GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Sunday, August 13, 2017

BRITNEY SPEARS THAILAND vs VIETNAM vs PINOY vs KEMBOJA vs LOAS vs MYANMAR. SAPA MENANG?

Rasanya kita jarang dapat dengar lagu daripada negara jiran kita selain Singapura, Brunei dan Indonesia kan. Sebenarnya lagu-lagu negara jiran kita sehebat lagu KPop juga. Cuma kita tidak didedahkan dengan muzik mereka di sini. Di sini GV kumpulkan 6 artis wanita daripada Thai, Viet, Filipina. Cambodia, Loas dan Myanmar yang mempunyai perwatakan dan gaya seperti Britney Spears. Kesemua mereka hebat menari dan lagu mereka sangat rancak dengan pengaruh muzik Dance Music dan EDM. Sebelum menonton 5 video muzik mereka, di bawah ada sedikit info mengenai mereka sebagai pengenalan awal. 
  • Thailand - Kratae Siam adalah penyanyi Thai yang sangat hebat menari dan mempunyai kebolehan untuk beraksi Muay Thai. Beliau cukup popular di negara Thailand, Kemboja, Jepun, China dan Taiwan. Kelincahan beliau menari dengan koreografi yang sukar itu mengingatkan kita kepada permulaan kerjaya Britney Spears dahulu. Rasanya di antara semua penyanyi di bawah, Kratae adalah paling hebat sekali menari. 
  • Vietnam - Hoang Thuy Linh adalah penyanyi Vietnam yang dipuji kerana kekuatan vokal dan kebolehan beliau menari rancak dengan mantap. Video Muzik beliau di bawah banyak dipengaruhi dengan gaya dan tarian Britney Spears
  • Phillipines - Sarah Geronimo adalah legenda muzik Filipina kerana kejayaan luar biasa beliau di dalam indusrti muzik dan filem. Beliau adalah satu nama yang cukup besar di Filipina dan juga dikenali sebagai salah seorang vokalis terbaik Filipina. GV tidak sangka yang Sarah juga hebat menari seperti di dalam video muzik beliau di bawah. 
  • Myanmar - Ah Moon adalah salah seorang artis wanita paling popular di Myanmar. Beliau juga adalah salah seorang ahli kumpulan penyanyi wanita pertama di Burma iaitu kumpulan Me N Ma Girls. 
  • Laos - Alexandra Bounxouei ialah Puteri Pop Laos dan salah seorang selebriti paling popular di Laos. Beliau sangat berbakat dalam bidang muzik dan juga dikenali sebagai Permata Laos kerana populariti dan bakat luar biasa dimilikinya itu.
  • Cambodia - Sok Pisey adalah penyanyi paling seksi di Cambodia. Keseksian beliau banyak dibayangi dengan gaya Britney Spears


    THAILAND
    Video Muzik
    Kratae Rsiam - Flick


    VIETNAM
    Video Muzik  
    Hoang Thuy Linh - I'm Gonna Break


    PHILLIPINES
    Video Muzik
    Sarah Geronimo - Tala


    MYANMAR
    Video Muzik
    Ah Moon feat Me N Ma Girls - Girl Strong


    LAOS
    Video Muzik
    Alexandra Baounxie - My Radio


    CAMBODIA
    Video Muzik
    Sok Pisey - Hey Ey Somleung Yang Nis

    Kratae Rsiam

    Selamat Terhibur.

    Sumber : Google





    4 comments:

    1. cantik sungguh mereka..

      dijadikan isteri secantik itu memang seronok giier...

      tambah lagi kalau solehah..

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul mr hanafi. semua cantik2x. hihi. cantik & solehah. okey jew mr hanafi. hihi. :D

        Delete
    2. tak tahu kenapa tapi rasa seram sejuk tengok diaorang ni semua

      ReplyDelete
      Replies
      1. Seram sejuk sebab dorg cantik ke. hihi. lagu Thailand dan Vietnam best, video muzik dan tarian mereka superb.

        Delete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI