GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Ahad, 30 April 2017

Tu Vietnam
Asia's Next Top Model 2017

SINOPSIS EPISOD 4 :
Akhirnya berlaku juga drama pergaduhan mulut antara peserta wanita ini untuk musim ini. Tu Vietnam menegur Clara Indonesia supaya tidur awal dan tidak bercakap kuat apabila tiba waktu tengah malam kerana menganggu orang lain untuk tidur. Disebabkan tiada persefahaman, jadi mereka pun berbalas percakapan antara satu sama lain. Namun itu semua hanya sementara sahaja. Seterusnya, blogger fesyen terkenal Singapura Andrea Goh telah datang melawat ke rumah peserta dan menjadi juri untuk pertandingan Social Media Challenge - I Woke Up Like This Selfie. Maksud pertandingan selfie ini ialah setiap model perlu mengambil gambar selfie seolah-olah mereka baru bangun tidur dan nampak serabut tapi pada masa yang masa mereka masih nampak menarik. Terdapat empat kumpulan yang dibahagikan oleh Andrea iaitu Kumpulan 1 - Alicia Malaysia, Cindy Taiwan & Tu Vietnam ; Kumpulan 2 - Nametha Singapura, Clara Indonesia & Valerie Indonesia ; Kumpulan 3 - Shikin Malaysia, Layla Singapura & Dorothy Thailand dan Kumpulan 4 - Maureen Filipina & Veronika Indonesia. Pemenang cabaran ini ialah Valerie Indonesia. Manakala untuk cabaran photoshoot pula mereka perlu bergambar di dalam bas dengan fesyen urban chic. Sewaktu pengambaran, ketidakserasian antara Nametha Singapura dan Clara Indonesia telah memberikan mereka satu kelebihan apabila masing-masing tampil memberikan gaya model yang menarik dan seterusnya mendapat markah yang tinggi ketika proses penilaian akhir model. Berbeza dengan Layla Singapura yang menghadapi kesukaran dalam memberikan gaya terbaik ketika proses pengambaran dan ini telah menyebabkan Layla terkeluar untuk episod kali ini. Juri undangan kali ini ialah salah seorang Top Model Lelaki Popular di Asia iaitu Jason Godfrey dan  Model Wanita Asia Madi Ross.  

Tema : The Girl Who Learnt That She Was Flawsome
Episode : 4
Tarikh : 26 April 2017 / Hari : Rabu / Jam : 09.05 PM - 10.05 PM
Saluran : Starworld Asia 711/722 (HD)

Untuk Episod Keempat Ini Melibatkan Dua Cabaran


Cabaran 1 : Social Media Challenge - I Woke Up Like This Selfie.
Pemenang : Valerie Indonesia
Mentor Undangan: Andrea Chong (Blogger Fesyen Singapura)

Cabaran 2 : Urban Chic In Groups On A Bus
Pemenang : Tu Vietnam
Jurufoto : Yu Tsai


JURI TETAP :
Dari Kiri - Cindy Bishop (Hos/Ketua Juri), Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Juri)

JURI UNDANGAN :
JASON GODFREY 
TOP MODEL KANADA/FILIPINA

MADI ROSS
TOP MODEL KANADA/THAILAND


KEDUDUKAN PESERTA MENGIKUT MARKAH TERTINGGI
(MUSIM 5 EPISOD 4)
01. TU VIETNAM 
GAMBAR TERBAIK  EPISOD 4
Dari Kiri : TU VIETNAM (N0.1), CINDY TAIWAN (N0.6) & ALICIA MALAYSIA (N0.9)

Dari Kiri : VALERIE INDONESIA (NO.4), NAMETHA SINGAPURA (NO.2) & CLARA INDONESIA (NO.8)

Dari Kiri : VERONIKA INDONESIA (N0.5) & MAUREEN FILIPINA (N0.3)

Dari Kiri : LAYLA SINGAPURA (N0.11-TERKELUAR EPISOD 4), DOROTHY THAILAND (N0.10 ) & SHIKIN MALAYSIA (N0.7 )

ANDA BOLEH TONTON EPISOD 4 DI SINI :
Credit to Asia Next Top Model  Youtube Channel

Tu Vietnam
Asia's Next Top Model 2017


Sumber Rujukan : ASNTM Facebook/Website & Google Images.



Ahad, 23 April 2017

Rasanya masih ramai lagi yang tidak mengetahui yang Malaysia ini sebenarnya mempunyai ramai Supermodel hebat dan juga cukup popular di kalangan peminat fesyen tempatan dan antarabangsa. Supermodel ini selalunya dikaitkan dengan Model Gred A yang dibayar dengan harga tinggi untuk khidmatnya, mempunyai nama yang kukuh dalam industri fesyen, mempunyai kebolehan dan identiti tersendiri dalam mengayakan pelbagai jenis fesyen/jenama yang terkenal, terlibat dengan fesyen adibusana (haute couture), model komersial/editorial, mempunyai gaya catwalk yang hebat di pentas runway, mempunyai strong character, (bonus) boleh berkomunikasi dengan baik dalam dua bahasa (selalunya Supermodel Asia & Eropah mempunyai kelebihan ini kerana Bahasa Inggeris bukan bahasa utama mereka) dan banyak lagi. Oleh itu, mari kita mengenali siapakah Supermodel Malaysia yang hebat dan terkenal di dalam dan luar negara ini. 
Supermodel Malaysia

10 SUPERMODEL MALAYSIA PALING POPULAR 

01. LING TAN
Nama Penuh : Tan Mang Ling
Umur : 43 tahun
Tarikh Lahir : 9 Oktober 1974
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia.
Ketinggian : 177 cm
Mula Aktif : 1994
Agensi  : One Management (New York), Elite Model Management (Paris & Toronto), Munich Models (Munich), Uno Models (Barcelona & Madrid), IMG & Wilhelmina Models (New York), Modelwerk (Jerman)
Pencapaian Utama : 
- Juara Asian Model Search (Malaysia) 1994
- Pertunjukan fesyen di New York, London, Milan, Rome & Paris
- Lebih 30 pertunjukan fesyen untuk musim Fall 1997/Winter 1998 dan Spring/Summer 1998
- Pernah bekerjasama dengan jenama dan pereka fesyen terkenal di dunia seperti Giambattisa Valli (Itali), Elie Saab (Lebanon), Karl Lagerfeld (Jerman), Yves Saint Laurent (Perancis), Tom Ford (Amerika), Emporio Armani (Itali), Donna Karan (Amerika), Chanel (Perancis), Datuk Jimmy Choo (Malaysia), Alexander Mcqueen (Britain), Christian Dior (Itali), Gucci (Itali), Issey Miyaki (Jepun), 
- Pernah terlibat dengan iklan antarabangsa seperti Ann Taylor (Amerika), Banana Republic (Amerika), Bergdof Goodman (Amerika), Old Navy (Amerika), Polo Ralph Lauren (Amerika), L'Oreal (Perancis), Pantene (Switerzland), Estee Lauder (Amerika), GAP (Amerika), Cover Girl (Amerika), Tiger Beer (Malaysia) etc.
- Penghias majalah Vogue (Itali, Amerika, China, Jerman, & Korea), Harper Bazaar (Malaysia & Singapura), Scene (United Kingdom), Amica (Itali) etc.
- Pernah muncul di dalam video muzik penyanyi popular antarabangsa George Michael untuk lagu Fast Love.
- Pernah muncul di dalam drama popular antarabangsa Sex In The City (HBO)  & Blue Bloods (CBS)
- Pernah bekerjasama dengan jurugambar terkenal dunia seperti Irving Penn (Amerika), Mario Testino (Peru), Peter Lindbergh (Poland) dan Richard Avedon (Amerika).
- Juri jemputan Asia's Next Top Model Musim Kedua & Kelima.
Catatan :
Ling Tan adalah Supermodel Pertama di Malaysia yang sangat popular di peringkat antarabangsa. Jika dilihat pada pencapaian beliau, tiada siapa dapat menafikan beliau adalah Supermodel Terbaik Malaysia berdasarkan hasil kerja beliau yang hebat di peringkat antarabangsa. Ianya sudah pasti melibatkan pelbagai bentuk cabang peragaan fesyen yang telah disertainya seperti pertunjukan fesyen haute caute/ready to wear, iklan komersial, penghias majalah fesyen gred A, dan banyak lagi. Beliau juga antara Supermodel terawal dari Asia Tenggara yang berjaya di peringkat antarabangsa. Beliau selayaknya digelar Ikon Peragaaan Malaysia kerana kejayaan beliau di peringkat antarabangsa adalah sangat mengagumkan dan menjadi bahan rujukan utama kepada semua model baru di Malaysia untuk berjaya dalam bidang mereka ceburi itu. The living legend, Supermodel Ling Tan. 
SUPERMODEL LING TAN


