Saturday, August 12, 2017

KHASIAT SAMBAL BELACAN

Masyarakat Asia Tenggara memang suka makan makanan pedas-pedas. Antara yang paling popular ialah sambal belacan. Sambal belacan adalah menu wajib dihidangkan jika masakan kampung menjadi pilihan anda. Ianya selalu dimakan bersama dengan ulam - ulaman segar seperti ulam raja, pucuk pegaga, timun dan banyak lagi. Antara khasiat sambal belacan ialah :
  • Kaya dengan vitamin C. Ianya bagus untuk kesihatan kulit, gigi, dan tulang.
  • Dapat membakar kalori. Selalu kita makan sambal belacan mesti badan berpeluh-peluh kan. 
  • Membersihkan sinus. Rasa pedas dapat melancarkan sinus yang tersumbat dan membantu membersihkan sinus
  • Dapat mengurangi risiko kanser tertentu seperti kanser prostat
  • Dapat meningkatkan selera makan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kadar metabolisme badan 
  • Dapat tidur dengan lebih nyenyak
  • Dapat mengurangkan rasa tekanan dan depresi
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah resdung, rasanya tidak digalakkan meletak belacan di dalam sambal berkenaan sebab ianya akan membuat akan anda terasa gatal di hidung dan asyik bersin je nanti. GV selalu buat sambal tanpa letak belacan, sedap juga la rasanya. Hihi. 


Sumber : Imej Google, Jurnas.ComKhasiat Cilisouperdiaries.com

4 comments:

  1. kalau makan ulaman mesti cari sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mr Warisan. Sedap tak terkata ulam cicah sambal belacan. :D

      Delete
  2. Tak sangka banyak juga khasiat sambal belacan ni.. Cakap pasal sambal belacan, berliur pula saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah banyak khasiatnya. sambal belacan mmg sedap bangat. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget