Sunday, February 26, 2017

ANUAR ZAIN : 10 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Raja R&B Malaysia, Anuar Zain sememangnya sudah menjadi legenda muzik tanah air yg sgt disegani kerana kekuatan vokal  dan populariti beliau yg sehingga kini masih lagi bertahan. Bermula pada tahun 1983, Anuar muncul bersama teman duet beliau iaitu Ellina menghasilkan album kanak-kanak di mana ia memuatkan lagu hits sepanjang zaman, Kain Pelikat. Kemudian, pada tahun 1998, Anuar Zain muncul kembali ke dalam persada seni tanah air setelah sekian lama menyepikan diri dengan album baru beliau yang berkonsepkan muzik R&B. Anuar Zain juga sudah banyak kali menang Vokal Lelaki Terbaik dan Penyanyi Lelaki Popular di pelbagai anugerah hiburan Malaysia. Sehingga kini, semua album solo studio Anuar Zain berjaya menghasilkan lagu hits dan popular di kalangan peminat. Di bawah terdapat 10 lagu nyanyian solo oleh Anuar Zain paling popular sepanjang karier beliau. 
Anuar Zain 


01.Bila Resah
Komposer/Penulis Lirik : Aznul Haidi
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama pencetus fenomena Anuar Zain versi solo/dewasa sehingga berjaya mengumpul kelompok peminat generasi baru ketika itu.

02.Jangan Menangis Sayang
Komposer/Penulis Lirik : Boon Tan / Amran Omar
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu Balada/Pop R&B ini cukup mencabar vokal dan selalu menjadi pilihan peserta nyanyian di pertandingan nyanyian. 


Anuar Zain 1998


03.Keabdian Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Azlan Abu Hassan / Azalea
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan : Saluran TV NTV7 pada tahun 2002 kerap menayangkan video muzik lagu ini pada setiap hari sehingga terus menjadi siulan para peminat seni tanah air. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular tahun 2002 dan 2003. 

04.Mungkin
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003
Catatan : Lagu ini juga sangat mencabar vokal dan merupakan lagu kegemaran ramai untuk karoake. 

05.Sesucinya Cintamu
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003
Catatan : Lagu ini sgt popular dan selalu diputarkan di radio seluruh Malaysia. Video muzik lagu ini juga menarik.

06.Semuanya Untukmu
Komposer/Penulis Lirik : Sharizan Salmi
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003/2004
Catatan : Dikatakan lagu ini ditujukan kepada para peminat setia Anuar Zain yang tidak henti2x memberikan sokongan pada Anuar Zain. Lagu ini juga merupakan antara lagu paling kerap dipilih oleh peserta nyanyian di Malaysia utk dinyanyikan di pertandingan nyanyian.


Anuar Zain 2002



07.Perpisahan
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Cinta OST
Tahun : 2006
Catatan : Lagu sedih ini cukup popular di radio dan pernah menjadi juara carta Hot FM 30 di radio Hot FM. 


Cinta OST



08.Lelaki Ini
Komposer/Penulis Lirik : Numata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2007
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan salah satu lagu terbaik Anuar Zain dan sgt popular pada tahun 2007. Dari segi melodi dan lirik lagu ini, semuanya sempurna dan ditambah pula dengan vokal terbaik Anuar Zain. 

09.Ketulusan Hati
Komposer/Penulis Lirik : Numata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2007/2008
Catatan : Lagu ini sgt popular di saluran Astro Oasis kerana dijadikan lagu tema sebuah video berunsurkan kerohanian.


Anuar Zain 2007



10.Sedetik Lebih
Komposer/Penulis Lirik : Edry KRU
Album : Hikayat Merong Mahawangsa OST
Tahun : 2011
Catatan : Lagu ini adalah lagu paling popular tahun 2011. Anuar Zain juga berjaya menjadi antara penyanyi yg berjaya mendapat lagu No.1 utk empat dekad berbeza (80an,90an, 2000an dan 2010an). Kejayaan ini sudah cukup membuktikan yang Anuar Zain adalah legenda muzik Malaysia yg cukup hebat  dari segi bakat dan juga populariti. 