02. AMBER CHIA
Nama Penuh : Chia Lee Peng
Umur : 36 tahun
Tarikh Lahir : 14 Disember 1981
Tempat Lahir : Perak, Malaysia.
Ketinggian : 176 cm
Mula Aktif : 1999
Agensi  : Faces (Malaysia), Red Model Management (New York), Figaro International Management (United Kingdom).
Pencapaian Utama : 
- Juara International Model Search Guess Watches Timeless Beauty 2004  (Model Asia Pertama Memenanginya)
 - Model Of The Year 2004 & 2005, Malaysia International Fashion Week
- Selebriti Model Paling Popular, Malaysia Model Festival Awards 2012
- Terlibat dengan pertunjukan fesyen berskala besar seperti  Victoria Beckham untuk Victoria Beckham Autumn/Winter 2009 Ready To Wear Collection di Minggu Fesyen New York dan juga Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
- Menjadi penghias majalah untuk lebih 200 majalah seluruh dunia seperti Elle (Jepun), Playboy (Indonesia), Harper's Bazaar, Citta Bella, Marie Claire, V Magazine, Elle, FHM, Shape, Her World (Malaysia), Harper's Bazaar & FHM (Singapura) etc.
- Terlibat dengan kempen pengiklanan jenama popular seperti Cartier, Focus Point, Guess Watches (Peringkat Antarabangsa), L'Oreal, Mitshubishi, Peta, Riaan Jeans, Salabianca, Stela, Sony, Gintell, Celebrity Fitness (Malaysia. Thailand, Indonesia), Audrey Lingerie (China, Taiwan, Hong Kong) etc
- Muse Award 2012, Malaysia Model Festival Award
- Salah seorang 100  Wanita Terseksi 2007, FHM
- Menubuhkan syarikat  dan insitut pengajian di dalam bidang peragaan dan kecantikan sendiri iaitu Amber Chia Academy.
- Pengasas kepada rancangan I Wanna Be Model 8TV Malaysia di mana berjaya melahirkan salah seorang Supermodel Malaysia yang baru iaitu Shir Chong (Musim Ketiga).
- Juri dan mentor di dalam rancangan online Malaysia Supermodel Search 2014 dan 2015.
- Juri dan mentor Ford Models Supermodel Of The World (Malaysia)
- Juri jemputan Asia's Next Top Model Musim Kedua.
Catatan :
Amber Chia adalah Supermodel Malaysia No.1 dan paling popular ketika ini. Beliau mempunyai satu persamaan yang sangat ketara dengan Top Model Malaysia era 70 an iaitu Cilla Foong. Kedua-dua mereka telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat peragaan yang menawarkan pusat latihan modelling dan kecantikan serta membimbing bakal model baru untuk beraksi di dalam kerjaya mereka dengan cemerlang. Jika Cilla Foong sangat berbangga dengan kejayaan anak didiknya seperti  Tengku Azura dan Kavita Sidhu Kaur, Amber juga boleh berbangga dengan kejayaan anak didik beliau iaitu Shir Chong dan Kelly Jagan yang kini semakin popular di kalangan penggemar industri fesyen. Apa yang lebih menarik lagi, Amber Chia juga pernah menjadi model tudung hijab untuk Koleksi Fesyen Suci Yatt Hamzah dan ini menjadikan Amber sememangnya Supermodel Malaysia yang versatile dan terbaik. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai model baru menjadikan Amber sebagai idola mereka kerana pakej yang dimiliki oleh Amber cukup menjadikan beliau seorang Supermodel yang disegani ramai dan popular.
SUPERMODEL AMBER CHIA


03. TENGKU AZURA
Nama Penuh : Tengku Azura Tengku Awang
Umur : 42 tahun
Tarikh Lahir : 9 Disember 1975
Tempat Lahir : Terengganu, Malaysia
Ketinggian : 173 cm
Mula Aktif : 1993
Agensi  : Cilla & Associates (Malaysia)
Pencapaian Utama :
- Model Asia Tenggara Pertama Di Pilih Mewakili Jenama Christian Dior (Itali) Untuk Pasaran Asia 2001
- Pertunjukan fesyen Christian Dior Fall/Winter 2000/01 Hong Kong, Paris, New York, Korea, Italy
- Model Of The Year 2003, Malaysia International Fashion Week
- Pingat Emas Model World Championship of Performing Arts (WCPS), Amerika Syarikat
- Model Of The Year 2008, STYLO
- Model Of The Year 2010, STYLO
- Muse Award 2012, Malaysia Model Festival Award
- Pertunjukan fesyen jenama terkenal dunia seperti Tom Abang Saufi, Viviene Westwood (Britaian),  Zang Toi, Michaeal Ong, Dato' Rizalman Ibrahim, Radzwan Radzwill etc.
Catatan :
Boleh dikatakan hampir semua majalah fesyen dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris akan menamakan  tiga nama Supermodel ini yang paling dikenali dan popular di Malaysia iaitu terdiri daripada Ling Tan, Amber Chia dan Tengku Azura. Ini adalah disebabkan ketiga-tiga mereka mempunyai pengaruh yang tersendiri di dalam bidang fesyen negara kita. Seperti Tengku Azura yang juga dikenali sebagai Ikon Peragawati Melayu Malaysia, beliau sangat popular sebagai Supermodel di dalam pelbagai bentuk platform peragaan samada di iklan komersial, editorial, pentas runway, dan sebagainya. Anak didik Cilla Foong ini juga pernah membuat kejutan kerana berjaya menjadi model pertama di Asia Pasifik terpilih menjadi Wajah Rasmi Christian Dior pada tahun 2001 bagi pasaran Asia. Pencapaian yang sangat membanggakan itu secara tidak langsung dapat mempertingkatkan portfolio kerjaya peragaan beliau ke satu tahap yang lebih tinggi. Namun begitu, Tengku Azura pernah menolak tawaran agensi luar negara dari London, New York dan Jerman kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Salah satunya adalah beliau tidak sanggup berjauhan dengan keluarga untuk jangka masa yang lama kerana bagi beliau keluarga adalah segala-galanya. Walau apa pun terjadi,  itu semua tidak menghalang beliau menjadi salah seorang Supermodel Malaysia yang paling banyak mendapat tawaran modelling di Malaysia dan seterusnya mengekalkan status beliau sebagai legenda supermodel Malaysia bersama dengan Supermodel Ling Tan dan Supermodel Amber Chia.
Supermodel Tengku Azura


04. TINIE
Nama Penuh : Hartini Mat Jasin
Umur : 39 tahun
Tarikh Lahir : 1978
Tempat Lahir : Negeri Sembilan, Malaysia.
Ketinggian : 179 cm
Mula Aktif : 2000
Agensi  : Andrew Models (Malaysia)
Pencapaian Utama :
- Model Of The Year 2006, 2007, 2009, Malaysia International Fashion Week
- Model Star Award, Asian Model Award 2009
- Outstanding Model Award, Kuala Lumpur Fashion Week 2016
- Terlibat dengan peragaan dan  pentas runway jenama fesyen terkenal seperti Chanel, Ashley Isham, Dior, Fendi. Calvin Klein, Farah Khan etc.
- Pertunjukan fesyen di Hong Kong, Paris, London, Singapura, Moscow, Beijing, Shanghai, Korea, Jerman, Belanda, Thailand etc.
Catatan :
Tinie merupakan salah seorang Supermodel Terbaik Malaysia kerana beliau banyak memenangi anugerah model terbaik di di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Kemenangan anugerah-anugerah ini sudah cukup membuktikan yang beliau adalah salah seorang model terbaik negara yang cukup disegani ramai.
Supermodel Tinie

05. GWEN LU
Nama Penuh : Gwen Lu
Umur : 33 tahun
Tarikh Lahir : 25 Jun 1984
Tempat Lahir : Penang, Malaysia
Ketinggian : 177 cm
Mula Aktif : 2001
Agensi : Elite Model Management (New York & Los Angeles), Ace Models/Why Not Model Agency/City Models (Paris), Ave Management (Singapura), Faces (Malaysia), Major Model Management (New York), Beyond Models (Milan), M and P Models (London), VIVA Models Berlin (Berlin), 20 Model Management (Cape Town), SPIN Model Management (Harmburg), Sydney (THE.mgmt), Bravo Models (Tokyo) etc.
Pencapaian Utama :
Juara Elite Model Look Competition 2005
- Model Of The Year 2008, Malaysia International Fashion Week
- Pertunjukan fesyen di Milan, Paris, Tokyo, Spain, Greece  & Singapore
- Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal dunia seperti Comme des Garcons (Jepun), Maison Martin Margiela (Belgium), Yohji Yamamoto (Jepun), Alexander Wang (Amerika), Helmut Lang (Austria).
- Pernah bekerjasama dengan  jurugambar terkenal  dunia Greg Kardel (Amerika) untuk majalah Numero Homme bersama Supermodel Amerika Sean O'Prey dan Supermodel Australia Abbey Lee.
- Pernah bekerjasama dengan World's Top Stylist Guido Palao (British) untuk kempen iklan Redken.
- Terlibat dengan iklan Aveda, Benneton Accessories, Cop-Copine, Macy's, Rogan untuk Target, Uniqlo.
- Penghias majalah Vima Donna/4essera (Greece), Harper Bazaar/Style (Malaysia), Madame Figaro (Taiwan), Filmfare/Stardust (India), Elle Magazine (Vietnam), Vogue (Thailand, China & Japan), etc.
- Model Of The Week (models.com website)
Catatan :
Gwen adalah di antara Supermodel Malaysia yang cukup popular dan cemerlang di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya bekerja dengan ramai pereka fesyen dan selebriti popular di seluruh dunia. Malah, beliau juga merupakan antara Supermodel Malaysia yang berjaya menyertai banyak agensi modelling di seluruh dunia dan seterusnya dapat memperkembangkan lagi bakat dan populariti beliau di dalam bidang ini. Selain Supermodel Ling Tan, Gwen juga merupakan antara Supermodel Malaysia yang berjaya mendapat photoshoot untuk majalah antarabangsa popular Vogue.
Supermodel Gwen Lu

06. ANGIE NG
Nama Penuh : Ng Chin Li
Umur : 30 tahun
Tarikh Lahir : 24 Februari 1987
Tempat Lahir : Penang, Malaysia
Ketinggian : 180 cm
Mula Aktif : 2003
Agensi  : Cilla & Associates (Malaysia), IMG Models London (United Kingdom), Model One (Hong Kong), EMG Models (Sydney)
Pencapaian Utama :
- Pemenang Pertandingan Girl Next Door FHM
- Model Of The Year, STYLO Fashion Grand Prix 2010
- Muncul di dalam Video Muzik Dj Ironik feat Chipmunks - Tiny Dancer
- Model Malaysia Pertama berkhidmat untuk pereka fesyen Lady Gaga, Marko Mitanovski
- Digelar salah seorang Supermodel Hong Kong di era ini
- Pertunjukan jenama fesyen seperti Paul Costelleo, Alice Palmer, Lilee, Charlotte Taylor, Carlotta, Actis Barone, Jonathan Liang, Max Mara, Roger Viever, Ted Baker, Vivienne Westwood, Leornad, Furlia, Club Monaco, M.A.C, DKNY, Marc Jacobs etc.
- Penghias majalah seperti Citabella, Astelia Beaute Magazine, Feminine, In Trend, GLAM, Elle, Cosmopolitan (Hong Kong), Dewi Magazine (Indonesia), Stuff (Singapura), Marie Claire (Hong Kong), Edelweiss Magazine (Switzerland) etc.
Catatan :
Angie adalah salah seorang Supermodel Malaysia yang cukup berjaya di Hong Kong dan peringkat antarabangsa. Malah beliau juga digelar Supermodel Hong Kong generasi baru bersama dengan Mia Kang dan Kimberly Verge di dalam artikel online South China Morning Post.
Supermodel Angie  Ng
07. ATIKAH KARIM
Nama Penuh : Dayang Nur Atikah Karim
Umur : 24 tahun
Tarikh Lahir : 1993
Tempat Lahir : Sabah, Malaysia
Ketinggian :  175 cm
Mula Aktif : 2011
Agensi  : Soul Artist Management (New York), Major Models Milan (Milan), 3mmmodels (United Kingdom), VIVA Model Berlin (Berlin), Book Management (Montreal)
Pencapaian Utama :
- Juara Ford Supermodel Of the World Search Malaysia 2011
- Pertunjukan fesyen di London, Milan, dan New York
- Model tarian untuk persembahan Miley Cyrus.
- Terlibat dengan jenama Ralph Polo Lauren, Banana Republic etc.
Catatan :
Atikah adalah bakal Supermodel No.1 Malaysia kerana mempunyai pakej lengkap sebagai model yang hebat dan terbaik di dalam bidang peragaan. Beliau sebenarnya merupakan anak Melayu pertama yang berjaya menakluk pentas runway di London, Milan, dan New York. Kini beliau berada di New York untuk mengembangkan bakat modelling beliau dan seterusnya berusaha untuk mencapai status Supermodel ternama di peringkat antarabangsa dalam sedikit masa lagi. 
Supermodel Atikah

08. WILSON TAN
Nama Penuh : Tan Siong Ping
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 9 Februari 1982
Tempat Lahir : Perak, Malaysia
Ketinggian : 190 cm
Mula Aktif :2008
Agensi  : FTM Model Management (Australia)
Pencapaian Utama :
- Pemenang Worldstars 2009 - Road To Hollywood (Modelling Category) & Grand Finalist di World Championships Of Performing Arts, Los Angeles 2009.
- Model Industrial Awards 2009, USA
- Grand Finalist Ford Model Supermodel Of The World
- Asia's Best Model, 6th Asia Model Festival Awards Seoul Korea 2011
- Asia Model Award, 2011
- Mercedes Benz Stylo Best Model Of The Year, Malaysia 2012
- Top Ten Outstanding Young Malaysian Award 2012
- 50 Gorgeous of Female Magazine 2010
- The Best Legs & Sexiest Models 2009 Malaysia (The Top 10 Walk Of Fame by FACES magazine)
- Pertunjukan fesyen Malaysia Fashion Week 2009,London  & One Malaysia Fashion Week 2010, Washington D.C.
- Malaysia Top Fashion Model Of The Year 2014
- Prestigious Personal Improvement & Accomplishment Award, 21st Century Prestigious Brand Award 2012
Catatan :
Wilson adalah Supermodel Lelaki Pertama di Malaysia. Kejayaaan beliau yang pernah memenangi anugerah model terbaik dan popular ini menjadikan beliau sumber inspirasi utama kepada model baru lelaki yang lain untuk sama-sama berjaya di dalam bidang ini.
Supermodel Wilson Tan

09. SHIR CHONG
 Nama Penuh : Chong Shierley Shir
Umur : 29 tahun
Tarikh Lahir : 1988
Tempat Lahir : Sabah, Malaysia
Ketinggian : 175 cm
Mula Aktif : 2007
Agensi  : Request Model Management (New York), Cal-Carries Models (Hong Kong,Singapura,Shanghai)
Pencapaian Utama :
- Juara Wanita I Wannabe A Model 8TV 2009
- 50 Gorgeous People 2010 (Female Magazine)
- Walk Of Style 2012 (NuYou Magazine)
- Brilliant Malaysian 2012 (Esquire Magazine)
- Asia Star Model Award 2015
- Juri & Mentor I Wannabe A Model 8TV 2016
- Cleo Hot Shot 2016 (Cleo Magazine)
Catatan :
Shir boleh dikatakan Supermodel Malaysia pertama yang berjaya dilahirkan daripada program TV tempatan iaitu 8TV  I Wanna Be Model (rancangan kelolaan Supermodel Amber Chia). Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh beliau sejak memenangi pertandingan ini dan kini beliau sendiri menjadi mentor dan hos untuk rancangan yang pernah dimenanginya dahulu.
Supermodel Shir Chong

10) SHEENA LIAM
Nama Penuh : Sheena Yee Liam Yue Sheen
Umur : 26 tahun
Tarikh Lahir : 7 Mei 1991
Tempat Lahir : Selangor, Malaysia.
Ketinggian : 175 cm
Mula Aktif : 2003
Agensi  : Storm Model Management (London), Hollywood Model Management (Los Angeles), Metropolitan Model Managament (Paris)
Pencapaian Utama :
- Juara Asia's Next Top Model Musim Kedua 2014
- Penghias majalah Harper Bazaar (Malaysia/Singapura), Seventeen, Glam, Juice, KL Lifestyle,  (Malaysia), Grazia, Instyle (Indonesia), Hong Kong Tatler, The Prestige Hong Kong, The Alchemist, Wylde Magazine UK & City Am - Bespoke Magazine
- Wajah esklusif kempen iklan TRESemme' 2014
- Pertunjukan fesyen melibatkan jenama Zakwan Anuar, Asha by Asraf Isa, TRESemme', Beatrice Looi, Denny Wirawan, Sofyan Kwan, Mel Ahyar, Sapto, Staccato, PU3, Naked & Co, Street Fashion KL, Tongue In Chic, Bimbo Aswan, Kaer Azemi, Alexio Y, Adila Long, Fashion  East, Mariana Jungman, Ones To Watch, Simone Rocha & Diane von Furtenbersg (Belgium)
- Spring/Summer 2014 London Fashion Week & Fall 2015 Singapore Fashion Week
Catatan :
Sheena mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi model Malaysia pertama yang memenangi pertandingan model antarabangsa, Asia's Next Top Model Musim Kedua 2014. Selepas kejayaan beliau itu, nama beliau semakin popular  di kalangan peminat fesyen tempatan dan luar negara.
Supermodel Sheena Liam

Selain nama-nama hebat di atas, antara Top Model yang juga turut popular di Malaysia ialah Cilla Foong (Top Model 70's), Hannah Toolseram (former house-model for the House Of Versace), Bernie Chua, Nasha Aziz, Anita Aziz, Kavita Sidhu, Soraya Dean, Anitha Das, Danielle Peita Graham, Irene Santiago, Carmen  Soo dan  Carla Soong. Manakala, untuk  Top Model  generasi  baru pula terdiri daripada Josephine Tan, Kelly Jagan, Deborah Henry, Thanuja Anathan, Tuti, Rita Suraya, Deanna Ibrahim, Alicia Amin,  Rubini dan Shikin Gomez. Kehadiran kesemua Top Model ini sebenarnya menambahkan lagi kemeriahan dunia fesyen dan seterusnya dapat memajukan industri fesyen itu sendiri dengan hasil kerja peragaan yang lebih hebat dan terbaik. #MalaysianSupermodel
Supermodel Malaysia

Khamis, 20 April 2017

Cindy Taiwan

SINOPSIS EPISOD 3 :
Episod kali ini sangat menarik kerana ada proses make over (new haircut style)  untuk semua peserta yang bertanding. Disebabkan Dorothy Thailand memenangi gambar terbaik minggu lepas, maka beliau telah diberikan kelebihan untuk memilih jenis bentuk potongan rambut manakah yang sesuai untuk rakan-rakannya yang lain. Antara situasi yang menarik ialah Shikin Malaysia mendapat potongan rambut pendek ala lelaki tetapi stylo dan Nametha Singapura pula mendapat rambut blonde berbeza rambut asalnya yang berwarna hitam. Seperti musim lalu, pasti ada peserta yang menangis kebudak-budakkan kerana tidak dapat menerima potongan rambut yang baru. Kali ini Clara Indonesia tidak suka rambutnya dipotong pendek kerana teman lelakinya tidak suka imej itu dan dia merasakan dirinya kelihatan tidak cantik jika berambut pendek. Alasan yang sama seperti diberikan oleh Mai Ngo Vietnam musim keempat. Cuma Mai Ngo Vietnam ada alasan tambahan yang lebih kukuh iaitu mendiang ayah beliau tidak suka dia berambut pendek sehinggakan dia jadi trauma dengan rambut pendek. Sikap Clara Indonesia yang menangis kerana tidak mahu rambut pendek itu sebenarnya akan menjadi kekangan besar kepada beliau untuk menjadi Supermodel yang hebat di peringkat antarabangsa. Supermodel Thailand Cindy Bishop sempat menasihati @ sound direct kepada Clara agar terima perubahan imej itu dengan seadanya. Akhirnya, Clara pasrah sahaja dengan apa yang berlaku. Selepas itu, mereka semua pun pulang ke rumah dan terkejut ada Mini Kiosk Bergambar di rumah. Semua bergembira mengambil gambar di mini kiosk itu kecuali Clara yang masih bersedih dengan rambut barunya itu. 
Kemudian, cabaran photoshoot mereka pun bermula. Kali ini temanya adalah pakaian denim dan tempat pengambarannya adalah di sekitar padang bersama dengan satu kerusi besar. Supermodel Malaysia Ling Tan dan Yu Tsai turun padang untuk membantu kesemua peserta ketika proses pengambaran dilakukan. Boleh dikatakan hampir semua peserta berjaya melaksanakan photoshoot ini dengan baik kecuali Jennica Filipina dan Maureen Filipina yang agak berusaha keras untuk memberikan gaya model yang terbaik. Tu Vietnam pengsan selepas photoshoot kerana beliau menghadapi masalah jantung berlubang dan Layla Singapura pula kena "basuh" dengan Yu Tsai kerana kelihatan tidak bersemangat ketika proses pengambaran dilakukan.
Seperkara yang baru di dalam musim ini ialah wakil Filipina tidak sebulu antara satu sama lain di mana sebelum ini kesemua peserta Filipina sangat bersatu hati di dalam pertandingan ini. Jennica nampak sangat ketara tidak sukakan Maureen dan mengharap Dorothy Thailand menang untuk musim ini. Selain itu, ramai yang salah anggap persaingan yang ditunjukkan oleh pasangan kembar Indonesia, Valerie dan Veronika yang dikatakan terlalu kuat bersaing antara satu sama lain. Sebenarnya, pasangan kembar ini sangat menyayangi antara satu sama lain dan ini telah dibuktikan ketika waktu penyingkiran untuk episod kali ini. 

Tema : The Girl Is Who Is A Crybaby
Episode : 3
Tarikh : 19 April 2017 / Hari : Rabu / Jam : 09.05 PM - 10.05 PM
Saluran : Starworld Asia 711/722 (HD)

Untuk Episod Ketiga Ini Melibatkan Satu Cabaran Photoshoot Sahaja.
Cabaran : Wearing In Open Field
Pemenang : Cindy Taiwan
Mentor Undangan : Supermodel Malaysia Ling Tan & Yu Tsai
Jurufoto : Shavonne Wong (Singapore)


                                                                       JURI TETAP :
Dari Kiri - Cindy Bishop (Hos/Ketua Juri), Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Juri)

JURI UNDANGAN :
SUPERMODEL MALAYSIA LING TAN
Supermodel Malaysia Ling Tan - Majalah Vogue Jerman dan Korea



KEDUDUKAN PESERTA MENGIKUT MARKAH TERTINGGI
(MUSIM 5 EPISOD 3)

01. CINDY TAIWAN
GAMBAR TERBAIK EPISOD 3
02. TU VIETNAM
03. SHIKIN MALAYSIA
04. CLARA INDONESIA
05. NAMETHA SINGAPURA
06. ALICIA MALAYSIA
07. LAYLA SINGAPURA
08. DOROTHY THAILAND
09. VERONIKA INDONESIA
10. VALERIE INDONESIA
11. MAUREEN FILIPINA

12. JENNICA FILIPINA 
TERKELUAR EPISOD 3

Anda Boleh Tonton Episod 3 Penuh Di Bawah
Credit To AsNTM YouTube Channel
Cindy Taiwan


Sumber Rujukan : Asia's Next Top Model Website & Facebook


SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI