TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - YouTube Channel kini menjadi platform media utama yang paling popular untuk kita semua menonton pelbagai jenis video untuk pelbagai kategori di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Tidak kiralah video itu mengenai isu sedih ke, drama, aksi, muzik, parodi, komedi,  dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan hampir semua jenis video ada di saluran YouTube ini.

Sumber : Google Image


Pemilik video yang memuat naik video mereka  ke dalam laman YouTube/Vimeo atau mana - mana saluran video online di internet ini lazimnya digelar Vlogger. Vlogger ini adalah singkatan Video Blogger. Antara Vlogger yang cukup terkenal dengan video komedi mereka di Malaysia ialah Mat Lutfhi90, Kyopropaganda, Luqman Poldoski, Faiz Dickie, Otam Blurr, Zukie & Jamal/ Zukie & Oyot, Nizam Rahman, Faiz Roslan, Jaa TV, Seanlje, Aidyl Hr/Hostel Mania, Ngek Tsai Army, Mr Clyrie/Geng Pisang, Sofyank96, Arwind Kumar/Makcik Roast-mah dan Namewee. Majoriti lawak mereka adalah lawak berbentuk komikal, over acting, punchline baik punyer, parodi, kesan khas grafik yang mantap dan ada mesej nasihat yang ingin disampaikan.

Oleh itu, GV ingin senaraikan empat team Youtuber/Vlogger yang tengah top sekarang ini di Malaysia yang pastinya akan membuatkan para penonton rasa terhibur dengan video mereka. Mari kita lihat siapakah mereka yang hebat ini.

TEAM  YOUTUBER & VLOGGER 
PALING LAWAK DI MALAYSIA




01. MTAS PRODUCTION
Join YouTube : 02 Januari 2012
YouTube Subscribers : 102242  (Januari 2018)
Catatan :
GV mula mengetahui kewujudan team MTAS  ini selepas menonton video mereka berjudul Makhluk Bernama Wanita Be Like. Kebanyakan video mereka pasti ada perkataan Be Like di hujung judul video mereka. Memang best tengok video mereka ini. Keunikan mereka ialah mereka kelihatan seperti ustaz ustazah generasi XYZ yang open minded, slumber dan lawak giler. Video mereka juga ada adegan ala ala anime Jepun yang sememangnya amat hebat dan awesome. Kesan efek khas team ini antara terbaik. Jom lihat video menarik mereka di bawah ini.
VIDEO - 3 PEREMPUAN VS LELAKI BILA BERAYA BE LIKE...


VIDEO - SEKIRANYA LELAKI DAN WANITA BERLAKU JUJUR BE LIKE...



02. TEAM BUAT HAL 
(ASA PRODUCTION)
Join YouTube : 26 Februari 2016
YouTube Subscribers : 46273 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula tahu mengenai kumpulan Team Buat Hal ini selepas menonton video raya mereka berjudul Video Raya Paling Sedih 2017 - Buli. Salah seorang pelakon utama video mereka ini iaitu Syafiq Ahmad pernah berlakon di dalam Drama Paling Popular 2017 iaitu Coffee Prince di Astro Ria. Bagi GV, video mereka mmg lawak gila. Lawak mereka seperti lawak urban yang memang sempoi gile dan di luar kotak. Kalau anda selalu menonton video mereka, pasti familiar dengan ayat goyang ke?, bisa hamil, proud iphone user's ringtone subtitle, benny dan banyak lagi ayat punchline mereka yang  terbaik meletop kababoom ini. Jom saksikan video lawak mereka di bawah.

VIDEO : VIRAL - PENGABDI PHONE 

VIDEO : ANGIN TIDAK DIJANGKA 



03. KOKOM 
Join YouTube : 01 Januari 2017
YouTube Subscribers : 35778 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula mengenali Kokom ini masa tengok video Kokom berjudul MAUT - Soalan Maut Raya. Gaya lawak Kokom memang mengingatkan kepada lawak style Stephen Chow. Kebanyakan pelakon video Kokom memang jenis slumber dan kadang muka macam takde perasaan tapi memang lawak gile. Punchline mereka juga kadang tidak terfikir oleh penonton dan ini menjadikan lawak mereka original dan berkualiti. Orang kata boleh ketawa tanpa henti la bila menonton video Kokom ini. Cara mereka mempromosikan suatu perkhidmatan atau produk  di dalam video mereka juga  sangat kreatif dan inovatif. Jom saksikan video lawak Kokom di bawah.
VIDEO : HARI GAJI VS HUJUNG BULAN

VIDEO : SEKOLAH PLANET MARIKH 




04. STERK PRODUCTION
Join YouTube : 21 Disember 2011
YouTube Subscribers : 119514 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula kenal Sterk Production lepas tonton video mereka berjudul Play Your Phone Lah. Team ini selalu guna muzik anime seperti Doraemon, Naruto, Detektif Conan dan banyak lagi sebagai muzik latar belakang video mereka. Kebanyakan lokasi video mereka  adalah di kawasan taman permainan serta di dalam kereta. Video mereka sememangnya amat menghiburkan dan lawak gile. GV kategorikan lawak mereka sebagai sengal-sengal ubi yang sangat best giler.  Jom tonton video best daripada mereka di bawah.
VIDEO : PONTENG PUASA

VIDEO :  TAJUK-TAJUK DRAMA

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

P/S : Jangan Lupa Subscribe YouTube Channel Mereka Semua Ini Ya. Selamat Berhibur.


Sumber : ASA Production YouTubeChannel, Kokom YouTube Channel, Sterk Production YouTube Channel, MTAS Production YouTube Channel, Google Image

12 ulasan:

  1. Kokom keren
    tapi belum pernah lihat

    BalasPadam
  2. azah kenal kokom je. haha :D

    p/s: datang follow sini. GV masukkan azah dalam bloglist mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kokom best kan. GV dah masukkan dalam blog list 2018. Nanti kak azah semak ya. :)

      Padam
  3. Boleh release stress kalau tgk video lawak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mama. Mmg release stress tgk video dorg ini. hihi. :)

      Padam
  4. Mereka mmg hebat malah konten yg mereka sampaikan mmg original.. salute :)

    BalasPadam
  5. pengabdi fon tu memang lawak... semua movie dorang akak layan

    BalasPadam
  6. Selalu tengok sterk production. Memang kelakar. Paling suka video budak darjah limaa yang gangster tu, hahaaa!

    BalasPadam
  7. so far paling minat sterk.. sempoi..

    BalasPadam
  8. suka sterk production je sebab kreatif & santai. Kokom dengan MTAS kadang2 try hard sangat.

    BalasPadam
  9. senoga dorang ada idea dan jln cerita dgn mesej sendiri

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D