Hikayat Merong Mahawangsa OST



Anuar Zain




Semua Imej Gambar Adalah Carian Google


Saturday, February 25, 2017

ZIANA ZAIN : 21 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Diva Pop Ziana Zain, suatu nama yang sangat terkenal di Malaysia. Seorang penghibur serba boleh dan berjaya mempertahankan populariti utk jangka masa yg sangat lama. Living Legend ini juga turut dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ikon Fesyen Negara, Whitney Houston Malaysia, Ratu Angkat Kening, Ratu Nada Tinggi, Jennifer Lopez Malaysia dan banyak lagi. Kini, setelah hampir 26 tahun di dalam industri hiburan Malaysia, pastinya terdapat banyak lagu hits beliau yg telah menjadi evergreen dan popular sepanjang zaman. Di bawah adalah 21 lagu paling popular nyanyian solo Ziana Zain yg pastinya menjadi sebutan para peminat seni hiburan tanah air. 



Ziana Zain



01.Madah Berhelah
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1991
Catatan : Ini adalah lagu pertama yg  mempopularkan Ziana di dalam bidang muzik. Ramai peminat kagum dengan kekuatan vokal Ziana yg unik dan dinamik ini. Malah boleh dikatakan melalui lagu inilah Ziana dikenali sebagai penyanyi power vocal atau penyanyi bernada tinggi yang hebat. Lagu ini juga merupakan antara lagu paling kerap dipilih oleh peserta nyanyian di pertandingan nyanyian kerana lagu  ini  dapat menonjolkan kekuatan vokal seseorang penyanyi itu. Lagu Madah Berhelah juga merupakan salah satu lagu Malaysia paling popular sepanjang zaman.

Album Ziana Zain 



02.Anggapanmu
Komposer/Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu Sekebun Cinta Nan Berbunga ini mmg sgt fenomena kerana lirik lagunya yg unik dan menjadi siulan peminat sehingga kini. Lagu ini sememangnya menjadi salah satu signature song Ziana paling popular di dalam karier beliau.

03.Putus Terpaksa
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan lagu Ziana paling susah dan sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. Ini disebabkan lagu ini memerlukan kekuatan vokal yang sgt hebat dan penghayatan lagu yg sgt tinggi. Lagu ini mmg cukup popular pada tahun 1993 dan kembali menjadi fenomena selepas Siti Nordiana menyanyikan semula lagu ini  di final Gegar Vaganza 2015. 

04.Kasihku Pertahankan 
Komposer/Penulis Lirik : Anuar / Azam Dungun
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini meneruskan kesinambungan populariti Ziana selepas lagu Anggapanmu dan Putus Terpaksa meletup di persada seni.

Album Ziana Zain



05.Kekal
Komposer/Penulis Lirik : Salman / Loloq
Album : Hits Unggul / Sembilu 2 OST
Tahun : 1994/1995
Catatan : Lagu Kekal mmg sgt popular di radio seperti rancangan popular radio Pilihan Bersama Radio Muzik. Malah, boleh dikatakan hampir setiap hari lagu ini dimainkan di radio pada tahun 1995.

Album OST Sembilu 2



06.Bersama Akhirnya
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini merupakan kesinambungan populariti Ziana dalam menuju ke puncak populariti Ziana. Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1995.


07.Sangkar Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Idzahar / Azam Dungun
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini merupakan lagu rancak Ziana yg paling popular sehingga kini. Malah ia juga selalu dinyanyikan oleh peserta nyanyian di Malaysia.


08.Kemelut Di Muara Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri / Lukhman.S
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Jika anda masih ingat, lagu ini pernah dinyanyikan oleh Diva Pop Malaysia Dato' Siti Nurhaliza ketika peringkat separuh akhir Bintang HMI 1995. Malah, Dato' Siti sendiri merupakan peminat dan teman baik Ziana Zain.

09.Setiaku Di Disini
Komposer/Penulis Lirik : Salman / Loloq
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan :  Lagu ini pernah menjadi juara carta Muzik Muzik pada tahun 1996 dan merupakan antara lagu Ziana paling popular ketika itu.


10.Tiada Kepastian
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu Balada ini juga turut menarik perhatian para peminat tanah air ketika itu kerana melodi lagunya yg indah dan liriknya yg puitis.


Album Setiaku Di Sini




11.Korban Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Maria Mariana OST
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini meneruskan kecemerlangan dan penguasaan Ziana di dalam bidang seni tanahair pada tahun itu. Lagu berjaya menjadi juara carta hampir semua carta radio di Malaysia ketika itu dan pernah dinobatkan Lagu Paling Popular tahun 1996 di Anugerah Muzik Singapura. 


Album OST Maria Mariana 



12.Gerhana
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Ziana Zain Unplugged
Tahun : 1996
Catatan : Satu2xnya lagu Pop Balada Akustik Ziana paling popular sehingga kini. Lagu ini juga sgt popular pada tahun 1996 dan 1997.


Album Ziana Zain Unplugged



13.Puncak Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Maya Sari
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Ziana paling popular dan terbaik di dalam karier beliau. Banyak kejayaan diperolehi melalui lagu ini. Malah video muzik lagu ini juga dikatakan muzik video terbaik Ziana Zain selain video muzik Menadah Gerimis.

14.Kalau Mencari Teman
Komposer/Penulis Lirik : Razman / Habsah Hassan
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Satu2xnya lagu Irama Etnik Ziana yg popular dan menjadi evergreen sehingga kini. Irama Joget Latin dalam lagu ini menjadikan lagu ini sgt unik dan berbeza dengan lagu Etnik yang lain.

15.Berpisah Jua
Komposer/Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini kembali menjadi fenomena apabila Kak Lina Pom Pom menyanyikannya di Gegar Vaganza 2016. Lagu ini juga cukup popular pada tahun 1997 dan 1998.

16.Terlerai Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997/1998
Catatan : Lagu ini berjaya berada dalam carta Muzik Muzik selama 44 minggu dan 5 minggu daripadanya berada di kedudukan No.1


Album Puncak Kasih



17.Tiada Jodoh Antara Kita
Komposer/Penulis Lirik : Fauzi Marzuki / Lukhman.S
Album : Best of Ziana Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini sgt popular tahun 1998 dan album kompilasi ini juga sangat laris pada tahun itu.

Album Best Of Ziana Zain



18.Syurga Di Hati Kita
Komposer/Penulis Lirik : LY / Baiduri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1998/1999
Catatan : Lagu Balada romantis ini telah berjaya menjadikan Ziana salah seorang penyanyi paling popular tahun 1999. Malah pada tahun ini Ziana membuat kejutan dengan memotong rambut pendek dan imej album Ziana juga kelihatan sangat vogue serta menarik. 

Album Ziana Zain



19.Menadah Gerimis
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer
Album : Aku Cintakan Mu
Tahun : 2001
Catatan : Antara lagu Balada terbaik Ziana Zain kerana muziknya yang berbeza daripada lagu Ziana sebelum ini. Ketika ini juga Ziana berjaya menarik perhatian ramai peminat generasi baru dengan lagu Ziana yg fresh dan imej yg sgt elegan. Malah Ziana juga turut digelar Jennifer Lopez Malaysia. kerana wajah beliau seakan JLO. Video muzik lagu ini juga menarik dan unik. 

Album Aku Cintakan Mu 



20.Lembah Asmara
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Roslen
Album : Ziana Zain No.1's Live
Tahun : 2003
Catatan : Lagu ini cukup popular dan diingati ramai kerana ada part high note Ziana yg agak panjang dalam lagu ini. Ini juga menyerlahkan kekuatan vokal Ziana.


Album Ziana Zain No.1's Live



21.Dingin
Komposer/Penulis Lirik : Azlan Abu Hassan / Ucu
Single : Dingin
Tahun : 2008
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 2008 dan berjaya menarik perhatian peminat baru generasi Z ketika itu.

Single Dingin



Ziana Zain


Lagu2x di atas juga boleh menjadi pilihan utk dinyanyikan di pertandingan nyanyian kerana kesemua lagu Ziana sebenarnya boleh dikatakan lagu pertandingan vokal. Sebab itu kebanyakan juara pertandingan nyanyian Malaysia akan menjadi juara jika mereka berjaya menyanyikan lagu Ziana dengan cemerlang dan hebat. Selain berkemampuan menyanyi lagu bernada tinggi, Ziana juga dikenali sebagai penyanyi yg bulat sebutannya ketika menyanyi. Sebab itulah kita dapat merasai dan memahami apa yg dinyanyikan oleh Ziana kerana penyampaian patah lagu Ziana sangat jelas dan juga penghayatan yg tinggi utk setiap lagu dinyanyikannya. Betapa hebatnya penangan bakat dan populariti Diva Pop Ziana Zain. 


