BISKUT RAYA PALING SEDAP DI MALAYSIA

Biskut Raya adalah merupakan salah satu makanan wajib ada ketika adanya perayaan besar di Malaysia. Terutamanya perayaan Hari Raya Puasa dan Raya Haji. 

Apa yang dimaksudkan dengan biskut ? Lazimnya biskut ialah sejenis kuih kering yang bahan asasnya terdiri daripada  tepung yang dibakar. Ianya boleh didapati di dalam pelbagai bentuk samada leper, bulat, bersegi, nipis, dan rangup dimakan. Bersempena dengan pelbagai perayaan di Malaysia ini, jom kita lihat Biskut Raya Manakah Paling Popular Di Malaysia.

10 BISKUT RAYA
 PALING POPULAR DI MALAYSIA 

01. BAHULU
Bahulu boleh dikatakan kuih atau biskut raya paling popular di Malaysia. Bahan asas kuih ini ialah
tepung gandum, telur, sedikit minyak masak/sapi dan gula pasir. Bahulu juga secara amnya boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. 



02. BISKUT DAHLIA / SEMPERIT
Biskut Dahlia ini boleh dikatakan adik beradik dengan kuih semperit juga. Bezanya biskut dahlia mempunyai bentuk seperti bunga dan ada buah ceri kecil di atasnya. Asas bahan biskut ini ialah tepung gandum, mentega/marjerin dan  telur ayam. Ada juga yang dicampur dengan tepung jagung dan tepung kastard. 


03. DODOL
Dodol adalah sejenis makanan yang agak rumit untuk dimasak. Bahan yang diperlukan untuk masak kuih dodol ini ialah tepung beras, santan kelapa, gula pasir, gula melaka dan garam. 




04. BISKUT CORNFLAKES
Biskut Cornflakes memang menjadi menu wajib biskut raya setiap tahun kerana ianya mudah dibakar atau dimasak. Bahan yang diperlukan ialah tepung gandung, tepung jagung, serbuk penaik, gula halus, mentega, telur, vanila dan pastinya  Cornflakes sendiri.



05. KUIH BATANG BURUK
Kuih ini memang sedap dan agak berhabuk sedikit. Boleh tersedak jika makan terlampau banyak. Bahan untuk kuih ini ialah tepung gandum, tepung beras, tepung kelapa dan serbuk kacang hijau yang digoreng.


06. KUIH SIPUT
Kuih siput memang sedap dimakan sambil menonton TV. Antara bahan masakan yang diperlukan ialah tepung gandum, tepung ubi, marjerin, rempah dan daun kari. 


07. KUIH BUAH ROTAN
Kuih ini juga rangup dimakan dan cukup popular di Malaysia dan Indonesia. Bahan yang diperlukan untuk kuih ini ialah tepung pulut, telur dan bijan. 


08. BISKUT KACANG
GV memang suka biskut kacang. Ada sesetengah orang panggil mazola kacang. Bahan masakan kuih ini ialah tepung gandum, serbuk kacang tanah, gula halus, minyak jagung atau minyak mazola, garam dan kuning telur. 


09. KUIH TAT
Kini kuih tat sudah berevolusi dengan pelbagai jenis perisa. Kuih tat paling popular sekali ialah kuih tat nenas. Antara bahan kuih ini ialah tepung dan jem pelbagai perisa yang diminati. 


10. BISKUT ALMOND LONDON
Biskut Almond London adalah biskut moden paling popular di Malaysia. Bahan untuk biskut ini ialah tepung gandum, mentega, nestum, gula, telur, buah badam, cokelat dan minyak jagung. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Images. 

12 ulasan:

  1. bahulu tu cicah dgn air kopi o
    panas mmg win...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama tak makan camtu kak. Mmg sodap sangat kak. hihi. :D

      Padam
  2. followed you ada masa singgah la https://marblemomo.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Mr Amar. Terima kasih sudi follow dan singgah. Nanti GV singgah balik ya. :)

      Padam
  3. LUBUKSENI.COM doakan semoga awak sentiasa murah rezeki dan bahagia selalu. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Ema. GV pun doakan semoga akak sentiasa murah rezeki dan bahagia selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

      Padam
  4. Balasan
    1. Sedap tu tat nenas kak. Hihi. Biskut evergreen.

      Padam
  5. Suka dodol! dulu ingat masa dekat kampung turun kacau dengan tok. Tapi dah lama tok xbuat dahh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dodol legend kan kak Fatin. GV dah lama tak tgk orang kacau dodol macam dulu2x. Wah, kacau dodol ngan tok. Kenangan tu kak Fatin. :)

      Padam
  6. Great post on "BISKUT RAYA PALING SEDAP DI MALAYSIA". As a professional chef i have to appreciate your work. Keep Posting useful posts like this. Keep in touch with my websites- culinary institute in dubai | dubai barista

    BalasPadam
  7. I have been visiting your recipe blog regularly. The way of recipe tips looks to be easy for all readers. I would personally recommend our blog visitors to subscribe to obtain useful posts like this periodically. Particularly post on "BISKUT RAYA PALING SEDAP DI MALAYSIA" is awesome. Get in touch with us via our websites bengali sweets | dry fruit sweets

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D