PLANET BUMI TENGGELAM TAHUN 2040 ?

Perasankah anda cuaca di Malaysia ketika ini amat jauh berbeza dengan cuaca pada tahun 80 an dan 90 an? Kalau tidak silap GV, pada tahun 90 an, GV boleh agak bulan bila akan cuaca musim panas dan bila pula musim tengkujuh akan berlaku. Tetapi apabila masuk era 2000an, cuaca di Malaysia sudah agak berbeza sekali. Kini, boleh dikatakan hampir setiap bulan ada hujan dan musim panas pula tidak menentu. Malah, musim banjir pun boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Mengapakah ini terjadi?


Antara punca utama perubahan iklim ini adalah disebabkan Pemanasan Global. Pemanasan global ini sangat berkait rapat dengan iklim Planet Bumi. Punca berlakunya aktiviti ini adalah kerana peningkatan penghasilan karbon dioksida ke dalam atmosfera bumi oleh manusia.  Karbon dioksida memerangkap haba di permukaan haba dan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu Bumi. Pembakaran bahan api yang digunakan untuk menghasilkan penjanaan tenaga adalah contoh bagaimana karbon dioksida boleh dihasilkan.

Sekiranya kesan pemanasan global ini tidak dikawal, iklim dan cuaca di  Planet Bumi boleh berubah secara drastik, tidak seimbang dan berubah 360 darjah. Antara contoh ekstrem bagi pemanasan global ialah seperti kawasan Amerika Utara sekarang ini yang mempunyai musim dingin boleh berubah 360 darjah kepada cuaca Tropika seperti di Asia Tenggara. Gurun Sahara yang kering kontang itu juga  boleh berubah menjadi padang rumput segar atau menjadi kawasan pergunungan salji seperti di kawasan pergunungan Everest. Kebetulan pula, salji juga sudah mula ke Gurun Sahara dan ini juga menjadi petanda bahawa cuaca dunia sebenarnya  sudah mula menunjukkan perubahan  ketara kesan daripada aktiviti negatif ini. 

Menurut majalah Al-Islam, suhu Bumi pada 15,000 tahun dahulu (Zaman Ais Terakhir) adalah 20 darjah lebih sejuk daripada sekarang. Kemudian, selepas 12,000 tahun  itu, pemanasan global mula berlaku. Pada tahun 1880, glasier telah cair hampir 99 % dan telah menyebabkan paras air laut meningkat 130 meter ke paras laut sekarang. Sejak tahun 1880, suhu purata Bumi meningkat sebanyak 0.8 darjah Celcius. Berdasarkan kajian sainstifik, secara puratanya suhu permukaan Bumi adalah sekitar 15 hingga 16 darjah Celcius pada tahun 2012. Dan ianya terus meningkat dari tahun ke tahun dengan drastik sejak tahun 1880.  Tahun 2016 telah merekodkan peningkatan suhu purata Bumi paling tinggi.

Peningkatan suhu Bumi sebanyak satu hingga dua darjah Celcius sebenarnya akan memberikan kesan besar kepada iklim dunia. Menurut pakar Jet Propulsion Laboratory (JPL), NASA, peningkatan suhu antara 1-2 darjah Celcius ini akan menyebabkan musim kering menjadi 33% lebih panjang, ribut petir akan 33% lebih lebat dan ia juga akan mengganggu proses penanaman dan pengeluaran tanaman seperti gandum dan soya. Peningkatan suhu ini juga akan menyebabkan peningkatan paras laut melebihi paras biasa dan mungkin akan menyebabkan beberapa bandar di tepi pantai akan tenggelam.

Akhirnya, satu penyelesaian telah dilakukan di mana sebanyak 196 buah negara telah bersetuju membuat ikatan Perjanjian Paris 2015 dalam usaha mereka menangani masalah global dunia ini. Di dalam perjanjian ini, semua negara terlibat perlu berusaha keras untuk mengekang kenaikan suhu supaya di bawah  dua darjah Celcius ini sahaja dan tidak meningkat secara drastik lagi. Jika ia dibiarkan mencapai dua darjah Celcius, ahli saintis menjangkakan ais di Artik akan cair sepenuhnya pada tahun 2040 dan akan menyebabkan banyak tempat rendah di Bumi akan tenggelam di telan Bumi.

Berdasarkan info ini, baru GV faham kenapa kadang-kadang hujan lebih lama daripada kelazimannya dan kenapa taburan hujan seluruh dunia juga makin lama makin meningkat. Begitu juga dengan kawasan yang panas di mana suhu sesetengah tempat di dunia ini kadang-kadang meningkat naik daripada sepatutnya dan ianya tidak konsisten. Itu belum lagi melibatkan isu pencemaran alam sekitar dan bencana alam lain seperti gempa bumi, tsunami dan gunung berapi. Kesemua faktor ini juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perubahan iklim Bumi dan ianya selalu di luar jangkaan kita sebagai manusia. Wallahualam.


Sumber : Majalah Al-Islam Oktober 2017 & Google Image

6 ulasan:

  1. Marilah kita bertaubat cepat2... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Mr Noor Azlan. Aamin. hihi. :D

      Padam
  2. subahanallah.. Allahuakbar.. berserah sepenuhnya pada Dia tanpa ragu-ragu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Atie. Allahuakbar. Semoga semua urusan kita di dunia dan akhirat akan dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Aamin.

      Padam
  3. Harus bersiap sedia menghadapi kemungkinan yang bakal tiba. Great info!

    BalasPadam
    Balasan
    1. GV setuju dengan Mr Shariffudin. Terima kasih dan GV sangat menghargainya Mr Sharifuddin. :)

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D