Saturday, August 12, 2017

ADA MAKHLUK PURBA MASIH HIDUP DI BAWAH PERMUKAAN BUMI

Pernah dengar tak ada khabar angin mengatakan ada makhluk yang hidup di bawah permukaan Bumi. Mereka dikatakan hidup di dalam perut Bumi kerana telah ditenggelamkan hingga jauh ke dasar Bumi kerana bencana alam yang berlaku berjuta tahun dahulu. Menurut ahli kaji bumi Amerika Syarikat Trevor Anderson, beliau telah menemui jalan masuk ke dunia asing di dalam perut Bumi tanpa sengaja sewaktu melakukan ekspedisi kajian  gunung berapi di Iceland. 
Pada ketika itu, beliau dan beberapa rakan beliau sedang mengumpul data berkaitan gunung berapi di tepi lerengan gunung berapi di suatu kawasan pergunungan Iceland. Tiba-tiba, cuaca berubah menjadi gelap dan petir pula sambar menyambar di kawasan kajian mereka itu. Oleh itu, mereka terpaksa mencari sebuah gua berdekatan untuk elak disambar petir dan menunggu sehingga cuaca kembali cerah semula. Di dalam gua tersebut, mereka telah tergelongsor masuk ke dalam sebuah lubang yang sangat dalam seperti ianya menuju ke dalam isi perut Bumi. Akhirnya mereka jatuh ke satu tempat yang sangat mengejutkan yang boleh mempengaruhi fakta sains sejagat. Tempat itu adalah suatu tempat hidupan yang kelihatan seperti Bumi Purba dan ianya terletak jauh daripada  permukaan atas Bumi. Ianya banyak dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan segar dan juga dataran gurun yang sangat luas. Di situ juga ada sebuah laut yang sangat besar dan cuaca di situ turut berubah-ubah daripada panas kepada sejuk dan sebaliknya. Namun, ada satu perkara yang paling mengejutkan antara semua kejutan iaitu kewujudan Dinasaur yang masih hidup di kawasan itu. Adakah bencana alam suatu ketika dahulu telah menyebabkan Bumi kita terbalik dengan menyebabkan sisa-sisa kehidupan yang masih hidup ketika itu terpaksa bersembunyi di bawah permukaan Bumi? Ini adalah kerana semua penemuan yang dijumpai oleh Trevor itu adalah satu keajaiban dan pastinya menarik minat ramai ahli sains untuk meneroka kawasan purba yang hidup di bawah permukaan Bumi selama ini.
Walau bagaimanapun, itu semua hanyalah fantasi semata-mata kerana ianya adalah jalan cerita filem menarik Journey To Center of Earth lakonan Brendan Fraser pada tahun 2008. Filem ini adalah berdasarkan novel yang tajuknya sama seperti judul filem ini.
Tetapi GV yakin antara kita semua mesti pernah dengar berita mengatakan ada makhluk yang hidup di bawah kan. Antaranya ialah Yakjuj Makjuj. Kisah Yakjuj Makjuj bukan sahaja popular di kalangan orang Asia, tetapi juga di sebelah Barat. Dikatakan ada satu kawasan di benua Eropah dan sempadan Asia yang menjadi tempat terkurungnya makluk aneh ini. Di bawah ada satu Video Muzik daripada Azerbajian yang menunjukkan seolah ada satu makhluk jahat keluar daripada perut Bumi dan bertembung Bidadari langit. Lagu ini berjudul Day After Day nyanyian Elnur dan Samir. Jom saksikan lagu daripada negara Azerbajian ini. 

Video Muzik Day After Day - Elnur & Samir


Sumber : Google & You Tube Channel


8 comments:

  1. Ada makhluk di atas..di bumi dan di bawah (dalam bumi)...ada yang boleh dilihat dengan mata kasar..ada yang sebaliknya..kewujudan yang ghaib itu perlu dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Perdu. Kewujudan makhluk ghaib perlu dipercayai. Rahsia alam yang penuh misteri.

      Delete
  2. makhluk di muka bumi pun dah cukup pelik, yang dekat atas, dekat dalam bumi entah macam mana pulak perangainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah keunikan misteri alam ini. ianya sukar dirungkai kerana terlalu banyak ilmu pengetahuan tidak kita ketahui. Itu belum masuk isu tamadun purba dulu yang telah hancur dan meninggalkan persoalan apakah teknologi mereka guna suatu ketika dulu.

      Delete
  3. Replies
    1. Hihihi. Aah Sains fiksyen Mr Warisan. GV mmg suka filem sains fiksyen ini. Unik dan di luar kotak. hihi. :D

      Delete
  4. Replies
    1. sabar Mr Nurhaziq. Semoga kita sentiasa dalam keadaan sejahtera hendakNya. InsyaAllah.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget