Saturday, February 25, 2017

ZIANA ZAIN : 21 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Diva Pop Ziana Zain, suatu nama yang sangat terkenal di Malaysia. Seorang penghibur serba boleh dan berjaya mempertahankan populariti utk jangka masa yg sangat lama. Living Legend ini juga turut dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ikon Fesyen Negara, Whitney Houston Malaysia, Ratu Angkat Kening, Ratu Nada Tinggi, Jennifer Lopez Malaysia dan banyak lagi. Kini, setelah hampir 26 tahun di dalam industri hiburan Malaysia, pastinya terdapat banyak lagu hits beliau yg telah menjadi evergreen dan popular sepanjang zaman. Di bawah adalah 21 lagu paling popular nyanyian solo Ziana Zain yg pastinya menjadi sebutan para peminat seni hiburan tanah air. 



Ziana Zain



01.Madah Berhelah
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1991
Catatan : Ini adalah lagu pertama yg  mempopularkan Ziana di dalam bidang muzik. Ramai peminat kagum dengan kekuatan vokal Ziana yg unik dan dinamik ini. Malah boleh dikatakan melalui lagu inilah Ziana dikenali sebagai penyanyi power vocal atau penyanyi bernada tinggi yang hebat. Lagu ini juga merupakan antara lagu paling kerap dipilih oleh peserta nyanyian di pertandingan nyanyian kerana lagu  ini  dapat menonjolkan kekuatan vokal seseorang penyanyi itu. Lagu Madah Berhelah juga merupakan salah satu lagu Malaysia paling popular sepanjang zaman.

Album Ziana Zain 



02.Anggapanmu
Komposer/Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu Sekebun Cinta Nan Berbunga ini mmg sgt fenomena kerana lirik lagunya yg unik dan menjadi siulan peminat sehingga kini. Lagu ini sememangnya menjadi salah satu signature song Ziana paling popular di dalam karier beliau.

03.Putus Terpaksa
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan lagu Ziana paling susah dan sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. Ini disebabkan lagu ini memerlukan kekuatan vokal yang sgt hebat dan penghayatan lagu yg sgt tinggi. Lagu ini mmg cukup popular pada tahun 1993 dan kembali menjadi fenomena selepas Siti Nordiana menyanyikan semula lagu ini  di final Gegar Vaganza 2015. 

04.Kasihku Pertahankan 
Komposer/Penulis Lirik : Anuar / Azam Dungun
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini meneruskan kesinambungan populariti Ziana selepas lagu Anggapanmu dan Putus Terpaksa meletup di persada seni.

Album Ziana Zain



05.Kekal
Komposer/Penulis Lirik : Salman / Loloq
Album : Hits Unggul / Sembilu 2 OST
Tahun : 1994/1995
Catatan : Lagu Kekal mmg sgt popular di radio seperti rancangan popular radio Pilihan Bersama Radio Muzik. Malah, boleh dikatakan hampir setiap hari lagu ini dimainkan di radio pada tahun 1995.

Album OST Sembilu 2



06.Bersama Akhirnya
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini merupakan kesinambungan populariti Ziana dalam menuju ke puncak populariti Ziana. Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1995.


07.Sangkar Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Idzahar / Azam Dungun
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini merupakan lagu rancak Ziana yg paling popular sehingga kini. Malah ia juga selalu dinyanyikan oleh peserta nyanyian di Malaysia.


08.Kemelut Di Muara Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri / Lukhman.S
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Jika anda masih ingat, lagu ini pernah dinyanyikan oleh Diva Pop Malaysia Dato' Siti Nurhaliza ketika peringkat separuh akhir Bintang HMI 1995. Malah, Dato' Siti sendiri merupakan peminat dan teman baik Ziana Zain.

09.Setiaku Di Disini
Komposer/Penulis Lirik : Salman / Loloq
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan :  Lagu ini pernah menjadi juara carta Muzik Muzik pada tahun 1996 dan merupakan antara lagu Ziana paling popular ketika itu.


10.Tiada Kepastian
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu Balada ini juga turut menarik perhatian para peminat tanah air ketika itu kerana melodi lagunya yg indah dan liriknya yg puitis.


Album Setiaku Di Sini




11.Korban Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Maria Mariana OST
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini meneruskan kecemerlangan dan penguasaan Ziana di dalam bidang seni tanahair pada tahun itu. Lagu berjaya menjadi juara carta hampir semua carta radio di Malaysia ketika itu dan pernah dinobatkan Lagu Paling Popular tahun 1996 di Anugerah Muzik Singapura. 


Album OST Maria Mariana 



12.Gerhana
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Ziana Zain Unplugged
Tahun : 1996
Catatan : Satu2xnya lagu Pop Balada Akustik Ziana paling popular sehingga kini. Lagu ini juga sgt popular pada tahun 1996 dan 1997.


Album Ziana Zain Unplugged



13.Puncak Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Maya Sari
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Ziana paling popular dan terbaik di dalam karier beliau. Banyak kejayaan diperolehi melalui lagu ini. Malah video muzik lagu ini juga dikatakan muzik video terbaik Ziana Zain selain video muzik Menadah Gerimis.

14.Kalau Mencari Teman
Komposer/Penulis Lirik : Razman / Habsah Hassan
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Satu2xnya lagu Irama Etnik Ziana yg popular dan menjadi evergreen sehingga kini. Irama Joget Latin dalam lagu ini menjadikan lagu ini sgt unik dan berbeza dengan lagu Etnik yang lain.

15.Berpisah Jua
Komposer/Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini kembali menjadi fenomena apabila Kak Lina Pom Pom menyanyikannya di Gegar Vaganza 2016. Lagu ini juga cukup popular pada tahun 1997 dan 1998.

16.Terlerai Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997/1998
Catatan : Lagu ini berjaya berada dalam carta Muzik Muzik selama 44 minggu dan 5 minggu daripadanya berada di kedudukan No.1


Album Puncak Kasih



17.Tiada Jodoh Antara Kita
Komposer/Penulis Lirik : Fauzi Marzuki / Lukhman.S
Album : Best of Ziana Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini sgt popular tahun 1998 dan album kompilasi ini juga sangat laris pada tahun itu.

Album Best Of Ziana Zain



18.Syurga Di Hati Kita
Komposer/Penulis Lirik : LY / Baiduri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1998/1999
Catatan : Lagu Balada romantis ini telah berjaya menjadikan Ziana salah seorang penyanyi paling popular tahun 1999. Malah pada tahun ini Ziana membuat kejutan dengan memotong rambut pendek dan imej album Ziana juga kelihatan sangat vogue serta menarik. 

Album Ziana Zain



19.Menadah Gerimis
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer
Album : Aku Cintakan Mu
Tahun : 2001
Catatan : Antara lagu Balada terbaik Ziana Zain kerana muziknya yang berbeza daripada lagu Ziana sebelum ini. Ketika ini juga Ziana berjaya menarik perhatian ramai peminat generasi baru dengan lagu Ziana yg fresh dan imej yg sgt elegan. Malah Ziana juga turut digelar Jennifer Lopez Malaysia. kerana wajah beliau seakan JLO. Video muzik lagu ini juga menarik dan unik. 

Album Aku Cintakan Mu 



20.Lembah Asmara
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Roslen
Album : Ziana Zain No.1's Live
Tahun : 2003
Catatan : Lagu ini cukup popular dan diingati ramai kerana ada part high note Ziana yg agak panjang dalam lagu ini. Ini juga menyerlahkan kekuatan vokal Ziana.


Album Ziana Zain No.1's Live



21.Dingin
Komposer/Penulis Lirik : Azlan Abu Hassan / Ucu
Single : Dingin
Tahun : 2008
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 2008 dan berjaya menarik perhatian peminat baru generasi Z ketika itu.

Single Dingin



Ziana Zain


Lagu2x di atas juga boleh menjadi pilihan utk dinyanyikan di pertandingan nyanyian kerana kesemua lagu Ziana sebenarnya boleh dikatakan lagu pertandingan vokal. Sebab itu kebanyakan juara pertandingan nyanyian Malaysia akan menjadi juara jika mereka berjaya menyanyikan lagu Ziana dengan cemerlang dan hebat. Selain berkemampuan menyanyi lagu bernada tinggi, Ziana juga dikenali sebagai penyanyi yg bulat sebutannya ketika menyanyi. Sebab itulah kita dapat merasai dan memahami apa yg dinyanyikan oleh Ziana kerana penyampaian patah lagu Ziana sangat jelas dan juga penghayatan yg tinggi utk setiap lagu dinyanyikannya. Betapa hebatnya penangan bakat dan populariti Diva Pop Ziana Zain. 


Semua Imej Gambar Adalah Carian Google




35 comments:

  1. Minat jugak lagu2 Kak Ziana ni. Tarik kene tinggi siap dgn kening2 skali. #Legend

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan lagu Ziana. mmg legend.kalu nyanyi mesti penuh feel. hihi. :D #Legend

      Delete
  2. Banyak juga album dia... sekarang dia pun dah tak dpt nyanyi lagu sendiri, urat perut dah tak kuat... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg banyak album Ziana. Hihi. Actually Ziana masih lagi dapat nyanyi lagu beliau sendiri dengan key asal juz kena tengok keadaan dulu. Macam baru2x ni, Ziana berjaya menyanyikan lagu beliau dengan superb di Konsert High Note 2016. Ramai puji vokal Ziana terutama bila Ziana nyanyi live tanpa iringan muzik bersama2x dengan peminat beliau. Hujung tahun lepas, Ziana pun ada juga nyanyi live lagu Berpisah Jua guna key asal di stesen radio Kristal FM Brunei. Ramai terkejut Ziana masih boleh tarik nada tinggi sama macam key asal. :D

      Delete
  3. beliau masih mampu mnyanyi dgn nada tinggi..lihatlh di konsert nya br2 ini..jauh beza dgn pnyanyi br skarang..contohnye aida jebat...xmampu mnyanyi secara live..mmalukn malaysia...kt mmerlukn penyanyi plapis yg hebat spt ziana zain..siti..ning..liza hanim..sarah raisudin..shiela majid..ella..yg pnuh dgn gaya ...n identiti sendiri...yg penting vokal yg mantap..dan mampu bsaing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, beliau masih mampu nyanyi lagu nada tinggi. Sy membesar dengan Ziana Zain dan mmg minat sgt Ziana Zain juga. Cuma sy tak setuju kata Ayda Jebat tak boleh nyanyi live. Walaupun sy bukan AJ Screamers, tetapi Ayda boleh menyanyi live dengan baik dan beliau juga mempunyai ilmu muzik. Ayda pun bermula daripada bawah, daripada langsung tak terkenal sehinggalah sgt terkenal sekarang. Lebih baik kita mendoakan yg baik2x sahaja. :)

      Delete
    2. Efan fan, jgn lupe, Misha Omar is another great talent with her own unique voice

      Delete
  4. Peminat ziana zain... memang best2 lagu kak ziana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuu. hihi. lagu kak ziana mmg best2x. :D

      Delete
  5. Setahu saya ziana ni tidak sombong. Saya pernah berbual dan dapat bergambar dgn dia. Tapi bergambar tu saya sebagai peminat je.

    Tidak mudah bagi saya untuk minat artis kita but i love ziana. Misd u ziana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kak Ziana mmg bagus kan. Sentiasa rendah diri dan sgt menghargai peminat beliau. Wah, bestnya dapat berbual dan bergambar dengan Kak Ziana. I love kak Ziana as a fan too. hihi. :D

      Delete
  6. One and only.. Ziana Zain forever..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Malaysia's living legend and her name is Ziana Zain. :D

      Delete
  7. Madah berhelah, Puncak Kasih, Anggapanmu...

    lagu lagu ni memang saya suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga2x lagu mmg sgt fenomena. Lirik lagu ni pun sangat peymes kan. Saya pun minta juga lagu2x ni. hihi. :D

      Delete
  8. suara Ziana Zain memang power 😱 nada tinggi 🎢 nyanyi sambil angkat kening 😏 suka tngk time Ziana & Azlan bergabung buat persembahan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu mmg berdiri bulu roma dgr kak Ziana dan Azlan tarik nada tinggi. Antara persembahan terbaik di ABP dulu. Mmg power dan bergegar stadium serta penonton di rumah. Yezzzza kak. :)

      Delete
    2. ziana kalau nyanyi mesti penuh penghayatan. tapi lucu juga bila tngk part mic dia terbang πŸ˜‚

      Delete
    3. part mic terbang dah jadi satu moment istimewa dalam sejarah kerjaya ziana zain. hihi. legend. hihi. :D

      Delete
  9. Madah berhelah... Teman suka lagu tu... House mate teman suka nyanyi lagu tu masa mandi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Lelaki mmg suka nyanyi lagu tu. tinggi lak lagu tu. lagu kegemaran sy juga. :D

      Delete
  10. Wahhh banyak juga album ZZ..
    Semua lagu best especially Madah Berhelah.. Memang koleksi terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Banyak juga album Kak Ziana. Banyak lagu best. Terbaik kak. hihi.

      Delete
  11. Replies
    1. Yezzza kak. artis legend Malaysia ni. hihi. :D

      Delete
  12. Slam

    You been tag
    http://radenotion.blogspot.com/2017/03/thanks-for-nomination-sunshine-blogger.html

    ReplyDelete
  13. Ada beberapa buah lagu lg yg sy nk tambah,mgkin hnya pminat2 setia kak ziana je taw lagu2 nie.
    1. Kesuma Hati
    (Adnan Abu Hassan/Mayasari)
    2. Senja Nan Merah (feat. Awie)
    (Darwis/Seth)
    3. Di Akhir Garisan
    (feat.Nora/Ning/DessyFitri)
    4. Riwayat Cinta
    (Faizal Aziz)

    ReplyDelete
  14. Ada beberapa buah lagu lg yg sy nk tambah,mgkin hnya pminat2 setia kak ziana je taw lagu2 nie.
    1. Kesuma Hati
    (Adnan Abu Hassan/Mayasari)
    2. Senja Nan Merah (feat. Awie)
    (Darwis/Seth)
    3. Di Akhir Garisan
    (feat.Nora/Ning/DessyFitri)
    4. Riwayat Cinta
    (Faizal Aziz)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu kak ziana mmg sangat banyak yg best. hihi. terima kasih share info. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget