GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Sunday, February 26, 2017

ANUAR ZAIN : 10 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Raja R&B Malaysia, Anuar Zain sememangnya sudah menjadi legenda muzik tanah air yg sgt disegani kerana kekuatan vokal  dan populariti beliau yg sehingga kini masih lagi bertahan. Bermula pada tahun 1983, Anuar muncul bersama teman duet beliau iaitu Ellina menghasilkan album kanak-kanak di mana ia memuatkan lagu hits sepanjang zaman, Kain Pelikat. Kemudian, pada tahun 1998, Anuar Zain muncul kembali ke dalam persada seni tanah air setelah sekian lama menyepikan diri dengan album baru beliau yang berkonsepkan muzik R&B. Anuar Zain juga sudah banyak kali menang Vokal Lelaki Terbaik dan Penyanyi Lelaki Popular di pelbagai anugerah hiburan Malaysia. Sehingga kini, semua album solo studio Anuar Zain berjaya menghasilkan lagu hits dan popular di kalangan peminat. Di bawah terdapat 10 lagu nyanyian solo oleh Anuar Zain paling popular sepanjang karier beliau. 
Anuar Zain 


01.Bila Resah
Komposer/Penulis Lirik : Aznul Haidi
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama pencetus fenomena Anuar Zain versi solo/dewasa sehingga berjaya mengumpul kelompok peminat generasi baru ketika itu.

02.Jangan Menangis Sayang
Komposer/Penulis Lirik : Boon Tan / Amran Omar
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu Balada/Pop R&B ini cukup mencabar vokal dan selalu menjadi pilihan peserta nyanyian di pertandingan nyanyian. 


Anuar Zain 1998


03.Keabdian Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Azlan Abu Hassan / Azalea
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan : Saluran TV NTV7 pada tahun 2002 kerap menayangkan video muzik lagu ini pada setiap hari sehingga terus menjadi siulan para peminat seni tanah air. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular tahun 2002 dan 2003. 

04.Mungkin
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003
Catatan : Lagu ini juga sangat mencabar vokal dan merupakan lagu kegemaran ramai untuk karoake. 

05.Sesucinya Cintamu
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003
Catatan : Lagu ini sgt popular dan selalu diputarkan di radio seluruh Malaysia. Video muzik lagu ini juga menarik.

06.Semuanya Untukmu
Komposer/Penulis Lirik : Sharizan Salmi
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003/2004
Catatan : Dikatakan lagu ini ditujukan kepada para peminat setia Anuar Zain yang tidak henti2x memberikan sokongan pada Anuar Zain. Lagu ini juga merupakan antara lagu paling kerap dipilih oleh peserta nyanyian di Malaysia utk dinyanyikan di pertandingan nyanyian.


Anuar Zain 2002



07.Perpisahan
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Cinta OST
Tahun : 2006
Catatan : Lagu sedih ini cukup popular di radio dan pernah menjadi juara carta Hot FM 30 di radio Hot FM. 


Cinta OST



08.Lelaki Ini
Komposer/Penulis Lirik : Numata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2007
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan salah satu lagu terbaik Anuar Zain dan sgt popular pada tahun 2007. Dari segi melodi dan lirik lagu ini, semuanya sempurna dan ditambah pula dengan vokal terbaik Anuar Zain. 

09.Ketulusan Hati
Komposer/Penulis Lirik : Numata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2007/2008
Catatan : Lagu ini sgt popular di saluran Astro Oasis kerana dijadikan lagu tema sebuah video berunsurkan kerohanian.


Anuar Zain 2007



10.Sedetik Lebih
Komposer/Penulis Lirik : Edry KRU
Album : Hikayat Merong Mahawangsa OST
Tahun : 2011
Catatan : Lagu ini adalah lagu paling popular tahun 2011. Anuar Zain juga berjaya menjadi antara penyanyi yg berjaya mendapat lagu No.1 utk empat dekad berbeza (80an,90an, 2000an dan 2010an). Kejayaan ini sudah cukup membuktikan yang Anuar Zain adalah legenda muzik Malaysia yg cukup hebat  dari segi bakat dan juga populariti. 

Hikayat Merong Mahawangsa OST



Anuar Zain




Semua Imej Gambar Adalah Carian Google


6 comments:

  1. Soalannya, bila dia nak kahwin ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, sama2xlah la kita doakan yg terbaik utk abg Anuar Zain kita ini. Hihi. :)

      Delete
  2. dulu suka layan lagu keabadian cinta dan perpisahan dia ni. best gaklah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul tu. Dua dua lagi best. juz keabadian cinta lagu kebahagiaan, manakala lagu perpisahan pula lagu kesedihan. xpe, yg penting kita terhibur. :)

      Delete
  3. x brp layan kalau Anuar Zain ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe kak. sy suka lagu anuar zain. best. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI