ARTIS LELAKI PALING KACAK DI FILIPINA

GALAKSI VIRAL - Jika dilihat secara imbas lalu, boleh dikatakan negara yang paling banyak mempunyai selebriti paling jelita, cantik, hansem dan kacak ialah negara Filipina, Thailand dan Indonesia. Majoriti mereka yang mempunyai wajah ada market ini adalah terdiri daripada anak kacukan atau Pan Asian. Disebabkan GV dapati banyak keyword yang keluar di blog GV yang mencari artikel berkaitan Artis Filipina Paling Kacak & Jelita ini. Dengan sukacitanya GV akan senaraikan artis-artis Filipina yang meletop dan menjadi pujaan ramai di sana untuk tatapan pembaca hiburan Malaysia. Mari kita lihat siapakah Artis Lelaki Filipina Paling Kacak yang menjadi perhatian ramai peminat di sana.



ARTIS LELAKI FILIPINA PALING KACAK


01. DANIEL MATSUNAGA
TARIKH LAHIR : 28 NOVEMBER 1988
UMUR : 29 TAHUN
KETURUNAN : JEPUN + BRAZIL
CATATAN :
Daniel kerap dilabelkan sebagai lelaki paling kacak di Filipina oleh banyak media di sana. Beliau merupakan seorang model yang sangat terkenal di Filipina dan seterusnya menceburkan diri ke dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Daniel juga merupakan Juara pertandingan realiti TV No.1 Filipina iaitu Pinoy Big Brother edisi All In pada tahun 2014. 




02. JAMES REID
TARIKH LAHIR : 11 MEI 1993
UMUR : 24 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + AUSTRALIA
CATATAN :
James adalah Hero No.1 Filipina ketika ini. Beliau pernah dipilih Lelaki Paling Hot di Filipina sebanyak tiga kali iaitu tahun 2014, 2016 dan 2017. Beliau amat popular di dalam bidang nyanyian dan lakonan di sana.



03. GERALD ANDERSON
TARIKH LAHIR : 7 MAC 1989
UMUR : 28 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Gerald digelar Putera Filem dan TV Filipina untuk era 2010 an. Beliau juga digelar Putera Drama TV kerana keberkesanan dan kehebatan beliau sebagai pelakon drama lelaki yang serba boleh dan versatile.





04. TOM RODRIGUEZ
TARIKH LAHIR : 01 OKTOBER 1987
UMUR : 30 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Tom adalah seorang model dan aktor yang sangat terkenal di Filipina. Beliau pernah dijemput untuk menjadi tetamu jemputan di dalam salah satu musim pertandingan Asia's Next Top Model.



05. JAMES BLANCO
TARIKH LAHIR : 15 JUN 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
James adalah salah seorang aktor Filipina yang pernah dikenali sebagai Idola Remaja era awal 2000 an. Walaupun berwajah kacak, tidak dapat dipastikan kenapa beliau tidak begitu cemerlang di dalam kerjaya setelah umurnya mula mencecah 30 tahun ke atas. Namun, beliau tetap disukai ramai kerana mempunyai perwatakan yang baik dan berwajah babyface.


06. COCO MARTIN
TARIKH LAHIR : 01 NOVEMBER 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Coco adalah salah seorang aktor paling laris ketika ini kerana pernah menjadi Hero No.1 Filipina untuk dua tahun iaitu 2010 dan 2016. Filem beliau berjudul Super Parental Guardian juga merupakan filem paling laris dalam sejarah hiburan Filipina dengan kutipan sebanyak 590.1 juta pesos. Beliau juga digelar Primetime King Filipinas.




07. PIOLO PASCUAL
TARIKH LAHIR : 12 JANUARI 1977
UMUR :  40 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Piolo Pascual adalah segelintir aktor senior di Filipina yang pernah menjadi Hero No.1 Filipina untuk suatu jangka masa yang agak lama. Saingan beliau dari segi bakat dan populariti pastinya Jericho Rosales.



08. DENNIS TRILLO
TARIKH LAHIR :  12 MEI 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + CINA
CATATAN :
Dennis adalah Drama King Filipina untuk era 2000an. Banyak lakonan beliau ditayangkan pada waktu perdana di saluran GMA Network dan mendapat rating yang sangat tinggi.




09. MCCOY DE LEON
TARIKH LAHIR : 20 FEBRUARI 1995
UMUR :  22 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA
CATATAN :
McCoy adalah salah seorang bakat baru Filipina bakal meletop dan menjadi Hero No.1 Filipina untuk masa akan datang.




10. GIL CUERVA
TARIKH LAHIR :  21 OGOS 1995
UMUR :  22 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + SEPANYOL
CATATAN :
Gil adalah salah seorang model antarabangsa Filipina yang mula mendapat nama di dalam bidang seni hiburan di sana. Dengan kualiti bakat dan rupa dimilikinya, beliau dijangka mencetuskan satu fenomena baru di dalam bidang seni beliau nanti. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daniel Matsunaga Instagram

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Imej Google

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu kak Hasliynda. Hihi. Semua segak bergaya. Hihi. :)

      Padam
  2. Amboi semuanya, tapi sorang pon tak kenal sebab tak reti layan drama filipina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita filipina best juga kak Fatin. Ada satu movie GV tgk diorg makan ikan sardin dari tin terus makan ngan nasi. Huhu. :)

      Padam
  3. huhu tak dinapikan ada renungan mata tu tergoda si wanita. Di malaysia siapa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Mr Etuza. Renungan mata meletop kababoom. Hihi. Kalau kat Malaysia, maybe Fattah Amin kut. huhu. :)

      Padam
  4. henesem sgt uii. hahaha.. cair skejap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hensem meletop kakaboom kan kak. Hihi. Yezzza kak. hihi. :D

      Padam
  5. MIX jugak yg paling hensem heee

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D