Ads Top

ANAK SAUDARA ZIANA ZAIN - DANIAL ZAIN SUARA SEDAP MACAM ANUAR ZAIN

Setelah mendengar suara Danial Zain iaitu anak saudara Diva Pop Ziana Zain dan Raja R&B Anuar Zain menyanyikan lagu John Legend berjudul All Of Me, tidak dapat dinafikan beliau  sebenarnya adalah seorang penyanyi yang sangat berbakat besar seperti mana Ernie Zakri juga. Selain Ziana dan Anuar yang pastinya memuji bakat beliau itu, terdapat  seorang lagi artis bernama besar turut memuji bakat beliau iaitu Dato' Siti Nurhaliza. Bukan senang hendak mendapat pujian daripada tiga legenda muzik Malaysia pada satu masa yang sama. Ini juga bermakna Danial sangat beruntung kerana mendapat pujian daripada artis Gred A Malaysia dan ianya juga memberikan satu petanda positif bahawa beliau mempunyai potensi untuk pergi jauh di dalam bidang nyanyian ini. Selain itu, terdapat satu lagi perkara yang menarik mengenai Danial iaitu beliau juga merupakan seorang yang pandai menari pelbagai jenis muzik lagu. Itu sebenarnya merupakan satu kelebihan kepada beliau kerana mempunyai  pakej bakat yang bagus untuk digilap menjadi seorang penghibur yang professional. Di bawah ada satu video Danial di mana beliau menyanyikan lagu secara live iaitu lagu All Of Me dan juga ada dance battle beliau dengan tetamu jemputan di dalam rancangan Motif Viral. (scene Danial Zain bermula pada minit 4.31 minit).


Screenshot 
Komen Dato' Siti Nurhaliza di Instagram Diva Pop Ziana Zain

Video Daniel Zain 
Motif Viral
Credit to Thinker Studios You Tube Channel

Gambar Ini Daripada Instagram IAmZianaZain


Sumber : Instagram Ziana Zain, Motif Viral

6 comments:

  1. Alhamdulillah bakat...betul diacuankan molek hujungnya..moga terus berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. darah seni sangat mereka kan kak. hihi. :)

      Delete
  2. bakat rezeki Allah.. mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah rezeki mereka kan kak. syukur alhamdullilah. :)

      Delete
  3. Ramai betul keluarga Zain dalam industri kita tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka semua sangat berbakat. hope mereka semua berjaya dengan cemerlang di dalam industri muzik ini nanti. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.