Sunday, August 20, 2017

ARTIS WANITA ASIA TENGGARA PALING CANTIK 2017

Ini adalah kesinambungan daripada senarai Selebriti Lelaki Paling Kacak ASEAN 2017. Tetapi, sebelum itu GV ingin ucapkan rasa kagum melihat Upacara Pembukaan Sukan SEA tahun ini. Kesan khas grafik yang superb, tarian etnik yang best dan penonton stadium yang sangat sporting serta happening. GV rasa sangat teruja apabila nama Azizulhasni Awang, Shalin Zulkifli, Pandelela Rinong, Rashid Sidek, Cheon Jun Hoon, Bryan Nickson, Nurul Huda Abdullah, Jeffry Ong dan ramai lagi disebut oleh emcee diberikan sorakan yang sangat meriah daripada penonton. Terbaik Malaysia. Sekarang jom kita lihat siapakah Selebriti Wanita Asia Tenggara yang sangat cantik dan jelita pula. 
 SELEBRITI WANITA PALING JELITA ASEAN 2017

01. FILIPINA 
NAMA : LIZA SOBERANO
UMUR : 19 TAHUN
TARIKH LAHIR : 4 JANUARI 1998
KERJAYA : PELAKON & MODEL
CATATAN :
Liza adalah salah seorang pelakon remaja Filipina yang cukup popular ketika ini. Beliau dianggap sebagai salah seorang artis Asia paling cantik di Dunia kerana mempunyai kecantikan wajah seperti Barbie Doll dan fotogenik. Kalaulah Liza bertanding dalam Miss Universe, sudah pasti beliau akan menang dengan mudah.


02. THAILAND 
NAMA : DAVIKA HOORNE
UMUR : 25 TAHUN
TARIKH LAHIR : 16 MEI 1992
KERJAYA : PELAKON
CATATAN :
Davika adalah pelakon utama filem Pee Mak yang mencecah kutipan sebanyak 1 Billion Bath dan diiktiraf sebagai filem Thailand paling laris sepanjang zaman. Beliau juga di antara artis paling banyak menerima anugerah terbaik dan popular di dalam atau di luar negara Thailand. 


03. MALAYSIA
NAMA : NUR FAZURA
UMUR : 34 TAHUN
TARIKH LAHIR : 27 SEPTEMBER 1983
KERJAYA : PELAKON, PENYANYI, PENGACARA & PEREKA FESYEN
CATATAN : 
Beliau adalah salah seorang Pelakon Terbaik Malaysia, Ikon Fesyen dan salah seorang Selebriti Paling Popular di Malaysia. 

04. INDONESIA
NAMA : ZASKIA ADYA MECCA
UMUR : 30 TAHUN
TARIKH LAHIR : 8 SEPTEMBER 1987
KERJAYA : PELAKON & PENGACARA
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang Selebriti paling jelita di Indonesia. 


05. VIETNAM
NAMA : MINH TU NGUYEN
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 14 NOVEMBER 1993
KERJAYA : MODEL
CATATAN :
Tu adalah pemenang Tempat Ketiga Asia's Next Top Model 2017 dan  juga salah seorang Supermodel Vietnam paling berjaya ketika ini.


06. BRUNEI
NAMA : LIYANA YUS
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 15 MEI 1993
KERJAYA : PELAKON & MODEL
CATATAN :
Liyana adalah salah seorang pelakon wanita paling popular di Brunei. Beliau juga merupakan artis pertama luar negara yang menjadi duta produk antarabangsa Jollibee. 


07. LAOS
NAMA : CHANDALY SIXPHAXAY
UMUR : 31 TAHUN
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL 
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang bekas Ratu Cantik Laos yang cukup berjaya menjadi model di negaranya. 


08. CAMBODIA
NAMA : MEAN SONYTA
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 10 FEBRUARI 1990
KERJAYA : PELAKON, MODEL & PEREKA FESYEN
CATATAN :
Selebriti cantik Kemboja ini adalah salah seorang artis paling popular di bidang lakonan dan fesyen di sana.


09. MYANMAR
NAMA : MAY MYAT NOE
UMUR : 19 TAHUN
TARIKH LAHIR : 13 OKTOBER 1998
KERJAYA : MODEL
CATATAN :
May adalah peserta pertama Myanmar yang menyertai pertandingan Asia's Next Top Model pada tahun 2016. Beliau juga bekas Ratu Cantik Myanmar juga merupakan salah seorang model yang sangat berjaya di negaranya.


10. SINGAPURA
NAMA : JOANNE PEH
UMUR : 34 TAHUN
TARIKH LAHIR : 25 APRIL 1983
KERJAYA : PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang bekas Ratu Cantik Singapura yang cukup popular sebagai pelakon hebat di Singapura. 


11. TIMOR LESTE 
NAMA : EUFRASIA VIEIRA
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : PELAKON, PENYANYI, MODEL & NOVELIS
CATATAN :
Beliau boleh dikatakan satu-satunya artis wanita  berasal dari Timor Leste paling berjaya di Indonesia. Beliau dipuji kerana mempunyai variasi bakat di dalam bidang seni seperti menjadi pelakon, model, penyanyi dan juga novelis. 



Minh Tu Nguyen


Sumber : Google


Saturday, August 19, 2017

SELEBRITI LELAKI PALING KACAK NEGARA ASEAN 2017

Negara Asia Tenggara cukup dikenali sebagai salah satu kumpulan negara yang mempunyai ramai rakyatnya berwajah jelita dan kacak. Oleh itu,  bersempena dengan Sukan SEA KL 2017 ini, GV akan senaraikan kesemua Selebriti Paling Kacak & Jelita untuk setiap negara di Asia Tenggara untuk tontonan semua. Jom kita lihat siapakah selebriti tersenarai di dalam senarai berkenaan. 

Daniel Matsunaga
Filipina Model/Aktor

SELEBRITI PALING KACAK ASIA TENGGARA 2017

01. FILIPINA
NAMA : DENVER HERNANDEZ
UMUR : 22 TAHUN 
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL / MISTER UNIVERSE 2017
CATATAN :
Beliau adalah pemenang  Mister Universe 2017. Kejayaan beliau di peringkat antarabangsa ini akan memberikan beliau satu peluang yang besar untuk menjadi Selebriti Popular  seperti  mana telah dicapai oleh Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 sebelum ini. 


02. THAILAND 
NAMA : MARIO MAURER
UMUR : 29 TAHUN
TARIKH LAHIR : 4 DISEMBER 1988
KERJAYA : MODEL & PELAKON
CATATAN :
Mario ialah salah seorang Selebriti Thailand Paling Popular ketika ini. Filem beliau berjudul Peemak adalah  Filem Thailand Paling Laris Sepanjang Masa dengan kutipan 1 juta Bath. Beliau juga merupakan salah seorang model paling terkenal di Thailand. 


03. BRUNEI 
NAMA : JAZ HAYAT
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 5 MAC 1993
KERJAYA : PENYANYI
CATATAN :
Beliau memulakan kerjaya nyanyian di Indonesia. Kini, nama beliau semakin lama semakin diminati oleh peminat Nusantara. 


04. MALAYSIA
NAMA : FATTAH AMIN
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 14 SEPTEMBER 1990
KERJAYA : MODEL, PELAKON & PENYANYI
CATATAN :
Beliau adalah Selebriti Paling Popular di Malaysia ketika ini. 


05. VIETNAM
NAMA : HUU VI
UMUR : 24 TAHUN 
TARIKH LAHIR : 10 MAC 1992
KERJAYA : MODEL & PENGACARA 
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang model terkenal di Vietnam dan juga pengacara rancangan fesyen No.1 di Vietnam iaitu The Face Vietnam.



06. SINGAPURA
NAMA : ELVIN NG
UMUR : 37 TAHUN
TARIKH LAHIR : 23 DISEMBER 1980
KERJAYA : PELAKON & MODEL
CATATAN :
Beliau adalah aktor paling popular di Singapura ketika ini. 


07. INDONESIA
NAMA : HANDI MORGAN WINATA
UMUR : 27 TAHUN 
TARIKH LAHIR : 25 MEI 1990
KERJAYA : PENYANYI & PELAKON
CATATAN :
Majoriti sosial media Indonesia melabelkan beliau sebagai Jejaka Paling Kacak di Indonesia ketika ini. 


08. MYANMAR
NAMA : AUNG YE LIN
UMUR : 29 TAHUN 
TARIKH LAHIR : 19 JUN 1988
KERJAYA : MODEL & PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang Selebriti Myanmar paling popular ketika ini. 


09. LAOS
NAMA : BOBBY ATSAVIN
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : PENYANYI & PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang Selebriti Paling Top di Laos dan cukup terkenal  sebagai Penyanyi Lagu R&B Hip Hop di sana.



10. CAMBODIA
NAMA : UN SOTHEA 
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL & PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah Model dan  Aktor Paling Popular di Cambodia ketika ini.


11.TIMOR LESTE
NAMA : MICHAEL
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL



Daniel Matsunaga


\
Sumber : Google Image

Friday, August 18, 2017

MALAYSIA JUARA SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 MALAYSIA BOLEH

Tahniah kepada kehebatan pasukan Malaysia di dalam pelbagai acara di Sukan SEA 2017. Ianya adalah satu perkara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia. Akhirnya pasti kejayaan utama akan menjadi milik Malaysia pada temasya kali ini.
Terbaru, Malaysia sudah mendahului di kedudukan pertama dengan 4 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Kesemuanya berjumlah 10 pingat yang sudah dikumpul (18 Ogos 2017). Emas pertama diperolehi melalui sukan Sepak Takraw acara Chinlone Linking. Diikuti dengan dua emas daripada acara Memanah Compound Berpasukan Lelaki dan Wanita. Dan keempat daripada acara Teknikal Solo untuk sukan Renang Berirama. Kejayaan awal sebelum majlis perasmian Sukan SEA ini pastinya memberikan petanda yang Malaysia akan menjadi negara terbaik untuk temasya sukan pada kali ini. 

Selain itu, tiket untuk menonton majlis perasmian rasmi ini di Stadium Bukit Jalil juga sudah habis terjual iaitu sebanyak 84,000 tempat duduk. Jika tidak dapat ke sana, kita juga boleh menonton upacara ini melalui You Tube Live Streaming di mana kamera 360 darjah akan digunakan untuk siaran langsung atas talian ini.  Ini membolehkan penonton di rumah juga dapat turut merasai suasana kemeriahan sebenar  seperti berada di dalam stadium berkenaaan dengan menonton live streaming ini. 

Sambutan padu yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Sukan SEA KL 2017 ini jelas menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada negara Malaysia dan berharap semuanya akan berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan. Akhir kata, semoga Malaysia akan berjaya dengan cemerlang pada temasya sukan kali ini kerana sesungguhnya MALAYSIA BOLEH. 

Anda boleh melayari laman web rasmi Sukan SEA di sini >> Laman Web Rasmi KL SUKAN SEA 2017 dan tengok live streaming upacara pembukaan Sukan SEA di sini >> Live Streaming Sukan SEA 2017.

Kedudukan Pingat Sehingga 18 Ogos 2017.
Foto Ihsan Astro Awani




Sumber : Google









Sunday, August 13, 2017

LAGU BRUNEI YANG SANGAT BEST


Ada satu lagu baru daripada Brunei yang sangat best nyanyian Raudhah feat Juan Madial berjudul Rasa. Kualiti lagu ini sangat bagus beserta Video Muzik Liriknya yang simple tapi sangat cantik. Kombinasi vokal kedua-dua penyanyi juga merdu dan sedap. Lagu ini ada potensi besar untuk menang Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik nanti. Lagu Rasa ini adalah lagu tema cerita  The Bungsu Story. Jom dengarkan lagu ini di bawah.

Raudhah feat Juan Madial - Rasa
Credit to Juan Madial You Tube Channel

BRITNEY SPEARS THAILAND vs VIETNAM vs PINOY vs KEMBOJA vs LOAS vs MYANMAR. SAPA MENANG?

Rasanya kita jarang dapat dengar lagu daripada negara jiran kita selain Singapura, Brunei dan Indonesia kan. Sebenarnya lagu-lagu negara jiran kita sehebat lagu KPop juga. Cuma kita tidak didedahkan dengan muzik mereka di sini. Di sini GV kumpulkan 6 artis wanita daripada Thai, Viet, Filipina. Cambodia, Loas dan Myanmar yang mempunyai perwatakan dan gaya seperti Britney Spears. Kesemua mereka hebat menari dan lagu mereka sangat rancak dengan pengaruh muzik Dance Music dan EDM. Sebelum menonton 5 video muzik mereka, di bawah ada sedikit info mengenai mereka sebagai pengenalan awal. 
  • Thailand - Kratae Siam adalah penyanyi Thai yang sangat hebat menari dan mempunyai kebolehan untuk beraksi Muay Thai. Beliau cukup popular di negara Thailand, Kemboja, Jepun, China dan Taiwan. Kelincahan beliau menari dengan koreografi yang sukar itu mengingatkan kita kepada permulaan kerjaya Britney Spears dahulu. Rasanya di antara semua penyanyi di bawah, Kratae adalah paling hebat sekali menari. 
  • Vietnam - Hoang Thuy Linh adalah penyanyi Vietnam yang dipuji kerana kekuatan vokal dan kebolehan beliau menari rancak dengan mantap. Video Muzik beliau di bawah banyak dipengaruhi dengan gaya dan tarian Britney Spears
  • Phillipines - Sarah Geronimo adalah legenda muzik Filipina kerana kejayaan luar biasa beliau di dalam indusrti muzik dan filem. Beliau adalah satu nama yang cukup besar di Filipina dan juga dikenali sebagai salah seorang vokalis terbaik Filipina. GV tidak sangka yang Sarah juga hebat menari seperti di dalam video muzik beliau di bawah. 
  • Myanmar - Ah Moon adalah salah seorang artis wanita paling popular di Myanmar. Beliau juga adalah salah seorang ahli kumpulan penyanyi wanita pertama di Burma iaitu kumpulan Me N Ma Girls. 
  • Laos - Alexandra Bounxouei ialah Puteri Pop Laos dan salah seorang selebriti paling popular di Laos. Beliau sangat berbakat dalam bidang muzik dan juga dikenali sebagai Permata Laos kerana populariti dan bakat luar biasa dimilikinya itu.
  • Cambodia - Sok Pisey adalah penyanyi paling seksi di Cambodia. Keseksian beliau banyak dibayangi dengan gaya Britney Spears


    THAILAND
    Video Muzik
    Kratae Rsiam - Flick


    VIETNAM
    Video Muzik  
    Hoang Thuy Linh - I'm Gonna Break


    PHILLIPINES
    Video Muzik
    Sarah Geronimo - Tala


    MYANMAR
    Video Muzik
    Ah Moon feat Me N Ma Girls - Girl Strong


    LAOS
    Video Muzik
    Alexandra Baounxie - My Radio


    CAMBODIA
    Video Muzik
    Sok Pisey - Hey Ey Somleung Yang Nis

    Kratae Rsiam

    Selamat Terhibur.

    Sumber : Google





    LAGU TURKI YANG SANGAT MENARIK DIDENGAR

    Lagu Turki memang sangat jarang diputar di Malaysia. Boleh dikatakan sangat jarang berita mengenai industri muzik Turki dihebahkan di sini. Mungkin faktor bahasa menjadi penghalang. Namun, muzik itu adalah universal. Perkembangan muzik Turki sangat maju dan jauh ke hadapan. Muzik lagu Turki sangat unik kerana hampir kesemua jenis lagu mereka mesti ada pengaruh Asia Timur Tengah yang dicampurkan dengan irama moden Eropah. Ini mungkin disebabkan negara mereka berada di tengah-tengah antara Asia dan Eropah di mana secara tidak langsung mempengaruhi muzik mereka juga. Majoriti lagu - lagu baru arus perdana Turki kini banyak menggunakan konsep muzik EDM dicampurkan dengan irama Timur Tengah dan Latin. Memang menarik bukan. Di bawah ada tiga buah muzik video lagu Turki yang sangat menarik. 
    • Video lagu pertama adalah nyanyian Sinan Akcil feat Ferah Zeyndan untuk lagu berjudul Satrir (maksudnya Ianya Satu Kemestian). Muzik video ini unik kerana di permulaan video ada menunjukkan orang Jepun sedang karoake dalam bilik karaoke sebelum Sinan dan Ferah tetiba masuk menyanyi  di dalam bilik itu. Gelagat orang Jepun terpinga2x di dalam bilik karoake itu agak kelakar. Sinan Akcil adalah salah seorang penyanyi, komposer, dan penerbit lagu yang sangat popular di Turki. Lagu terbitan beliau berjaya ke peringkat akhir pertandingan Eurovision 2009 dan mendapat tempat keempat. 
    • Video kedua pula adalah nyanyian Ayshe untuk lagu berjudul Ben Bile Sok (maksudnya Saya Pun Terkejut). Lagu ini adalah contoh lagu moden yang sangat kental dengan pengaruh muzik tradisional Turki. Sangat rancak dan best.
    • Video ketiga pula adalah nyanyian Justin Timberlake Turki iaitu Murat Boz untuk lagu Janti (maksudnya Sopan). Lagu ini adalah contoh lagu Dance Music yang rancak tapi masih mengekalkan identiti muzik Turki itu sendiri. 
    • Kesemua lirik lagu di atas adalah  berkisahkan kisah cinta sesama manusia. 


    Video Muzik
    Sinan Akcil feat Ferah Zeydan - Satrir


    Video Muzik 
    Ayesha - Ben Bile Sok



    Video Muzik 
     Murat Boz - Janti


    Sinan Akcil

    Sumber : Google



    SARAPAN PAGI PALING POPULAR DI MALAYSIA

    Sarapan pagi adalah amat penting untuk kesihatan kita kerana ia akan memberikan tenaga awal kepada kita untuk melakukan kerja seharian. Seperti negara lain juga, Malaysia juga mempunyai beberapa senarai menu sarapan pagi tempatan yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Jika ada di antara kita yang keliru atau tiada idea hendak masak atau makan apa di waktu pagi nanti, mungkin senarai di bawah dapat membantu anda untuk membuat pilihan sarapan apakah yang mahu dimakan hari ini, esok. lusa dan seterusnya.

    SARAPAN PAGI TEMPATAN  PALING POPULAR
     DI MALAYSIA 

    01. NASI LEMAK
    Nasi lemak adalah sarapan pagi paling popular di Malaysia. Hampir semua tempat makanan sarapan di Malaysia ada jual nasi lemak. Nasi lemak lazimnya terdiri daripada nasi yang dimasak bersama santan dan pandan serta diletak bersama telur rebus, timun, sambal ikan bilis dan kacang goreng. Tambahan lauk pula selalunya ayam goreng, ayam masak merah, sotong masak merah dan banyak lagi. 


    02. NASI GORENG
    Selalunya nasi goreng kampung dan nasi goreng cina yang akan dihidangkan di waktu pagi. Tetapi terpulang pada citarasa masing-masing. Nak masak nasi goreng Thai ke, Pattaya ke, tom yam ke. Semua pun boleh. 


    03. NASI DAGANG
    Nasi Dagang ini selalu menjadi pilihan utama rakyat Malaysia di waktu pagi kerana kelazatan gulai ayam atau daging yang sungguh sedap. Acar timun, sambal belacan/cili hijau, keropok dan telur rebus adalah antara makanan sampingan yang cukup penting di dalam menu nasi daging.

    04. NASI KUNING 
    Nasi kuning sangat popular di Sabah sebagai sarapan pagi utama. Selalunya ia dihidangkan bersama dengan Sambal Ikan, timun dan juga telur gerong atau telur rebus. 

    05. NASI KERABU
    Nasi Kerabu yang merupakan makanan ikonik Kelantan ini cukup popular dihidangkan bersama daging bakar, telur masin, campuran ulam-ulaman, keropok dan sambal cili hijau. 


    06. NASI MINYAK
    Nasi minyak selalunya dihidang apabila ada orang buat kenduri kahwin. Namun berbeza dengan di Terengganu kerana ianya turut menjadi hidangan sarapan di waktu pagi. Gulai ayam Nasi Minyak Terengganu memang mantap. 


    07. NASI AYAM
    Nasi Ayam pun selalu menjadi menu wajib sarapan pagi di gerai-gerai tempatan. 


    08. NASI AMBENG
    Nasi Ambeng yang cukup popular di Johor ini juga ada dihidangkan pada waktu pagi. Antara intipati isi makan ini ialah tempe goreng, nasi putih, telur rebus, mee goreng, bihun goreng, ikan masin goreng dan banyak lagi. 

    09. NASI AIR DINGIN
    Nasi Air Dingin sebenarnya adalah nasi yang berlaukkan gulai ikan tongkol. Ianya dinamakan Nasi Air Dingin kerana  pemilik asal resepi makanan ini berasal daripada Kampung Air Dingin, Tumpat Kelantan.


    10. NASI KAK WOK
    Nasi Kak Wook ialah nasi putih bersama ayam goreng, gulai dan sambal. Ianya juga berasal daripada Kelantan. 


    11. NASI TUMPANG 
    Nasi Tumpang yang juga berasal daripada Kelantan ini ialah makanan nasi berlauk gulai dan kerutuk ayam yang dibungkus secara unik dengan menggunakan daun pisang. 


    12. NASI PULUT KUNING
    Nasi Pulut Kuning dimakan bersama rendang ayam atau daging memang sangat lazat.


    13. NASI PULUT KELAPA IKAN MASIN
    Nasi pulut biasa yang dimakan bersama ikan masin goreng dan kelapa parut. 


    14. NASI PULUT PAGI 
    Pulut yang dimasak bersama gula melaka dan pandan ini rasanya mesti manis kan. Salah satu makanan kegemaran sarapan pagi di Kelantan.


    15. NASI BERLAUK
    Nasi Berlauk juga menjadi pilihan utama kerana lauknya yang pelbagai jenis dan rasa. 


    16. MEE GORENG 
    Mee Goreng juga sedap jika dimakan telur goreng mata.


    17. MEE KOLOK
    Mee Kolok yang cukup popular  di Sarawak ini juga pastinya sedap dan lazat untuk dijadikan sarapan pagi kita. 


    18. MEE KARI
    Jika mahu berat sikit makanan tapi berasaskan mee, mungkin mee kari boleh menjadi pilihan untuk dimakan.


    19. MEE SOTO
    Mee Soto sedap jika dimakan panas-panas.



    20. MEE BANDUNG
    Kekuatan Mee Bandung ialah kuahnya yang sedap dan lazat.


    21. BIHUN GORENG
    Jika tidak mahu mee goreng, Bihun Goreng boleh jadi pengganti.


    22. KEUTIAW GORENG
    Keautiaw goreng juga menjadi antara menu pilihan sarapan di pagi hari. 


    23. BIHUN/MEE/KEUTIAW SUP
    Bihun Sup Utara adalah antara bihun sup paling popular di Malaysia


    24. LAKSA PENANG/SARAWAK/KEDAH/JOHOR
    Laksa juga sedap dimakan bersama dengan telur rebus dan perahan limau nipis beserta sambal lazat.


    25. LAKSAM 
    Makanan popular daripada Terengganu boleh dikatakan adik beradik kepada laksa. Bezanya kuahnya lebih lemak dan meenya juga digulung bulat.

    26. MAGGI/MEE/BIHUN GORENG MAMAK
    Maggi/Mee/Bihun Goreng Mamak memang sedap kerana rencah masakannya yang berbeza dan sedap.


    27. ROTI CANAI BIASA/TELUR/SARDIN/PISANG
    Roti Canai juga sangat popular di Malaysia. Boleh didapati dengan mudah di seluruh negara.


    28. ROTI BOOM
    Adik kepada Roti Canai mempunyai fizikal yang lebih kecil tetapi tebal. Ianya juga boleh dimakan bersama kuah dal dan kari. 


    29. ROTI CAPATI

    Roti Capati kalau dimakan bersama kuah dal dan kari ayam atau ikan, memang sedap tidak terkata.


    30. ROTI TITAB 
    Roti Titab hanya boleh didapati di Kelantan sahaja. Ianya mengandungi roti bakar bersama dengan telur separuh masak dan inti jem kaya.


    31. ROTI KAHWIN
    Roti Kahwin ini juga sangat popular di Sabah sebagai sarapan pagi di sana. Roti Kahwin adalah roti bakar yang isinya mengandungi dua jenis bahan iaitu mentega dan jem kaya. 


    32. ROTI BAKAR BIASA 
    Roti bakar biasa jika dimakan dengan Teh Tarik sedap juga.


    33. ROJAK KUCEI
    Rojak Kucei atau Indian Rojak ini cukup popular di Sarawak terutamanya di kawasan Batu Lintang. Antara isi kandungan rojak ini ialah timun, ayam goreng, taufu goreng, tauge dan banyak lagi. 


    34. JAGUNG REBUS/BAKAR
    Jagung Bakar atau Rebus ada dijual pasar awal pagi di Sabah sebagai salah satu pilihan untuk sarapan pagi. 


    35. BUBUR AYAM/JAGUNG/KACANG HIJAU 
    Bubur Nasi/Jagung/Kacang Hijau juga sedap dimakan kerana ia akan membuatkan perut kita cepat kenyang.


    36. CAKOI
    Cakoi ini boleh dimakan dengan kuah kacang atau kuah pandan.


    37. TAPAI NASI 
    Tapai Nasi juga popular sebagai sarapan pagi di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak

    38. SATAY
    Satay juga menjadi salah satu menu sarapan pagi di Terengganu. Sempat mereka kibas bakar Satay ini pagi-pagi ya. 

    39. SUP AYAM/JAGUNG/DAGING

    Jikaa mahu diet, mungkin boleh makan Sup Ayam, Daging atau Sup Cendawan. Ianya juga turut mengenyangkan.

    40. CEKODOK
    Cekodok atau jeput ialah makanan sarapan paling senang untuk dibuat pada waktu pagi. Cekodok pisang, bawang dan jagung adalah di antara cekodok paling popular di Malaysia.



    41. LEMPENG
    Lempeng Malaysia ini selalunya dimasak bersama dengan bawang, parut kelapa, pisang dan sebagainya. Selalunya dimakan bersama sambal ikan bilis. Lempeng ini ibarat Pancake versi Malaysia. 


    42. ROTI SOSEJ GORENG
    Sosej yang disalut dengan roti ini dan digoreng memang sedap dimakan begitu saja.


    43. ROTI CANAI GORENG
    Roti Canai Goreng cukup popular di Kapit Sarawak. Roti canai terus digoreng dan dihidangkan bersama kari ayam dan sambal. 

    44. BURGER MALAYSIA
    Burger Malaysia ini sebenarnya ialah kuih goreng yang dipotong tengah dan diletakkan sambal ikan bilis serta timun.


    45. KUIH MUIH TRADISIONAL
    Antara kuih-muih yang sedap dan popular ialah karipap, popia dan banyak lagi.


    P/S : GV memang tidak sertakan makanan seperti bijiran oat, telur hancur, sosej, cocktail, meatloaf, pancake, pai, madu dan sewaktu dengannya kerana senarai di atas hanya fokus kepada makanan tempatan sahaja.

    Sumber : Google Image




    Artikel Terbaru Galaksi Viral

    Recent Posts Widget