterinya yang pada masa itu tengah mengandung anaknya. Anton ini sebenarnya adalah salah seorang The Others yang bermaksud orang boleh melihat perkara ghaib tetapi beliau tidak mengetahuinya. Setelah beliau mengetahuinya, beliau pun menjadi salah seorang ahli kumpulan cahaya dan bertugas menjalankan sebagai penjaga cahaya di waktu malam. Pada masa ini, golongan Day Watch juga dikenali sebagai pontianak kerana mereka hanya minum darah iaitu darah haiwan dan dilarang minum darah manusia. Walau bagaimanapun, ada juga pontianak yang ingkar dan terus memburu manusia untuk menghisap darah mereka. Di sini menjadi kewajipan kepada Night Watch untuk mengelakkan hal ini berlaku. Yang menariknya mereka di dalam cerita ini menggunakan lampu suluh untuk bunuh atau halau pontianak daripada mendekati mereka. Selepas itu, muncul pula satu lagi watak penting iaitu Svetlana yang telah disumpah jika sesiapa berdekatan dengannya akan mendapat nasib malang. Ketua Night Watch mahu cari siapakah yang memberikan sumpahan itu kepada Svetlana kerana ianya akan memberikan keburukan kepada seluruh manusia sejagat jika tidak dibendung daripada awal. Hendak ditambahkan cerita lagi, Yegor iaitu anak Anton yang sudah besar nyaris - nyaris hendak kena makan dengan pontianak tetapi beliau masih selamat kerana diselamatkan oleh sekumpulan Night Watch yang lain. Di hujung cerita, rupa - rupanya yang telah sumpah Svetlana tadi adalah dirinya sendiri dan beliau bersama Yegor adalah dua orang The Others yang mempunyai kuasa paling kuat dalam sejarah kaum The Others dan kini kedua - duanya mesti memilih jalan kehidupan mereka samada mahu ke arah kegelapan atau cahaya kehidupan.

DAY WATCH
Permulaan cerita ini bermula di utara Iran di mana terdapat satu pasukan tentera yang ingin mencari Chalk Of Fate yang mempunyai kuasa untuk memutarkan masa kembali. Dan itu menjadi matlamat utama kepada Anton kerana dia mahu putar balik masa supaya anaknya kembali menjadi baik dan berharap semua berakhir dengan baik. Untuk pengetahuan semua, Yegor iaitu anak Anton sudah menjadi orang paling kuat di dalam kegelapan dan Svetlana pula menjadi orang paling kuat di dalam cahaya kehidupan. Anton juga pada masa ini sedang bercinta dengan Svetlana dan membuatkan anak Yegor cemburu dengan hubungan mereka berdua. Antara adegan menarik dalam movie ini ialah ketika Svetlana mengejar Yegor hingga masuk ke dunia ghaib. Begitu juga dengan adegan lemparan bola yo yo hari kiamat yang telah memusnahkan hampir seluruh bandar Moscow pada masa itu. Memang diakui kesan khas untuk movie ini memang hebat dan menarik. Jika anda tertanya-tanya samada berjayakah Anton dengan misinya untuk mendapatkan Chalk Of Fate itu dan apakah kesudahannya ?  Jawapannya ialah anda boleh tonton kedua dua filem tersebut di bawah ini. 


Antara adegan menarik di dalam filem ini.


Sila klik link di bawah untuk menonton filem Night Watch (2004)
Watch Night Watch 2004 Online | Free Movies:

Sila klik link di bawah untuk menonton filem Day Watch (2006)
Watch Day Watch 2006 Online | Free Movies:


Skroll Peta Chalk Of Fate


Sumber : Google Image, FMovies & Wikipedia

8 comments:

  1. cerita seram..paling tak seronok saya tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ini agak seram juga sebab ada vampire. huhu.

      Delete
    2. kalau tengok dengan awek mesti berani punya..nak tunjuk eksen sikit

      nak tunjuk

      Delete
    3. hihihi... ala ala control macho gitew kan. hihi.

      Delete
  2. Replies
    1. aah, mmg menarik Mama. best juga cite nie. hihi

      Delete
  3. filem seram, akak suka,,, duk kaji pasal filem seram gak tp bab nak tgk kekadang tutup mata gk... apa pun terpaksa tgk... hukhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak. hihi. tapi filem seram rusia ini tak berapa seram kak tapi jalan cerita dia unik sebab dikaitkan dengan mitologi Rusia juga kak. redah jew kak. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.