RESTORAN MAKANAN DAN MINUMAN SEGERA PALING DISUKAI OLEH RAKYAT TEMPATAN MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Apa itu makanan atau minuman segera? Jawapan paling senang ialah sajian makanan/minuman yang dihidangkan dengan pantas dan ianya boleh dimakan di restoran atau dibawa pulang ke rumah. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis jenama rangkaian francais makanan dan minuman segera yang sangat popular di kalangan masyarakat kita. Lazimnya apabila kita sebut sahaja perkataan makanan segera, antara jenama yang akan kita bayangkan ialah KFC, McDonalds, Pizza Hut, Domino, Subway dan Starbucks.


Jenama ini popular mungkin kerana pelbagai sebab yang berbeza. Contohnya seperti pilihan citarasa makanan, lokasi restoran/kiosk yang berdekatan dengan pelanggan dan juga faktor bajet. Harga makanan segera ada yang mahal dan ada juga yang berpatutan. Rakyat Malaysia gemar makan makanan segera kerana ianya memang sedap dan tidak memakan masa yang lama untuk membelinya. Tambahan pula sekarang ada konsep Drive Thru, Online Delivery Order dan perkhidmatan Internet Wifi percuma di restoran mereka. Maka, tidak menghairankanlah jika makin lama makin ramai rakyat Malaysia meminati makanan segera ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk keselesaan mereka.

Jika dilihat pada sejarah makanan segera di Malaysia, restoran A&W adalah restoran segera pertama di Malaysia di mana ia dibuka pada tahun 1963 di Kuala Lumpur. Maka boleh dikatakan restoran A&W adalah restoran makanan segera paling popular di Malaysia untuk era 60 an. Bagaimana pula dengan zaman kini ? Restoran manakah yang paling disukai, digemari dan popular di kalangan rakyat Malaysia ketika ini ?

Kini setelah hampir lebih 54 tahun pelbagai restoran makanan/minuman segera bertapak di Malaysia, bolehkah anda teka restoran manakah paling banyak cawangannya di Malaysia ? Mempunyai banyak cawangan boleh ditafsirkan sebagai restoran yang digemari ramai kerana lazimnya hanya restoran disukai ramai sahaja yang akan mampu membuka begitu banyak cawangannya di seluruh di Malaysia. Sebelum itu, jom kita lihat dulu Senarai Rangkaian Restoran/Kiosk Makanan/Minuman Segera Paling Banyak Cawangannya Di Malaysia untuk tahun 2017/2018.


SENARAI 
RANGKAIAN RESTORAN / KIOSK  
MAKANAN / MINUMAN  SEGERA 
PALING BANYAK CAWANGAN
DI MALAYSIA 



01. KENTUCKY FRIED CHICKEN

Tempat Asal Jenama Produk : Kentucky, USA
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 1973 - Kuala Lumpur
Jumlah Cawangan : 600
Catatan :
Bila sebut ayam, pasti teringat KFC. KFC adalah jenama makanan restoran segera paling popular di Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan ayam goreng. Jika dilihat secara amnya, restoran KFC boleh dikatakan antara restoran paling awal akan dibuka di mana-mana kawasan bandar baru yang dibangunkan atau kawasan pekan-pekan utama di seluruh negara. Ianya mungkin  kerana disebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat untuk mempunyai satu restoran makanan segera yang disukai ramai dan KFC pasti menjadi pilihan utama mereka. 

02. PIZZA HUT

Tempat Asal Jenama Produk : Kansas, USA
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 1982 - Kuala Lumpur
Jumlah Cawangan : 350
Catatan : 
Bila sebut pizza, pasti teringat Pizza Hut. Restoran ini  menjadi restoran pertama yang menggunakan konsep restoran digital di Malaysia. Kelebihan Pizza Hut pastinya pizzanya yang sangat lazat dan sup cendawan yang sedap. Pizza Hut juga merupakan jenama makanan segera pizza paling popular di Malaysia. 


03. SECRET RECIPE


Tempat Asal Jenama Produk : Kuala Lumpur, Malaysia
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 2007 - Kuala Lumpur
Jumlah Cawangan : 300
Catatan :
Bila sebut kek, pastinya teringat Secret Recipe. Namun bukan kek sahaja yang dihidangkan. Ada juga menu lain disediakan oleh Secret Recipe seperti makanan ala Barat, Asia dan Vegetarian. Kedai kek & cafe ini memang sangat popular di seluruh negara. Jenama ini juga merupakan jenama produk Malaysia dan rangkaian kedai kek dan makanan segera paling popular di seluruh Malaysia. 


04. COOLBLOG

Tempat Asal Jenama Produk : Singapura
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 2008 - Johor
Jumlah Cawangan : 300
Catatan : 
Jenama kiosk yang fokus kepada minuman sejuk seperti ice blended dan smoothie ini pernah menjadi fenomena di kalangan penduduk Malaysia suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai perisa yang boleh dibeli  di kiosk ini dengan harga yang sangat berpatutan. 


05. MCDONALD

Tempat Asal Jenama Produk : California, USA
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 1982 - Kuala Lumpur
Jumlah Cawangan : 262
Catatan : 
McDonalds adalah rangkaian makanan segera yang cukup popular dengan menu burgernya yang tersendiri dan kentangnya yang lazat. Restoran ini cukup digemari di kalangan pelajar sekolah & universiti untuk dijadikan tempat lepak atau berkumpul untuk pelbagai tujuan. Antaranya seperti membuat study group, tempat perjumpaan sembang2x etc.

06. STARBUCKS

Tempat Asal Jenama Produk : Washington, USA
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 1998 - Kuala Lumpur
Jumlah Cawangan : 242
Catatan : 
Starbucks adalah rangkaian minuman kopi paling popular di Malaysia. Walaupun harga minuman di sini agak mahal, namun, ianya tetap menjadi pilihan utama di kalangan golongan professional dan pelajar pelbagai institusi di Malaysia. 


07. SUBWAY

Tempat Asal Jenama Produk : Connecticut, USA
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : Ampang, Selangor
Jumlah Cawangan : 216
Catatan : 
Subway adalah rangkaian restoran makanan sandwich paling popular di Malaysia. Jika anda inginkan makanan segera yang menyihatkan badan dan kurang kalori sewaktu dengannya, Subway adalah jawapannya. Jika anda pernah menonton rancangan The Biggest Loser USA, anda pasti tahu makanan Subway adalah pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai salah satu menu diet anda kerana ianya tidak akan menambahkan berat lemak di badan anda seperti kebanyakan makanan segera yang lain.


08. DOMINO'S PIZZA


Tempat Asal Jenama Produk : Michigan, USA
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : USJ, Selangor
Jumlah Cawangan : 200
Catatan : 
Domino's Pizza juga merupakan salah satu restoran makanan segera pizza yang cukup popular di Malaysia. 


09. OLD WHITE TOWN COFFEE
Tempat Asal Jenama Produk : Perak, Malaysia
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 2005 - Ipoh, Perak
Jumlah Cawangan : 197
Catatan :
OldTown White Coffee adalah jenama rangkaian restoran tempatan yang fokus kepada minuman kopi dan makanan segera paling popular di Malaysia. 



10.  MARRYBROWN


Tempat Asal Jenama Produk : Johor, Malaysia
Tahun Restoran Pertama di Malaysia : 1981 - Johor Bahru, Johor
Jumlah Cawangan : 132
Catatan :
Marrybrown adalah restoran makanan segera tempatan yang sangat popular di Malaysia. Makanan segera yang disediakan pastinya berlandaskan citarasa tempatan seperti Nasi Marrybrown yang diinspirasikan daripada nasi lemak Malaysia dan banyak lagi. 

Lain-lain jenama rangkaian makanan/minuman segera beserta jumlah cawangannya di Malaysia ialah Baskin Robbin (123), Deli2Go (100), Sushi King (100), Hot & Roll (100), PappaRich (100), Tutti Frutti (100), Chicken Rice Shop (93),  Big Apple Donut & Coffee (84), Kenny' Rogers Roasters (84), Dunkin Donut (77), Daily Fresh (77), Uncle Jack Fried Chicken (71), Costa Coffee (71), Burger King (64), Kings Confectionary (63), Boost Juice (60), Pezzo Pizza (57), Nando's (56), Auntie Anne (48), Kedai Ayamas (45), AP Ayam Penyet (45), Boat Noddle (39), Gloria Jean's Coffee (39), Delifrance (38), A&W (36), Manhattan Fish Market (36), Texas Chicken (34), SCR (31), Hailam Kopitiam 30),  Chatime (24), Teh Tarik Place (24), Satay Kajang Sahmuri (20), Dome (20), Fuel Jack (18), The Baker's Cottage (17), Ramly Burgers Halal Mart/Kiosk (16), TGI Friday (14), Burger Bakar Abang Burn (13), Rotiboy (12), Pak Hailam Kopitiam (11), Kyros Kebab (10), Rasamas (9), Krispy Kreme Doughnot (8), Old Malaya Kopitiam (3), Little Penang Cafe (2?)  & Kelantan Fried Chicken. 

Jumlah cawangan untuk info di atas mungkin akan berubah dari semasa ke semasa kerana ada beberapa info yang diperolehi agak kurang jelas. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya kita dapat tahu secara kasar mengenai rangkaian jenama manakah paling banyak cawangannya di Malaysia dan seterusnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia secara amnya. Kurang cawangan tidak bermaksud  tidak popular kerana ianya adalah subjektif dan ada banyak faktor lain yang mempengaruhinya seperti tiada lokasi sesuai dan faktor kewangan yang melebihi modal perniagaan.

Daripada senarai Top 10 di atas, tiga jenama popular berasal daripada Malaysia iaitu Secret Recipe, Old White Town Coffee dan Marrybrown. Ketiga-tiga jenama ini juga cukup popular di luar negara juga  kerana terdapat banyak cawangannya dibuka seperti di China, Arab Saudi, Thailand, Maldives, Qatar, Kuwait, Iran, India, Bahrain dan banyak lagi. GV harap satu lagi jenama Malaysia iaitu The Chicken Rice Shop juga akan capai kejayaan sama seperti jenama lain kerana makanan mereka sangat sedap dan  GV pula adalah peminat restoran ini. Hihi.

Selain itu, ada satu perkara yang membuatkan GV kagum iaitu konsep pemasaran jenama Deli2Go & Costa Coffee yang ditempatkan di majoriti Kedai Select Shell di seluruh negara. Kedai minyak Shell boleh dikatakan ada beratus-ratus cawangannya di seluruh negara. Cuba bayangkan jika hampir semua stesen minyak berkenaan ada produk jenama Deli2Go dan Costa Cofffee. Ianya bermakna kedua-dua produk ini akan mendapat pendedahan pemasaran yang sangat meluas dan seterusnya bakal menjadi antara produk makanan segera paling popular di Malaysia. GV pasti jika ianya berterusan untuk jangka masa lama, pasti akan mencetuskan satu fenomena baru di dalam industri makanan segera Malaysia.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : 

17 ulasan:

  1. My feveret is boat noodle! Ehh tetibaa. Hahaa. Antara yg GV senaraikan Secret Recipe la paling suka. Tapi kalau tengah masyuk jea laa. Hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Secret recipe sedap. GV pun jarang nak ke sana sebab bajet limited. Boat noddle GV lom pernah gi lagi. Hihi. Okey la tu kak Fatin. :)

      Padam
  2. Mrs Pip suka Burger King.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. GV pun suka burger king. Sodap bangat. Hihi. :D

      Padam
  3. Sesekali juga saya pergi KFC, nak pergi tempat lain anak tak nak... Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. KFC mmg tempat makanan peberet ramai untuk sekeluarga kan Mr Noor Azlan. Ayam KFC sedap. :D

      Padam
  4. KFC dan Pizza hut tu adik-beradik hehee.. dua2 mmg menjadi feveret ramai termasuk saya juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samaaa Mr Khir. GV mmg suka sangat KFC, Mekdi dan Pizza. Hihi. Tambah chicken rice shop. Semua sedap. hihi. :D

      Padam
  5. Kenapa agaknya Domino lambat fames berbanding pizza?..diorang ni macam ada darah daging kan, ataupun sy yg lambat terdedah dgn kewujudan domino..apa2 pun dua dua tu sedap kan GV...bila dengar kenny' rogers roasters terasa sesuatu yg ada nilai sentimental, dunkin donut tu serius sedapppp..btw dah lama tak baca blog GV

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mr Cahaya. Aah. Dah lama tak nampak Mr Cahaya di blog GV. Huhu. Rasanya mungkin sebab Pizza adalah pioneer kepada pizza segera kt Malaysia, dan Domino datang kemudian. Mungkin sebab tu Pizza lebih menonjol. Huhu. Kenny rogers, dunkin donut semua sedap. Hihi. :)

      Padam
  6. Kak PC sangat lambat didedahkan dengan restoran makanan dan minuman segera..dan sekarang,sesekali bila balik kampung berkumpul ramai-ramai,KFC menjadi pilihan selain pizza.Subway pun menjadi pilihan kak PC dan En Suami..sesekali boleh..kerap cuba elakkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. KFC mmg sedap kak PC. hihi. Aah sekali sekala okey la tu. Hihi. Subway baik untuk kesihatan tapi harga mahal. Huhu.

      Padam
  7. Walaupun tak tersenarai saya tetap dgn pilihan hati saya Fish Burger dari Burger King. Apa2 pun semuanya mempunyai daya tarikan dan saingan yg tersendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mr Raja Mansor. Oh, fish burger dari burger king. GV blum pernah cuba lagi. Nak try la nanti. GV baru teringat. Burger king juga antara makanan yang bagus utk kesihatan. :)

      Padam
  8. KFC paling lama & disukai
    masa sek dulu2 nak mkn pun takut2 jer...
    masa tu first time guna pisau&garfu,tak pandai...
    takut ayam terbang hahaha...bdk2 lah kata kan
    la nie pakai tgn jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. KFC mmg sedap kan Hasliynda. Hihi. Wah makan dengan garfu dan pisau. Hihi. Samalah kak, GV pun skang pakai tangan je. Hihi. :)

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D