Ads Top

ASIA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 5 (2017) :Episode 4 - Vietnam Menang, Malaysia Tetap Hebat

Tu Vietnam
Asia's Next Top Model 2017

SINOPSIS EPISOD 4 :
Akhirnya berlaku juga drama pergaduhan mulut antara peserta wanita ini untuk musim ini. Tu Vietnam menegur Clara Indonesia supaya tidur awal dan tidak bercakap kuat apabila tiba waktu tengah malam kerana menganggu orang lain untuk tidur. Disebabkan tiada persefahaman, jadi mereka pun berbalas percakapan antara satu sama lain. Namun itu semua hanya sementara sahaja. Seterusnya, blogger fesyen terkenal Singapura Andrea Goh telah datang melawat ke rumah peserta dan menjadi juri untuk pertandingan Social Media Challenge - I Woke Up Like This Selfie. Maksud pertandingan selfie ini ialah setiap model perlu mengambil gambar selfie seolah-olah mereka baru bangun tidur dan nampak serabut tapi pada masa yang masa mereka masih nampak menarik. Terdapat empat kumpulan yang dibahagikan oleh Andrea iaitu Kumpulan 1 - Alicia Malaysia, Cindy Taiwan & Tu Vietnam ; Kumpulan 2 - Nametha Singapura, Clara Indonesia & Valerie Indonesia ; Kumpulan 3 - Shikin Malaysia, Layla Singapura & Dorothy Thailand dan Kumpulan 4 - Maureen Filipina & Veronika Indonesia. Pemenang cabaran ini ialah Valerie Indonesia. Manakala untuk cabaran photoshoot pula mereka perlu bergambar di dalam bas dengan fesyen urban chic. Sewaktu pengambaran, ketidakserasian antara Nametha Singapura dan Clara Indonesia telah memberikan mereka satu kelebihan apabila masing-masing tampil memberikan gaya model yang menarik dan seterusnya mendapat markah yang tinggi ketika proses penilaian akhir model. Berbeza dengan Layla Singapura yang menghadapi kesukaran dalam memberikan gaya terbaik ketika proses pengambaran dan ini telah menyebabkan Layla terkeluar untuk episod kali ini. Juri undangan kali ini ialah salah seorang Top Model Lelaki Popular di Asia iaitu Jason Godfrey dan  Model Wanita Asia Madi Ross.  

Tema : The Girl Who Learnt That She Was Flawsome
Episode : 4
Tarikh : 26 April 2017 / Hari : Rabu / Jam : 09.05 PM - 10.05 PM
Saluran : Starworld Asia 711/722 (HD)

Untuk Episod Keempat Ini Melibatkan Dua Cabaran


Cabaran 1 : Social Media Challenge - I Woke Up Like This Selfie.
Pemenang : Valerie Indonesia
Mentor Undangan: Andrea Chong (Blogger Fesyen Singapura)

Cabaran 2 : Urban Chic In Groups On A Bus
Pemenang : Tu Vietnam
Jurufoto : Yu Tsai


JURI TETAP :
Dari Kiri - Cindy Bishop (Hos/Ketua Juri), Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Juri)

JURI UNDANGAN :
JASON GODFREY 
TOP MODEL KANADA/FILIPINA

MADI ROSS
TOP MODEL KANADA/THAILAND


KEDUDUKAN PESERTA MENGIKUT MARKAH TERTINGGI
(MUSIM 5 EPISOD 4)
01. TU VIETNAM 
GAMBAR TERBAIK  EPISOD 4
Dari Kiri : TU VIETNAM (N0.1), CINDY TAIWAN (N0.6) & ALICIA MALAYSIA (N0.9)

Dari Kiri : VALERIE INDONESIA (NO.4), NAMETHA SINGAPURA (NO.2) & CLARA INDONESIA (NO.8)

Dari Kiri : VERONIKA INDONESIA (N0.5) & MAUREEN FILIPINA (N0.3)

Dari Kiri : LAYLA SINGAPURA (N0.11-TERKELUAR EPISOD 4), DOROTHY THAILAND (N0.10 ) & SHIKIN MALAYSIA (N0.7 )

ANDA BOLEH TONTON EPISOD 4 DI SINI :
Credit to Asia Next Top Model  Youtube Channel

Tu Vietnam
Asia's Next Top Model 2017


Sumber Rujukan : ASNTM Facebook/Website & Google Images.



2 comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.