Semua Imej Gambar Adalah Carian Google




DATO' SITI NURHALIZA : 20 LAGU PALING POPULAR

Dato' Siti Nurhaliza merupakan Artis No.1 Malaysia yang bertahan utk jangka masa yg sgt lama iaitu daripada pertengahan 90 an sehinggalah kini. Andai kata Dato' Siti masih bertanding Anugerah Bintang Popular, GV (Galaksi Viral) yakin Dato' Siti akan menang kategori Penyanyi Wanita Popular berturut2x sehingga kini dan seterusnya menang Bintang Paling Popular. Setelah hampir lebih 20 tahun dalam industri muzik, sudah tentu banyak lagu popular Dato' Siti yang telah menjadi evergreen dan kekal popular sepanjang masa. Oleh itu, GV ingin menyenaraikan 20 lagu paling popular Dato' Siti yg dinyanyikan secara solo (tidak termasuk lagu duet) untuk tatapan para pembaca GV. 

Dato' Siti Nurhaliza 



01.Jerat Percintaaan
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1996
Kejayaan : Juara Lagu 1996, Lagu Terbaik AIM 1996/97
Catatan : Lagu ini adalah pencetus fenomena kepada populariti living legend Dato' Siti Nurhaliza setelah ia berjaya memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu 1996. 


Album Siti Nurhaliza



02.Aku Cinta Padamu
Komposer/Penulis Lirik : Ly / Baiduri
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1997
Kejayaan : Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL)1997, Persembahan Terbaik Solo Anugerah Carta Radio 3 Shah Alam 1998, Lagu Melayu Paling Banyak Dipersembahkan Anugerah MACP 2009.
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Nusantara setelah ia berjaya menakluki hati peminat hampir seluruh peminat Alam Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei. Selatan Thai & Indonesia). 

03.Wajah Kekasih
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Hani MJ
Album : Siti Nurhaliza
Tahun : 1997
Kejayaan : Finalis Akhir Kategori Balada AJL 1998
Catatan : Lagu ini telah berjaya menjadi juara carta Muzik Muzik 1997/98 selama 5 minggu dan berada di dalam carta utk jangka masa yg sgt lama iaitu 33 minggu. 


Album Siti Nurhaliza 1997



04.Cindai
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Cindai
Tahun : 1997/1998
Kejayaan : Juara Lagu 1998, Lagu Pilihan Penonton Juara Lagu AJL 2005, Lagu Paling Popular era 90 an Anugerah MACP 2007, Pilihan Qu Puteh Diva 2015.
Catatan : Lagu ini merupakan antara lagu Malaysia paling kerap dibawa di dalam pertandingan nyanyian di Indonesia utk era 2000an dan 2010an. Malah ia juga merupakan salah satu lagu Irama Malaysia paling popular di Nusantara dan ada penyanyi luar negara seperti Chien Bai Hui (daripada negara China) merakamkan lagu ini dalam versi Mandarin.


Album Cindai 1997




05.Purnama Merindu
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer / Lukhman.S
Album : Adiwarna
Tahun : 1998
Kejayaan : Juara Kategori Balada AJL 1998, Anugerah Emas Shanghai Asia Music Festival 1999,
ghai Music Festival, Juara Grand Prix Voice Of Asia 2002
Catatan : Lagu ini antara lagu paling kerap dibawakan di pertandingan nyanyian antarabangsa dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut.


Album Adiwarna 1998



06.Nian Di Hati
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer /Azam Dungun
Tahun : 1999
Album : Pancawarna
Kejayaan : Finalis Akhir Kategori Balada AJL 2000
Catatan : Lagu ini pernah menjuarai carta lagu mingguan ERA tahun 1999 selama hampir 6 minggu dan 8 minggu juara carta mingguan Muzik Muzik 2000.

07.Kau Kekasihku
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Alam Maya
Album : Pancawarna
Tahun : 1999
Kejayaan : Lagu Paling Popular Carta100 Terhangat di Radio ERA 1999, Juara Kategori Balada AJL 2000
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara Muzik Muzik 2000 selama 13 minggu dan dua minggu di carta mingguan radio ERA tahun 1999. Malah, lagu ini berjaya berada di dalam Carta 100 Terhangat Di Radio ERA selama dua tahun - 1999 (No.1) dan 2000 (No.3).


Album Pancawarna 1999




08.Balqis
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura
Tahun : 1999/2000
Kejayaan : Juara Lagu 2000, Lagu Paling Popular Anugerah Planet Muzik (APM) 2001
Catatan : Lagu ini berjaya mendapat kedudukan kedua untuk carta lagu 100 terhangat di radio ERA tahun 2000.

09.Ya Maulai
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura
Tahun : 2000
Kejayaan : Persembahan Terbaik AJL 2001
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Irama Malaysia yg popular di Malaysia.


Album Sahmura 2000



10.Percayalah
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Siti Nurhaliza
Album : Safa
Tahun : 2001
Kejayaan : Lagu Pop Pilihan & Muzik Video Pilihan Anugerah ERA 2001
Catatan : Salah satu lagu Balada paling popular di Malaysia & Indonesia. Muzik Video lagu ini menjadi fenomena kerana kecantikan dan keunikan muzik video ini,

11.Bicara Manis Menghiris Kalbu
Komposer/Penulis Lirik : Aiman / Lukhnan.S
Album : Safa
Tahun : 2001
Kejayaan : Persembahan Terbaik Anugerah Pilihan Hits Radio Kuala Lumpur & Radio Muzik
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara carta mingguan Muzik Muzik 2002.


Album Safa 2001


12.Nirmala
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Che'Kem
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 2002
Kejayaan : Juara Kategori Irama Malaysia & Persembahan Terbaik AJL 2002, Grand Prix Voice Of Asia 2002, Lagu Etnik Global Pilihan & Video Muzik Pilihan Anugerah ERA 2002
Catatan : Lagu ini juga sgt kerap dibawakan di pertandingan di Indonesia dan merupakan salah satu lagu Malaysia paling popular di Nusantara. 

13.Kurik Kundi
Komposer/Penulis Lirik : Pak Ngah / Nurul Asyiqin
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 2002
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2002
Catatan : Lagu unik ini sgt popular kerana terdapat beberapa dialek negeri dinyanyikan oleh Dato' Siti dengan cara tersendiri dan liriknya sgt indah serta puitis di mana ia mencerminkan keindahan Bahasa Malaysia.

Album Sanggar Mustika 2002



14.Bukan Cinta Biasa 
Komposer/Penulis Lirik : Dewiq / Siti Nurhaliza
Album : EMAS
Tahun : 2003
Kejayaan : Video Muzik Pilihan Anugerah ERA 2003, Lagu Paling Popular APM 2004, Susunan Muzik Terbaik Lagu AIM 2004.
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Balada paling popular di kalangan rakyat Malaysia.


Album EMAS 2003



15.Dialah Di Hati
Komposer/Penulis Lirik : Aidit Alfian / Habsah Hassan
Album : Prasasti Seni
Tahun : 2004
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2004
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara carta mingguan radio ERA tahun 2004.

16.Lagu Rindu
Komposer/Penulis Lirik : Yasin
Album : Prasasti Seni
Tahun : 2004
Kejayaan : Lagu Paling Popular Hits 1 2004, Lagu Paling Popular APM 2005
Catatan : Lagu ini menjadi satu-satunya lagu irama World Music paling popular daripada beliau yg masih popular sehingga kini. 

17.Seindah Biasa
Komposer/Penulis Lirik : Pongki
Album : Prasasti Seni
Tahun : 2004
Kejayaan : Susunan Muzik Terbaik AIM 2005
Catatan : Lagu ini kerap dibawakan oleh peserta pertandingan nyanyian di Malaysia.


Album Prasasti Seni 2004



18.Biarlah Rahsia 
Komposer/Penulis Lirik : Melly Goeslaw / Siti Nurhaliza
Tahun : 2006
Kejayaan : Lagu Terbaik APM 2007
Catatan : Tajuk  dan lirik lagu ini menjadi fenomena di kalangan peminat muzik tahun 2006.

Album Transkripsi 2006



19.Ku Mahu
Komposer/Penulis Lirik : Audi Mok / Rina Khan
Album : Hadiah Daripada Hati
Tahun : 2007
Kejayaan : Salah satu lagu paling popular tahun 2007
Catatan : Lagu ini merupakan lagu tema drama popular Spa Q tahun 2007.


Album Hadiah Daripada Hati 2007




20.Lebih Indah
Komposer/Penulis Lirik : Aubrey Suwito / Ad Samad
Album : Fragmen
Tahun : 2013 (single)
Kejayaan : Persembahan Vokal Terbaik Wanita Anugerah Industri Muzik 2013/2014, Lagu Terbaik Malaysia, Artis Wanita Terbaik APM 2014,
Catatan : Lagu ini berjaya menarik perhatian peminat baru generasi Y & Z  untuk meminati beliau dan seterusnya mengekalkan status beliau sebagai Artis No.1 Malaysia.
.

Album Fragmen 2014




Di atas adalah antara lagu paling popular Dato' Siti Nurhaliza. Yg pastinya semua lagu Dato' Siti mmg sedap dan best semuanya. Sememangnya Dato' Siti adalah legenda muzik Malaysia yg sangat berharga dan pastinya akan diingati oleh generasi akan datang sampai bila-bila. 

Dato' Siti Nurhaliza



Semua Imej Gambar Adalah Carian Google.






Monday, February 13, 2017

FATTAH AMIN : KENAPA BELIAU SANGAT POPULAR KETIKA INI? INI JAWAPANNYA....

Fattah Amin - satu nama yg cukup popular ketika ini. Selalu dikaitkan dengan Selebriti Malaysia paling popular 2016 iaitu Neelofa. Boleh dikatakan Fattah Amin adalah Aktor No.1 Malaysia ketika ini kerana fenomenanya tersendiri. Bagi yg belum mengenali Fattah Amin, di bawah ada sedikit info ringkas mengenai beliau :

Fattah Amin
Gambar - Carian Google Imej

Nama : Abdul Fattah bin Mohd Amin
Asal : Setiawangsa, Kuala Lumpur
Umur : 26 tahun
Tinggi : 180 cm
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, UiTM Puncak Perdana ; Jurusan Pengurusan Kreatif, Universiti Utara Malaysia.
Profession : Model, Pelakon, Ahli Perniagaan & Penerbit Eksekutif Drama
Idola Dalam Bidang Lakonan : Leonardo Dicarpio
Pencapaian : Hero Remaja 2011/2012, Personaliti Drama Melodi 2016

Sebagai selebriti popular, apa jua dilakukan pasti mendapat perhatian para peminat seni hiburan. Bermula dikatakan lakonan tahap biasa, seterusnya isu lofattah, ditambah pula dengan pelancaran lagu Wanita Terakhir yg menjadi juara carta lagu iTunes Malaysia dan terkini penerbitan buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin. Semuanya mengundang perhatian positif dan negatif. Sebelum itu, mungkin sudah ramai mengetahui yg Fattah Amin dan Neelofa mempunyai persamaan yg ketara iaitu kedua-duanya pernah memenangi pertandingan anjuran majalah Remaja. Fattah adalah juara Hero Remaja 2011/2012. Manakala Neelofa pula adalah juara Dewi Remaja 2009/2010. Berbalik tajuk utama entri tadi iaitu kenapa Fattah Amin sgt popular ketika ini. Berikut antara jawapannya.

1) Drama Suri Hati Mr.Pilot mendapat rating drama yg sgt tinggi dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat. 
2) Perkongsian populariti win-win situation dengan Neelofa yang menyebabkan wujudnya peminat #lofattah
3) Beliau selalu turun padang, mesra dan menghargai peminatnya
4) Populariti sekarang adalah hasil penat lelah beliau yg berusaha tanpa henti utk tingkatkan populariti dan bakat beliau dalam bidang seni
5) Paling penting dan sepatutnya yg pertama sekali - Ini semua sudah ditetapkan rezeki beliau dan kita sepatutnya mendoakan yg baik-baik sahaja supaya kita pun memperolehi rezeki yg sama.

Artis juga seperti peniaga. Mereka perlu lakukan sesuatu utk mengukuhkan jenama mereka dan paling penting itulah salah satu punca rezeki mereka. Bagi Fattah Amin, beliau hanya menggunakan peluang yang ada utk mengukuhkan jenama beliau sendiri dengan  menghasilkan produk seperti lagu dan buku. Di sini mungkin beliau mengunakan konsep try and error di dalam penjualan produk seperti lagu dan buku. Disebabkan lagu Wanita Terakhir meletop di pasaran, jadi beliau cuba pula dengan penerbitan buku. Mungkin vokal Fattah Amin tidak sehebat Anuar Zain dan buku beliau lagi mahal daripada sesetengah buku ilmiah yang  lain. Namun, jika peminat beliau sukakannya, siapalah kita hendak mengkritiknya. Seperti saya katakan tadi, jika org suka sesuatu produk itu, mahal ke murah tiada masalah bagi mereka kerana mereka sukakannya. Citarasa  manusia berbeza-beza. Saya bukan peminat  #lofattah tetapi cuma ingin kongsi pendapat mengenai situasi sebegini. Yang penting kita doakan yang baik2x sahaja supaya kita pun murah rezeki juga. InsyaAllah. Aamin.



Fattah Amin

Gambar - Carian Google Imej



Sumber Rujukan : 

Sunday, February 12, 2017

BAKAL PEMENANG BINTANG PALING POPULAR 2016/2017

Berikut ialah senarai selebriti yg ada potensi besar untuk menang Anugerah Bintang Popular 2016 nanti. Disebabkan Dato' Siti Nurhaliza sudah lama tarik diri daripada pertandingan ini, jadi nama Dato' Siti tiada dalam senarai walaupun Dato' Siti sgt popular pada tahun 2016.

Bakal Pemenang Bintang Paling Popular


01.Neelofa
Tahun 2016 adalah tahun Neelofa. Hampir setiap bulan ada berita mengenai Neelofa. Drama Suri Hati Mr. Pilot mendapat rating yg sgt tinggi dan telah mewujudkan  golongan peminat baru yg digelar #lofattah. Apa sahaja yg dilakukan oleh Neelofa menjadi bualan peminat. Rancangan Meletop bersama Nabil juga sentiasa mendapat perhatian peminat dan rating tinggi juga. Maka tidak hairanlah jika dikatakan Neelofa adalah Selebriti Malaysia paling popular di Malaysia tahun 2016.

Neelofa



02.Fattah Amin
Banyak drama lakonan Fattah keluar ketika musim perayaan tahun lepas dan majoritiya popular di kalangan peminat. Namun kemuncaknya adalah melalui drama hit 2016  Suri Hati Mr.Pilot. Impak lakonan Fattah bersama Neelofa telah memberikan mereka satu populariti luar biasa dan menjadi bualan hangat peminat sehingga kini. Kini boleh dikatakan Fattah adalah Aktor No.1 Malaysia. 

Fattah Amin



03.Ayda Jebat
Semua anugerah popular berkaitan nyanyian telah dimenangi oleh Ayda Jebat seperti di Anugerah Meletop 2016, Anugerah Planet Muzik 2016 dan Anugerah Melodi 2016. Ini menunjukkan Ayda Jebat adalah penyanyi Malaysia paling popular tahun 2016 . 

Ayda Jebat


04.Aiman Tino
Aiman Tino adalah penyanyi baru paling popular di Malaysia tahun 2016. Video Muzik Ku Rela Benci memegang rekod tontonan paling tinggi bagi Muzik Video Melayu Malaysia iaitu sebanyak lebih 30 juta. Banyak kan. 


Aiman Tino





05.Janna Nick
Selain berlakon, Janna Nick juga popular sebagai penyanyi. Janna Nick sgt disukai oleh peminatnya kerana gayanya sempoi dan jenis selamba. Janna Nick adalah salah seorang pelakon wanita generasi baru yg cukup popular di era 2010 an. 

Janna Nick


Bakal Pemenang Bintang Paling Popular




Semua Gambar Adalah Carian Google


Saturday, February 11, 2017

DATO' SITI NURHALIZA : MENANG WORLD MUSIC AWARD

Mungkin sudah ramai tahu yang Dato' Siti Nurhaliza pernah menang anugerah di World Music Award 2014. World Music Award ini adalah anugerah gred A peringkat antarabangsa yg mengiktiraf seluruh artis di Planet Bumi berdasarkan populariti dan jualan album mereka di peringkat dunia. Kali terakhir anugerah ini dilaksanakan pada tahun 2014 di Monte Carlo, Monaco. Antara anugerah yg dimenangi oleh Dato' Siti ialah World's Best Malay Female Artist, World's Best Malay Live Act, dan World's Best Malay Entertainer. Dengan kemenangan anugerah ini, boleh dikatakan Dato' Siti Nurhaliza adalah Penyanyi Paling Popular di Alam Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Selatan Thai) ketika ini. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza. One In A Million. 

Dato' Siti Nurhaliza






PENYANYI MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1999

Berikut ialah senarai penyanyi Malaysia yang popular tahun 1999.

Penyanyi Popular Tahun 1999


01.Siti Nurhaliza (kini Dato')
Diva Pop Siti Nurhaliza tetap mengekalkan populariti beliau sebagai Artis No.1 Malaysia apabila tiga tahun berturut2x berada di tangga teratas. Album beliau iaitu Seri Balas dan Pancawarna juga mencatat jualan melebihi 100,000 unit setiap satu dan menghasilkan banyak lagu popular daripada album berkenaan. Tahun ini Siti Nurhaliza telah memenangi Best Female Vocal Performance dan Pop Winner/Top 40 Category Internatinal Song di Australia utk lagu We'll be As One. Malah Siti juga telah memenangi Anugerah Emas di di Shanghai Asia Music Festival 1999 di China. 


Album Pancawarna

Lagu Popular 1999 :
Hati Kama, Kau Kekasihku, Nian Di Hati, Engkau Bagaikan Permata, Lenggang Lenggok, Seribu Kemanisan, Kurniaan Dalam Samaran, Salju KasihNya


02.Ziana Zain
Album Ziana Zain 1999 telah berjaya mengekalkan status Diva Pop Ziana dengan jualan album lebih 50,000 unit dan lagu Syurga Di Hati Kita meletup di radio serta menjadi salah satu lagu paling popular sepanjang tahun 1999.

Album Ziana Zain

Lagu Popular 1999:
Syurga Di Hati Kita, Kesuma Hati, Penawar Semalu, Gementar Menghukum Kalbu, Pusaka Rimba, Hidup Selagi Hidup, Satu Persatu, Ada Suara Ada Cinta


03.Noraniza Idris
Ratu Pop Etnik Noraniza Idris meneruskan kecemerlangannya dengan  kejayaan album Seri Balas dan Bekaba'. Kesungguhan Noraniza Idris memartabatkan Irama Malaysia di peringkat yg lebih tinggi  sememangnya sgt dihormati oleh para peminat muzik tanahair.


Album Bekaba'

Lagu Popular 1999:
Hati Kama, Ya Allah Ya Saidi, Lenggang Lenggok, Tinting, Ngajat Tampi


04.XPDC
Kumpulan rock metal XPDC sememangnya di antara artis Malaysia yg jualan albumnya sangat laris di pasaran pada zaman 90an. Album Samurai ini telah terjual lebih 200,000 unit di pasaran.


Album Samurai

Lagu Popular 1999:
Teman, Semangat Perjuangan Harmoni, Kenapa Apakah


05.Amy Mastura
Amy Mastura tetap dapat mengekalkan status populariti apabila album soundtrack beliau PuterimImpian 2 laris di pasaran. Pada masa ini juga lagu duet beliau bersama Glenn daripada Indonesia yg berjudul Dengarkanlah juga meletup di radio.


Album OST Puteri Impian 2 
Lagu Popular 1999:
Kedua, Cahaya, Dengarkanlah


06.Awie (kini Dato')
Album kompilasi The Best Of Awie laris dipasaran  dengan menampilkan lagu tema filem Bara yg juga berjudul Bara dan juga single Cinta Illusi . Kedua2x lagu ini popular di kalangan peminat,  


Awie 

Lagu Popular 1999:
Bara, Cinta Bukan Illusi, Bayang Baiduri


06.Erra Fazira
Kemunculan semula Erra di dalam bidang nyanyian telah berjaya  mengembalikan semula  nama beliau sebagai salah seorang penyanyi popular tanahair. Album Kini juga laris di pasaran dan lagu2x juga menjadi siulan peminat. Erra juga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan lagu Jendela Hati.


Album Kini
Lagu Popular 1999:
Jendela Hati, Teman Bicara


07.Jamal Abdillah
Raja Pop Jamal Abdillah telah berjaya menunjukkan yg beliau penyanyi serba boleh apabila album Pop Etnik beliau berjudul Samrah laris di pasaran. Malah, beliau juga berjaya ke final Anugerah Juara Lagu dengan lagu Samrah Mentari.


Album Samrah

Lagu Popular 1999:
Samrah Mentari, Seri Langkat, Ghazal Asmara, Zapin Berpesan


09.Juliana Banos
Juliana Banos adalah penyanyi baru paling popular tahun 1999. Ini semua disebabkan tiga singles beliau berjaya menjadi juara carta2x radio di seluruh Malaysia. Walaupun menghadapi saingan sengit
daripada artis baru lain seperti Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Moin dan Shawan Baharin, beliau tetap berjaya menakluk hati peminat kerana kelainan konsep album yg ditonjolkan oleh beliau iaitu Dance Music dan Pop R&B.

Album Juliana Banos

Lagu Popular 1999:
Sehidup Semati, Mana Satu, Tiap Detik



10.Def Gab C
Lagu Cinta Sakti adalah salah satu lagu paling popular tahun 1999. Kelainan konsep album rock yg mempunyai pengaruh muzik hard rock, punk, emo/gothic dan style nyanyian unik vokalis kumpulan ini menjadikan mereka dikenali salah sebuah kumpulan rock yg disegani. 


Album Skala

Lagu Popular 1999:
Cinta Sakti, Apakah Illusi



Penyanyi Popular Tahun 1999





Semua Imej Adalah Carian Google.

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget