Ads Top

ANDA PEMINAT NARUTO ? TAHUKAH MAKSUD SEBENAR AMARETASU, SUSANOO, IZANAGI & TSUKUYOMI ?

Anime Naruto sangat popular di Malaysia. Ianya kerana anime ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan kuasa jutsu yang hebat. Kawan baik Naruto iaitu Sasuke juga mempunyai kuasa yang hebat dan sama taraf dengan Naruto. Oleh itu, pasti anda  sudah biasa mendengar perkataan Izanagi, Izanami, Susanoo, Amaterasu dan Tsukuyomi. Kesemua perkataan ini adalah nama kuasa yang dimiliki oleh Sasuke Uchiha. Tapi tahukah anda bahawa kesemua nama kuasa Sasuke ini sebenarnya diambil daripada mitos legenda Jepun yang sebenar. Jom baca di bawah :

01. IZANAGI
- Dalam Anime Naruto, Izanagi adalah kuasa genjutsu paling kuat sekali iaitu boleh menyebabkan pihak lawan berada di dalam keadaan berillusi di dalam alam fantasi untuk jangka masa yang sangat lama dan sukar untuk keluar daripada situasi ini.
- Dalam Mitos Jepun, Izanagi adalah Dewa Pencipta Dunia dan juga merupakan salah satu anggota daripada enam Dewa Pencipta Utama. Beliau juga merupakan suami kepada Dewi Izanami.

02. IZANAMI
- Dalam Anime Naruto, Izanami adalah salah satu genjutsu yang sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penggunanya akan buta selepas menggunakannya ketika berlawan dengan pihak musuh. 
- Dalam Mitos Jepun, Izanami adalah salah satu Dewi Jepun dan merupakan isteri kepada Dewa Izanagi. Kedua-duanya telah mencipta bumi Jepun dan menguruskan kawasan ini menggunakan kuasa hebat mereka. Selepas Dewi Jepun mati  melahirkan Dewa Api Kagutsuci, beliau telah menjadi Dewi Tanah Kematian di alam  kematian.
Illustrasi  Izanami & Izanagi

03. SUSANOO
- Dalam Anime Naruto, Susanoo adalah sejenis makhluk gergasi yang berpakaian ala samurai dan mempunyai kuasa yang sangat hebat. Ianya hanya boleh  dihasilkan jika pengamal dojutsu itu mahir di dalam peringkat tertinggi kuasa Mangekyo Sharingan. 
- Dalam Mitos Jepun, Susanoo adalah Dewa Laut dan Petir.

04. AMATERASU
- Dalam Anime Naruto, Amaterasu adalah kuasa api tahap tertinggi di dalam kuasa dojutsu (teknik kuasa mata).
- Dalam Mitos Jepun, Amaterasu adalah Dewi Matahari. 

05. TSUKUYOMI
- Dalam Anime Naruto, Tsukuyomi adalah salah satu genjutsu yang sangat kuat dan mempunyai kuasa meliputi kuasa roh dan kegelapan. 
- Dalam Mitos Jepun, Tsukuyomi adalah Dewa Bulan. Beliau bersama Susanoo dan Amaterasu juga turut dikenali sebagai Tiga Anak Suci Dewa. 

Menarik kan. Cerita Naruto banyak dikaitkan dengan  mitos legenda rakyat Jepun. Jadi tidak menghairankanlah jalan cerita Naruto sangat kreatif dan inovatif. 




Sumber : Google Image

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.