ADA NAMPAK MAMI HAPPY.... KAK ROS WHAT ARE YOU TRYING TO DO ?


Ada Nampak Mummy Happy. 
Mummy Tak Nak Shima Senyum.
Dengar Ya.. Jangan Main-Main Ya.. 
Ini Sebenarnya Malam Ini
Daripada Timor Leste, Daripada Thailand.. 
Semua Nampak Perubahan Dia.. 

Apa Yang Shima Buat Malam Ini
Mungkin Daripada Persembahan, 
Mungkinlah Mummy Boleh Tersenyum Dengan Persembahan
Tapi Mummy Tak Senyum Pun Dengan Persembahan
Bila Masuk Pitching  Je Terus Tetttttttt
Mummy Tak Ajar Cara Macam Nyanyi 

Th Whole Song!!!! The Whole Song !!!!
Yes..Mummy Tak Berlakon.. 
Mummy Ikhlas Mummy Cakap Dengan Shima

Maaf Maaf Mummy. Minta Maaf Minta Maaf Sangat 
Makcik Potong Sikit.

Tapi Tidak Semua.  Tidak Semua. 
Saya Tidak Setuju Kalau Semua. 
Alhamdullilah Ada Backing
Apa Masalah ? Apa Masalah Kak Ros?
Kak Ros Nak Kasi Semangat Kepada Shima

Actually What Are You Trying To Do Kak Ros????

Ini adalah antara  petikan dialog yang cukup popular ketika ini yang kerap dijadikan parodi/meme di kalangan penduduk Nusantara. Petikan dialog ini sebenarnya diambil daripada komen Mas Idayu terhadap Baby Shima di pertandingan D'Academy Asia 3, Indonesia. 

Untuk makluman semua, pertandingan ini adalah pertandingan nyanyian Irama Dangdut yang melibatkan enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Leste. Rancangan ini ditayangkan hampir lima jam hampir setiap hari (ada waktu rehat sehari dua dalam seminggu) di saluran TV Indosiar dan mendapat rating yang cukup tinggi di sana. Menonton rancangan ini ibarat menonton drama Sinetron lima jam tanpa henti kerana terdapat pelbagai adegan kelakar, sedih, kejutan dan macam-macam situasi lagi yang tidak dijangka berlaku ketika siaran langsung dijalankan. 

Bayangkan, peserta menyanyi lagu hanya empat atau lima minit, tapi kena dengar komen daripada juri hampir 25 minit. Malah, pendapat setiap juri juga selalu berbeza dan kerap juga berlaku perdebatan pendapat mengenai persembahan peserta di kalangan komentator. 

Selain daripada itu, lagu Dato' Seri Vida berjudul I Am Me juga pernah dipersembahkan di rancangan ini. Lagu ini dinyanyikan secara spontan oleh  oleh Putera Dangdut Indonesia iaitu Nassar (salah seorang komentator) dan dipersembahkan dengan konsep muzik Dangdut. Famous juga Dato' Seri Vida di Indonesia ya. Hihi. 

Sehingga kini, rancangan ini sudah ditayangkan tiga musim. Namun, hanya musim ketiga iaitu musim tahun ini saja baru betul-betul popular di Malaysia. Ianya semua kerana adegan Mas Idayu memarahi Baby Shima telah viral di Indonesia dan kini telah sampai ke Malaysia. Daripada sudut positifnya, makin ramai peminat Nusantara mula menonton rancangan ini kerana impak populariti adegan Mas Idayu vs Baby Shima itu dan secara tidak langsung turut  meningkatkan populariti rancangan ini di seluruh Asia Tenggara amnya. Jom tonton video di bawah. 

Video Mas Idayu & Baby Shima di D'Academy Asia
DA Asia 3 Official YouTube Channel


Lagu I Am Me versi Dangdut di D'Academy Asia 3 
Maison D' or Network YouTube Channel

Video Parodi Yang Sangat Lawak. Jom Tonton Di Bawah

Daripada THEFAIZROSLAN YouTube Channel



Sumber : Google 

Galaksi Viral
https://galaksiviral.blogspot.my/


18 ulasan:

  1. hai GV, akak nak jemput join my GA segment here

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak Raydah. Kalu sempat nanti GV join ya. Terima kasih sudi jemput GV ya kak Raydah. :)

      Padam
  2. haha sha suka betul tengok parodi yang ni

    ppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelakar kan parodi ni kak Shafyqah. Hihi. Terima kasih sudi jemput GV. Nanti kalu sempat GV join ya kak Shafyqah. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Aah kak. Tak pelik pun sebab inilah realiti zaman sosial media kini. Hihi. Lagipun dialog Mas Idayu tu mmg padu dan sesuai dijadikan parodi. Dah banyak video parodi keluar kat you tube dan ramai dah tweet hal ini. Siap masuk Melodi dan Meletop lagi. hihi.

      Padam
  4. hamboi makin femes mas idayu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kak Wan. Makin femes Mas Idayu ini. Itulah impak positif hasil viral ini. :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Aah kak Raihanah. Dah viral dah skang ni. hihi. :D

      Padam
  6. kalau yang parody memamg lawak..

    tidak mustahil juga Bro GV akan buat parody untuk lagu Tak Tun Tuang nanti..

    tunggu sahaja kemunculannya..

    hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha. Mana ada Mr Hanafi. GV jadi penonton je. Tak Tun Tuang redah jew. hihi. :D

      Padam
  7. wah2 hafal skrip nampk
    hihihi...kat meletop mlm tadi
    ada gak tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jihan wat parodi kan kak, Memang lawak. Hihi. Enjoy semua kak. hihi. :D

      Padam
  8. tula ayt ni byk btol komen dkt fb.. ada yg siap tukar nama shima tu pada nama org lain..mcm2

    Jemput join GA :)
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Cik Puna Ena. Macam2x bentuk parodi la dorg wat kan kak. Hihi, Nanti GV akan spend satu masa untuk GA kak, terima kasih sudi jemput ya kak. :D

      Padam
  9. Hahahaa parody dia smua kelakar jea. Tengok ulang ulang. Btw, thanks selalu singgah. Masukkan awak dalam bloglist akak. Senang terus bw jeaa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kelakar kak Fatin. Terima kasih kak sudi singgah. Terima kasih sekali lagi sebab letak GV dalam bloglist akak. GV pun letak akak dalam blog list GV kak. hihi. :D

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D