GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Ahad, 9 Julai 2017

MINUMAN SEJUK PALING SEDAP DI BANGI

Cuaca panas terik sekarang selalu membuatkan kita berasa sangat dahaga kan. Kalau dapat menghirup air minuman sejuk tengah-tengah panas ini memang buat kita rasa heaven sangat. Tambah-tambah lak dapat minum air coffee atau air coklat sejuk berkrim ala ala stabak punya. hihi. Memang terasa puas kenikmatan minuman itu. 

Baru-baru ini GV ada singgah di sebuah cafe minuman di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Nama cafe ini ialah Iris Cafe - Fresh Brewed Coffee. Cafe ini berkongsi premis dengan pusat dobi self services iaitu Eco Green Laundry. Disebabkan GV terasa sangat dahaga pada masa itu, jadi GV pun order la satu minuman Chocolate With Steam Milk Frappe. Rasanya sangat sangat sedap dengan bekas airnya agak besar. Harga minuman ini pun hanya RM7 untuk Frape punya. Kalau untuk minuman Hot hanya RM5 dan Cold pula RM5.50 sahaja. Jika pergi ke stabak, paling murah pun Green Tea  yang harganya RM14 ke atas. Memang tak sanggup la kan. Huhu. Oleh sebab itu,  GV pun teringin hendak tahu apa lagi menu minuman istimewa yang ditawarkan oleh cafe ini. Secara ringkasnya, berdasarkan menu itu, GV tengok itu air minuman itu dibahagikan kepada dua jenis iaitu satu jenis coffee dan satu lagi bukan coffee. Contoh minuman Coffee tu seperti Espresso, Doppio, Long Black, Cappucino dan banyak lagi. Manakalah contoh minuman bukan Coffee pula ialah Red Tea, Chai Latte, Chocolate, Matcha dan sebagainya. Harga yang dipaparkan juga sangat berpatutan dan tidak mahal. Selepas itu, GV ada juga lihat Facebook Cafe ini ada menyatakan yang mereka ada juga menyediakan makanan seperti Nasi Kerabu Tumis Ummi dan Late Night Shake. Tapi yang paling menarik perhatian GV ialah Mat Cha Latte Twin Cup. Memang sangat unik. Next time kalu GV datang sini, GVhendak try la minuman Mat Cha Latte Twin Cup ini. Gambar minuman unik ada di bawah. 

Chocolate With Steam Milk Frappe 
Menu Di Iris Cafe






Semua Gambar Menu Ini Daripada Facebook Iris Cafe

Berdasarkan di Facebook cafe ini, waktu pembukaan cafe ialah daripada pukul 10 pagi sehingga 11 malam setiap hari rasanya. Jadi jika ada sesiapa yang teringin hendak rasa kesedapan air minuman di cafe ini, bolehlah singgah ke sini. Jom like facebook cafe ini >> Facebook Iris Cafe Bangi

Alamat Cafe ini seperti berikut :
No.47-G, Jalan 7/7C, Seksyen 7
Bandar Baru Bangi, Selangor.


Chocolate With Steam Milk Frappe 


Sumber : Gambar Daripada Google & Facebook Iris Cafe. 

4 ulasan:

  1. Kalau dah haus boleh layan air sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga tu. juz masa tu teringin nak air lain ckit. hihi.

      Padam
  2. Salam...
    MasyaAllah..sedap nyer tgok..tgh pose ni kan..biasalah...huhu

    hai galaksi viral..sy yaya..follower yang ke-62.
    slmt bknalan ye.. ^_^
    ur blog is good. keep it up! =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cik Yaya. Terima kasih kerana sudi follow blog GV. GV hargai sesangat. Selamat berkenalan juga dan terima kasih sekali lagi kerana sudi komen di sini. Nanti GV singgah blog Cik Yaya ya. Selamat berbuka puasa nanti ya. :D

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI