Ads Top

PENYANYI MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1997

Tahun 1997 pula adalah tahun kebangkitan irama Nasyid kerana banyak artis yg muncul dengan album berkonsepkan Nasyid. Berikut ialah senarai penyanyi paling popular di Malaysia tahun 1997.

Penyanyi Popular Tahun 1997


01.Siti Nurhaliza (kini Dato')
Selepas sahaja Siti memenangi Anugerah Juara Lagu 1996, populariti Siti Nurhaliza telah naik dengan mendadak. Tahun 1997 telah menjadi detik permulaan kepada  kecemerlangan Siti Nurhaliza sebagai artis No.1 Malaysia sehingga kini. Kesemua lagu di dalam album ini popular dan telah terjual lebih 400,000 unit pada tahun itu. Lagu Aku Cinta Padamu juga telah menjadi salah satu lagu Melayu paling popular di Nusantara.  

Album Siti Nurhaliza

Lagu Popular 1997:
Aku Cinta Padamu, Wajah Kekasih, Bisikan Asmara, Kesilapankan Keegoanmu, Tirai Semalam, Rindu Di Antara Kita, Demi Kasih Kita, Colour Of Love, Seri Mersing, Usah Diragui, Khalayan Cinta


02.Ziana Zain
Lagu Puncak Kasih Ziana Zain telah mencipta rekod tersendiri apabila menjadi  juara carta Muzik Muzik 1997/98  selama 17 minggu. Malah album Puncak Kasih ini telah menjadi juara carta RIM berminggu2x lamanya dan telah terjual lebih 150,000 unit pada tahun ini.


Album Puncak Kasih

Lagu Popular 1997:
Puncak Kasih, Sepi Tanpa Rela, Berpisah Jua, Satu Detik, Cinta Di Menara Rindu, Dugaan Buatmu, Kalau Mencari Teman, Tika Naik Tika Jatuh, Ada Cinta, Terlerai Kasih, Senja Nan Merah


03.Raihan
Kumpulan Raihan adalah pencetus fenomena irama Nasyid Kontemporari. Semua lagu dalam album ini popular dan  memegang rekod jualan album paling tinggi dalam sejarah muzik Malaysia iaitu sebanyak lebih 600,000 unit. 


Album Puji Pujian
Lagu Popular 1997:
Puji-Pujian, Iman Mutiara, Peristiwa Subuh, Sesungguhnya, Rayuan Rindu, Kembali, Sifat 20, Rakan Selawat (Kenangan), Rakan Selawat (Maulid), Assolatuwassalam.


04.KRU
KRU meneruskan legasi populariti mereka dengan kemunculan album kompilasi yg mencipta fenomena melalui irama fresh Dance Music/ Hip Hop dan duet bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee utk lagu Getaran Jiwa. Muzik Video Fanatik juga telah diiktiraf sebagai Muzik Video Terbaik tahun 1997.

Album KRUMania

Lagu Popular 1997 :
Fanatik, Getaran Jiwa


05.Spring
Kumpulan Spring adalah kumpulan paling konsisten mengeluarkan single hits setiap album daripada awal 90an sampailah hujung 90an. Jika sebelum ini Spring telah mencipta nama dengan lagu mega popular mereka seperti Sampai Hati  dan  Bagounvilla.  Tahun ini sekali Spring mencipta kejutan fenomena dengan lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Lagu ini juga menjadi detik permulaan kepada populariti komposer Eddie Hamid sehingga berjaya menjadi salah seorang komposer paling terkenal di Malaysia. 

Album Luahan

Lagu Popular 1997:
Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta, Luahan, Ku Lepaskan Kau Pergi


06.XPDC
Album Brutal XPDC adalah album XPDC paling laris dalam sejarah muzik mereka. Jualan album ini mencapai lebih 300,000 unit dan kesemua lagu dalam album ini popular. XPDC juga menjadi perintis kepada populariti lagu berkonsepkan metal dan diiktiraf sebagai salah satu band legenda muzik tanahair.


Lagu Popular 1997:
Hidup Bersama, Hentian Ini, Apa Nak Dikata, Tak Nak Soh Chai, Semangat Yang Hilang, Aku Masih Disini, Cempedak Jadi Nangka, Aku Takkan Bising, Senapang Patah, Tinggalkan Semalam


07.Amelina
Ratu Dangdut ini juga menjadi satu2x nya penyanyi Dangdut yg kesemua album studio beliau terjual lebih  100,000 unit ke atas termasuk album Cinta Oh Cinta ini. Banyak lagu hits di dalam album ini.


Album Cinta Oh Cinta

Lagu Popular 1997:
Secangkir Madu Merah, Cinta Oh Cinta, Semakin Rindu Semakin Asyik, Zapin 7 Purnama


08.Mas Idayu
Sekali lagi Mas Idayu meneruskan populariti hebat beliau dengan kemunculan album Dunia Cinta yg juga laris di pasaran. Lagu Senggol-Senggolan Cubit Cubitan telah menjadi salah satu lagu Melayu popular sehingga kini. 




Lagu Popular 1997:
Senggol-Senggolan Cubit Cubitan, Dunia Cinta, Selangit


09.Noraniza Idris
Album Ala Dondang menjadi pencetus fenomena kepada irama Pop Etnik Kontemporari apabila terjual lebih 200,000 unit pada tahun ini. Kejutan ini membuatkan satu kejayaan buat Noraniza Idris kerana berjaya meletakkan Irama Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi dan dapat bersaing hebat dengan irama muzik yang lain. Maka, tidak hairanlah beliau digelar Ratu Pop Tradisional/Pop Etnik Malaysia.


Album Ala Dondang

Lagu Popular 1997:
Awalla Dondang, Semalu Rimba, Rindu, Mustika Hati



10.Liza Hanim
Vokal merdu Liza Hanim dan konsep album berbeza iaitu Pop Akustik telah berjaya menjadikan Liza Hanim sebagai artis baru wanita paling popular tahun itu. Liza Hanim  juga telah mencipta rekod tersendiri apabila lagu Getaran Cinta Di Jiwa telah berjaya berada di dalam carta Muzik Muzik 1997/98 selama 51 minggu iaitu hampir setahun.


Album Epilog

Lagu Popular 1997:
Getaran Cinta Di Jiwa, Siapa Sangka Siapa Menduga, Dunia Cinta, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa, Menanti Kehadiran


Penyanyi Popular Tahun 1997


Semua Imej Adalah Carian Google



5 comments:

  1. cayalah.. ada KRU di situ.. 80's kids jek kenal KRU sebagai penyanyi.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. KRU mmg sgt popular di era 90's. hihi. lagu, album dan imej dorg jadi ikutan para peminat pada masa itu. hihi. terima kasih sudi komen. nanti sy singgah kat blog atiehilmi dot com ya. :)

      Delete
  2. Siti Nurhaliza sampai sekarang pun famous. takda sapa lagi boleh ganti dia :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dato' Siti masih lagi No.1 sehingga kini. Living legend. Terima kasih sudi komen. Nanti sy singgah blog Seorang Syed ya. :)

      Delete
  3. Liza hanim, getaran cinta di jiwa best tu, tp syg x menang final ajk 98. Nostalgia.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.