Ads Top

P.RAMLEE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee adalah Legenda Muzik No.1 Malaysia dan sehingga kini tiada tandingannya. Banyak lagu arwah yang popular sehingga hari ini dan dirakamkan semula oleh pelbagai artis samada dalam negara mahupun luar negara. Arwah adalah Penghibur Malaysia No.1 yang sejati dan tulus ikhlas dalam setiap karya beliau. Arwah berasal daripada Pulau Pinang, Negeri-Negeri Selat (kini Malaysia), dan telah bermula giat aktif dalam bidang seni seawal tahun 1945. Karya muzik beliau meliputi pelbagai jenis muzik seperti muzik Tradisional, Jazz, Twist, Timur Tengah, Cha-Cha, Cina, India, dan banyak lagi. Di bawah adalah biodata ringkas Seniman Agung Negara ini :

Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee

Nama Sebenar : Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
Tempat Lahir : Pulau Pinang, Negeri-Negeri Selat (kini Malaysia)
Tarikh Lahir : 22 Mac 1929
Tarikh Kematian : 29 Mei 1973
Tempat Kematian : Kuala Lumpur, Malaysia
Filem Pertama : Chinta (1948)
Lagu Pertama Dicipta : Azizah (1945)
Antara Anugerah Nyanyian Utama Dimenangi :
1) 1946 - Tempat Pertama Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang
2) 1947 - Tempat Pertama Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
3) 1951 - Bintang Pujaan Malaya dan Indonesia (Majalah Filem Raya Malaya)
4) 1953 - Artis Tahunan 1953 (Majalah Filem Dan Sukan Malaya)
5) 1953 - Penyanyi Lelaki Terbaik (Radio Malaya)
6) 1956 - Skor Muzik Terbaik (Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong)
7) 1956 - Penyanyi Terbaik (Majalah Bintang Singapura)
8) 1956 - Lagu Terbaik Inang Baru (Penarek Becha) (Majalah Filem Dan Sukan Malaya)
9) 1960- Lagu Kegemaran Jangan Adik Angan Angan (Musang Berjanggut) (Majalah Bintang Singapura)
10) 1963 - Bakat Paling Pelbagai (Festival Filem Asia ke-10 Tokyo Jepun)

Arwah sememangnya adalah Ikon Muzik Malaysia No.1 dan sentiasa dijadikan bahan rujukan utama dalam kajian bidang muzik Malaysia. Mungkin ada di antara kita  (terutamanya yang lahir di zaman generasi Y dan Z) ingin mengetahui lagu apakah yang paling popular daripada arwah sehingga menjadi kegilaan para peminat daripada dahulu, kini dan selamanya. Di sini, GV (Galaksi Viral) ingin fokus kepada lagu nyanyian solo arwah yang paling popular dan kekal relevan sepanjang masa di Malaysia. Berikut ialah 12 Lagu Nyanyian Solo P.Ramlee Paling Popular Sepanjang Zaman. 



01. DI MANA KAN KU CARI GANTI

Poster Filem Ibu Mertuaku

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / S.Sudarmaji
Tahun : 1963 / 1969
Filem : Ibu Mertua-Ku / Enam Jahanam
Ulasan : Lagu ini boleh dikatakan lagu terbaik, paling popular dan banyak dinyanyikan oleh artis pelbagai generasi. Lagu ini juga kerap dijadikan lagu utama untuk konsert tribute Tan Sri P.Ramlee. Antara artis yang pernah merakamkan semula lagu ini dalam versi baru ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Datuk Sheila Majid, Aishah, Liza Hanim, The Bolshoi Theatre Tashkent Orkestra (Rusia), Astro Tribute To P.Ramlee (Dayang Nurfaizah, Aizat, Vince, Atilia, Bunkface, Stacy, Ning Baizura, KRU, Shahir, Azlan & The Typewriter, Ella, Jaclyn Victor), versi Nasyid Untukmu Rasullullah (Raihan, Hijjaz, In Team,Saujana, Saff One) dan banyak lagi.


02. GETARAN JIWA

Poster Filem Antara Dua Darjat

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / S.Sudarmaji
Tahun : Antara Dua Darjat
Filem : 1960
Ulasan : Lagu ini juga sama hebat popularitinya dengan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Kumpulan KRU pernah berduet dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee melalui rakaman semula lagu ini dengan menggunakan teknologi rakaman terkini pada tahun 1997. Antara pemuzik terkenal dunia yang pernah melagukan kembali lagu ini dengan rakaman terbaru ialah Kitaro (Jepun), dan Lobo (Amerika Syarikat).


03. ENGKAU LAKSANA BULAN

Poster Filem Penarek Becha

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / Jamil Sulong
Tahun : 1955
Filem : Penarek Becha
Ulasan : Lagu ini mmg sgt popular bukan sahaja di Malaysia, Singapura, dan Brunei, malah ia juga terkenal di Indonesia. Ini dapat dibuktikan dengan rakaman semula oleh Diva Pop Indonesia, Titi DJ dengan muzik moden dan lagu ini kerap dibawakan oleh para peserta di pertandingan nyanyian Indonesia seperti di Indonesia  Idol Junior dan D'Academy Asia. 


04. JERITAN BATINKU


Poster Filem Ibu Mertuaku

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / S.Sudarmaji
Tahun : 1962
Filem : Ibu Mertua-Ku
Ulasan : Lagu ini banyak dirakamkan dalam pelbagai genre muzik seperti Pop Akustik (Liza Hanim), Pop R&B , Modern Rock (Azlan The Typewriter) dan banyak lagi. Baru-baru ini juga Diva Pop Ziana Zain ada menyanyikan lagu ini dalam versi Modern Rock di dalam Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee 2016/2017. Ramai kagum dengan kehebatan vokal Diva Pop Ziana melagukan lagu ini dengan versi nada lebih tinggi. 


05. TUNGGU SEKEJAP


Poster Filem Sarjan Hassan

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / P.Ramlee
Tahun : 1958
Filem : Sarjan Hassan
Ulasan : Lagu yang muziknya ala ala klasik orkestra barat ini memang sangat popular kerana ramai penyanyi Gred A menyanyikan semula lagu ini seperti Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang, Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor, kumpulan Hujan, dan ramai lagi. 


06. MADU TIGA

Poster Filem Madu Tiga

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / S.Sudarmaji
Tahun : 1964
Filem : Madu Tiga
Catatan : Komposer No.1 Indonesia, Ahmad Dhani pernah membawakan lagu ini dalam versi beliau sendiri. Beliau sendiri sangat mengagumi Tan Sri P.Ramlee sebagai ikon muzik serantau dan karya-karya arwah yg genius serta malar segar sepanjang masa.


07. DENGAR INI CERITA

Poster Filem Hujan Panas

Ciptaan Lagu /Penulis Lirik : P.Ramlee / Jamil Sulong
Tahun : 1953
Filem : Hujan Panas
Ulasan : Lagu ini menjadi salah satu  Signature Songs kepada  Diva Pop Anita Sarawak apabila beliau merakamkan lagu ini dalam versi wanita pada tahun 1979.


08. TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Poster Filem Anak-Ku Sazali

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee  / Jamil Sulong
Tahun : 1956
Filem : Anak-Ku Sazali
Ulasan : Dalam banyak-banyak rakaman semula, boleh dikatakan versi penyanyi Indie Monoloque adalah paling  unik dan menarik didengari. Beliau menggunakan konsep muzik Alternatif Rock dalam lagu ni. Secara tidak langsung ia juga menunjukkan peminat muzik indie juga meminati P.Ramlee kerana lagu P.Ramlee  sememangnya relevan untuk semua genre muzik. 


09. JANGAN TINGGALKAN DAKU

Poster Filem Ibu Mertua-Ku

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / S.Sudarmaji
Tahun : 1962
Filem : Ibu Mertua-Ku
Ulasan : Jika kita selalu dengar lagu-lagu P.Ramlee yang lain dirakam  semula dalam muzik Pop, Jazz, R&B,dan Modern Rock, pastinya tidak lengkap jika lagu P,Ramlee tidak dirakamkan dalam bentuk Heavy Metal. Itulah yang dilakukan oleh kumpulan Amuk yang merakamkan lagu ini dalam versi Heavy Metal yang membolehkan kita head banging walaupun lirik lagu ini agak sedih. 


10. BERKORBAN APA SAJA


Poster Filem Hang Tuah

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / Jamil Sulong
Tahun : 1956
Filem : Hang Tuah
Ulasan : Antara rakaman semula yang popular ialah nyanyian Jamal Abdillah dalam filem Tuah (1989) dan versi Irama Nasyid daripada Rabbani pada tahun 1997.


11. BUNYI GITAR

Poster Filem Tiga Abdul

Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / S.Sudarmaji
Tahun : 1964
Filem : Tiga Abdul
Ulasan : Lagu ini adalah lagu irama Pop Melayu Twist paling popular di Malaysia. 


12. BUNGA MELOR


Ciptaan Lagu / Penulis Lirik : P.Ramlee / P.Ramlee
Tahun : 195X
Filem : -
Ulasan : Satu-satunya lagu yang tidak terdapat dalam mana-mana filem P,Ramlee. Lagu Tradisional ini memang sangat popular dan pernah dirakam semula oleh Ratu Keroncong Allahyarhamah Kartina Dahari, Raja Pop Yeh Yeh Allahyarham  A.Ramlie, Allahyarhamah  Diva 70an Datuk  Sharifah Aini, dan Diva 90an/2000an/2010an Dato' Siti Nurhaliza. 


Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan bahagia dunia akhirat hendakNya. InsyaAllah. Aamin. 


Sumber : Semua Info & Imej Gambar Adalah Carian Google. 





4 comments:

  1. lagu P.Ramlee sifatnya malar segar. Takkan lapuk dek zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagu P.Ramlee relevan sepanjang zaman. Mmg seorang legenda muzik terbaik tanahair. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.