NAMA PULAU LANGKAWI MALAYSIA DISEBUT DI DALAM DRAMA HOLLYWOOD STAR TREK 2018

GALAKSI VIRAL - Tahun ini kita telah menyaksikan dua selebriti Gred A Hollywood iaitu The Rock dan Justin Timberlake telah menyebut nama Kuala Lumpur Malaysia di dalam video masing - masing. Satu di instagram dan satu lagi video muzik. Kini, yang terbaru, nama Malaysia sekali lagi disebut  di media Hollywood tetapi kali ini di dalam sebuah drama sains fiksyen paling popular di dunia iaitu Star Trek : Discovery. Di dalam drama ini, nama Pulau Langkawi Malaysia telah menjadi intipati dialog perbualan di antara dua pegawai pangkat tinggi Star Trek yang pastinya akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk menontonnya. 


Pelakon Malaysia Paling Berjaya di Peringkat Antarabangsa iaitu Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh telah melakonkan watak The Emperor / Captain Phillippa Georgiou di dalam drama sains fiksyen ini. Di dalam salah satu episod drama ini, watak Captain Philippa telah disoal oleh seorang pegawai lain bernama Michael Burnham yang bertanyakan  di manakah tempat asal beliau. Captain Philippa menjawab yang beliau membesar di Malaysia iaitu di Pulau Langkawi. Mereka juga memuji keindahan pantai Pulau Langkawi ini. Bangga kan. Hihi.

Adegan ini ada di dalam drama Star Trek : Discovery episod 15 berjudul Will You Take My Hand yang telah disiarkan pada 11 Februari 2018 di saluran CBS Amerika Syarikat. Klik Video Di Bawah Untuk Tonton Adegan Itu.
VIDEO 
Nama Pulau Langkawi Malaysia disebut di dalam salah satu adegan drama Hollywood Star Trek : Discovery.
Credit to Hasanuddin Abu Bakar YouTube Channel

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Astro Awani, YouTube Channel, Malaysian Digest

9 ulasan:

  1. bangga kami orang Kedah
    hehehe

    BalasPadam
  2. Wahhh serious laaa. Memang terbaik! Terkenal jap dekat orang luar.

    BalasPadam
  3. dah jadi meme dah gambar ni hahahaha

    BalasPadam
  4. wah....makin glamour la nanti malaysia

    BalasPadam
  5. hahah, Malasia ay ?? gabung yuk situs kami www.bo24.online bonus 25% !

    BalasPadam
  6. hebat
    pasti akan menjadi terkenal pulaunya

    BalasPadam
  7. memang bangga jugak tapi bukan Michelle Yeoh ni org Perak kan..hehe

    BalasPadam
  8. org mesia jd pelakon hollywood pun dh seronok haha

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D