Tuesday, August 8, 2017

SIAPAKAH PENDUDUK DI BUMI SEBELUM NABI ADAM A.S ???

Benarkah sudah ada mahkluk lain yang pernah mendiami planet Bumi sebelum kedatangan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa? Antara teori yang pernah dikemukakan mengenai isu ini ialah bangsa Jin berketurunan al-Jan adalah penduduk awal di Bumi. Golongan jin ini dikatakan adalah bapa kepada segala jin. Mereka merupakan penduduk asal Bumi lebih 2000 tahun lamanya sebelum kedatangan Nabi Adam A.S ke planet ini. Mereka ini juga dikatakan golongan yang suka membuat kerosakan dan menumpahkan darah di planet ini dan menjalani kehidupan bersifatkan primitif.
Makhluk Purba Bumi
Foto Daripada sahabatnesia.com

Berdasarkan artikel di dalam majalah Al-Islam, golongan Jin yang menduduki Bumi dahulu terbahagi kepada tiga kategori.  Kategori pertama ialah jin yang menyerupai ular hitam, kala jengking, anjing hitam, serangga atau kutu tanah. Kategori kedua pula ialah jin yang kelihatan  seperti berkumpulan seperti angin di udara dan memiliki sayap. Kategori ketiga pula jin yang mirip kepada manusia dan dikenakan perhitungan amalan serta dikenakan balasan. Jin kategori ketiga ini yang dikatakan mempunyai fizikal seperti manusia tetapi berbulu lebat, berwarna hitam sehingga tidak menampakkan kulitnya.
Golongan jin yang tinggal di Bumi dahulu ini dikatakan suka melakukan kerosakan di Bumi dan akhirnya kaum mereka telah dilupuskan serta digantikan dengan kehadiran manusia. Penemuan arkeologi yang berjuta tahun dahulu juga dikatakan adalah rangka jin yang pernah menduduki planet ini. Makhluk jin ini juga dikatakan hidup dalam keadaan primitif dan berevolusi fizikal daripada satu bentuk ke satu bentuk lain seperti mana pernah diterangkan di dalam Teori Darwin. Jin ini juga dikatakan hidup berpindah randah dan berjalan menggunakan kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain sebagaimana manusia juga. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika fosil purba rangka makhluk purba dahulu pelik, berangka besar dan tidak menyerupai manusia 100%. Mungkin fosil manusia purba berjuta dahulu itu bukanlah fosil manusia sebenar tetapi fosil makhluk jin yang pernah tinggal di Bumi dahulu.Waallahualam.


Sumber : Majalah Al-Islam Julai 2017. (Jom beli majalah ilmiah ini. Banyak info menarik untuk di baca. Terbaik.)

10 comments:

  1. Ya, betul tu... bab rangka jin tu saya tak pasti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alam ini memang penuh misteri kan Mr Noor Azlan. Bab rangka itu rasanya lebih kepada teori sahaja. huhu.:)

      Delete
  2. sebenarnya sy tertanya2 sampai sekarang siapa yg duduk kat bumi sblm manusia..tak sangka persoalan yg nampak remeh yg bermain dlm kepala otak sejak kecil tak pernah pun terjawab, dan tak pernah usaha pun untuk baca sblm ni..nice entri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misteri alam ini memang sangat subjektif. GV pun sama daripada dulu tertanya mengenai hal ini. Teriam kasih Mr Cahaya. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah terima kasih perkongsian info..namun hakikatnya kita ini dari keturunan Nabi Adam A.S..dan isterinya Hawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2x kak Perdu Cinta. Setuju kak. Kita sememangnya keturunan Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa. :)

      Delete
  4. Manusia pertama yang hidup di dunia ini ialah Nabi Adam
    Mungkin hidupan sebelum itu bukan kategori manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mr Warisan Petani. Manusia pertama ialah Nabi Adam A.S. Hidupan bumi sebelum itu mungkin Jin. Wallahualam.

      Delete
  5. agak logik juga kerana golongan jin tidak perlu kepada makanan secara nyata...

    lagi pun usia jin ini semakin lama semakin muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV baru tahu usia jin semakin lama semakin muda. huhu. Ada kata makanan Jin ialah asap. Tapi tidak tahu betul ke tidak.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget