KERETA RADIO ROSAK ? JOM GUNA MINI RADIO KERETA YANG MENJIMATKAN INI.

GALAKSI VIRAL - Radio kereta rosak ? Nak tukar atau baiki tapi bajet limited ? Rasa bosan sebab takde muzik dalam kereta ? GV ada satu cara alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Ini untuk sesiapa yang berminat nak dengar muzik tanpa perlu menggantikan radio kereta yang sudah rosak itu dengan bajet lebih mahal.



Rasanya mesti dah ramai tahu kan produk Radio MP3 Player yang banyak dijual secara online, pasar malam dan pasar downtown kan. Kalau yang belum tahu, GV terangkan sikit mengenai produk ini. Radio MP3 Player ini adalah mini radio mudah alih yang turut mempunyai fungsi untuk mainkan  lagu dalam format MP3. Mini radio ini adalah sebesar tapak tangan orang dewasa ini sebenarnya boleh je digunakan sebagai pengganti kepada radio kereta yang rosak itu. Ada bermacam-macam warna seperti merah, biru, hijau, emas, kuning, dan hitam. Volume radio ini memang sangat kuat. Dan paling best,  kita boleh dengar lagu pilihan kita sendiri dengan simpan lagu dalam pendrive sendiri dan mainkannya di mini radio ini. Namun, hanya lagu format MP3 saja boleh dimainkan. Mini radio ini juga boleh dicas dengan menggunakan wayar USB di pc/lappy/plug. Mini radio ini lazimnya ada dua kategori, satu yang tiada disertakan ayat Al-Quran dan satu lagi ada yang disertakan sekali ayat Al-Quran. 

Bagi orang yang berkemampuan lebih, mungkin tidak berminat dengan produk ini sebab bagi mereka lebih baik tukar terus radio rosak itu kepada yang baru. It's okey. Pilihan masing-masing kan. GV just nak bagi option paling jimat dan paling murah tetapi berbaloi untuk dimiliki bagi mengantikan radio kereta rosak sementara nak tunggu ganti yang baru nanti. Actually, GV sendiri guna cara ini sebenarnya. Jimat bateri kereta dan jimat bajet sendiri. Hihi. Nak dengar lagu kat smarphone, bateri lak cepat abis. Jadi GV gunalah mini radio sebegai peneman muzik GV di dalam kereta bila nak gi keje dan balik keje. Hihi. 

Kalau sesiapa rasa malas nak ke pasar malam, downtown atau kedai elektronik tetapi berminat nak beli mini radio ini, anda boleh juga di laman web Lazada, Harga kat Lazada lebih murah daripada harga dijual di pasar malam dan downtown. Jika dilihat pada website Lazada, harga Mini Radio ini dalam berada lingkungan RM20-21. Berbanding harga di pasar malam/downtown di mana harga mini radio ini majoritinya RM25 ke atas.  Jadi pilihan di tangan anda. :)


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Lazada

11 ulasan:

  1. oh radio manual masih ada juga ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. alternatif utk jimat bateri kereta. hihi. lagipun radio mp3 ini portable dan suara kuat juga. hihi.

      Padam
  2. Radio keta mmg dh x betul sekrg ni, cuma dpt Best 104, klasik nasional..huhu..kalau boring2, on youtube..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah ngan radio kete GV. Last2x terus rosak. Tu GV pakai radio mp3 ini buat sementara dalam kete. hihi. :)

      Padam
  3. Menarik ni.. mmg memudahkan ganti radio kereta malah boleh dibawa ke mana2 juga ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mr Khir. Edisi bajet limited tapi barang sangat berharga. hihi. :)

      Padam
  4. ada lg mcm ni.. hehe. igt dh tak ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. barang lama yang sudah diimprovasi. Dulu setakat main radio je. Skang dah ada port USB cucuk kat radio mp3 ini. Alternatif jimat bajet kak. Sound mmg kuat gile. hihi.

      Padam
    2. sound kuat tu yg best haha

      Padam
  5. nak beli jugak tapi tengah cari tempat murah nak tukar radio kereta sebab yang sekarang takde USB port. Ada radio dengan CD je huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Radio kete GV pun ada yg radio CD juga. Nanti kalau bajet nak tukar yg USB port juga kak. hihi.

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D