GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Monday, November 20, 2017


Ada Nampak Mummy Happy. 
Mummy Tak Nak Shima Senyum.
Dengar Ya.. Jangan Main-Main Ya.. 
Ini Sebenarnya Malam Ini
Daripada Timor Leste, Daripada Thailand.. 
Semua Nampak Perubahan Dia.. 

Apa Yang Shima Buat Malam Ini
Mungkin Daripada Persembahan, 
Mungkinlah Mummy Boleh Tersenyum Dengan Persembahan
Tapi Mummy Tak Senyum Pun Dengan Persembahan
Bila Masuk Pitching  Je Terus Tetttttttt
Mummy Tak Ajar Cara Macam Nyanyi 

Th Whole Song!!!! The Whole Song !!!!
Yes..Mummy Tak Berlakon.. 
Mummy Ikhlas Mummy Cakap Dengan Shima

Maaf Maaf Mummy. Minta Maaf Minta Maaf Sangat 
Makcik Potong Sikit.

Tapi Tidak Semua.  Tidak Semua. 
Saya Tidak Setuju Kalau Semua. 
Alhamdullilah Ada Backing
 
Apa Masalah ? Apa Masalah Kak Ros?
Kak Ros Nak Kasi Semangat Kepada Shima

Actually What Are You Trying To Do Kak Ros????

Ini adalah antara  petikan dialog yang cukup popular ketika ini yang kerap dijadikan parodi/meme di kalangan penduduk Nusantara. Petikan dialog ini sebenarnya diambil daripada komen Mas Idayu terhadap Baby Shima di pertandingan D'Academy Asia 3, Indonesia. 

Untuk makluman semua, pertandingan ini adalah pertandingan nyanyian Irama Dangdut yang melibatkan enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Leste. Rancangan ini ditayangkan hampir lima jam hampir setiap hari (ada waktu rehat sehari dua dalam seminggu) di saluran TV Indosiar dan mendapat rating yang cukup tinggi di sana. Menonton rancangan ini ibarat menonton drama Sinetron lima jam tanpa henti kerana terdapat pelbagai adegan kelakar, sedih, kejutan dan macam-macam situasi lagi yang tidak dijangka berlaku ketika siaran langsung dijalankan. 

Bayangkan, peserta menyanyi lagu hanya empat atau lima minit, tapi kena dengar komen daripada juri hampir 25 minit. Malah, pendapat setiap juri juga selalu berbeza dan kerap juga berlaku perdebatan pendapat mengenai persembahan peserta di kalangan komentator. 

Selain daripada itu, lagu Dato' Seri Vida berjudul I Am Me juga pernah dipersembahkan di rancangan ini. Lagu ini dinyanyikan secara spontan oleh  oleh Putera Dangdut Indonesia iaitu Nassar (salah seorang komentator) dan dipersembahkan dengan konsep muzik Dangdut. Famous juga Dato' Seri Vida di Indonesia ya. Hihi. 

Sehingga kini, rancangan ini sudah ditayangkan tiga musim. Namun, hanya musim ketiga iaitu musim tahun ini saja baru betul-betul popular di Malaysia. Ianya semua kerana adegan Mas Idayu memarahi Baby Shima telah viral di Indonesia dan kini telah sampai ke Malaysia. Daripada sudut positifnya, makin ramai peminat Nusantara mula menonton rancangan ini kerana impak populariti adegan Mas Idayu vs Baby Shima itu dan secara tidak langsung turut  meningkatkan populariti rancangan ini di seluruh Asia Tenggara amnya. Jom tonton video di bawah. 

Video Mas Idayu & Baby Shima di D'Academy Asia
DA Asia 3 Official YouTube Channel


Lagu I Am Me versi Dangdut di D'Academy Asia 3 
Maison D' or Network YouTube Channel


Sumber : Google 



Sunday, November 19, 2017

Pernah tengok lukisan paling mahal di dunia ? Majoriti daripada kita kenal dan tahu lukisan Mona Lisa  yang sangat popular  di seluruh dunia itu. Namun, lukisan Mona Lisa ini tidak memegang rekod lukisan paling mahal dijual kerana ianya tidak dijual kepada orang awam. Apa yang menariknya, walaupun tidak dijual,  lukisan Mona Lisa ini adalah pemegang rekod insurans lukisan paling mahal di dunia iaitu sebanyak $800 juta sehingga tahun 2017. Lukisan ini disimpan dan dipamerkan di Muzium Lourve, Paris, Perancis sejak tahun 1797 lagi.
Oleh itu, mari kita lihat lukisan manakah yang pernah dijual dengan harga yang sangat tinggi di seluruh dunia ini dan adakah ia sehebat lukisan paling popular di dunia iaitu Mona Lisa ? Berikut ialah senarai lukisan mahal terbaru sehingga bulan November 2017.


LUKISAN PALING MAHAL DI DUNIA


01. SALVATOR MUNDI
HARGA JUALAN : $450 JUTA
PELUKIS : LEONARD DA VINCI
TAHUN DILUKIS : 1500
NEGARA : ITALI



02. INTERCHANGE
HARGA JUALAN : $ 303 JUTA
PELUKIS : WILLEM DE KOONING
TAHUN DILUKIS : 1955
NEGARA : BELANDA



03. THE CARD PLAYER
HARGA JUALAN : $266 JUTA 
PELUKIS : PAUL CEZANNE
TAHUN DILUKIS : 1892/93
NEGARA : PERANCIS


04. WHEN WILL YOU MARRY ?
HARGA JUALAN : $ 212 JUTA 
PELUKIS : PAUL GAUGUIN
TAHUN DILUKIS : 1892
NEGARA : PERANCIS 


05. NUMBER 17A
HARGA JUALAN : $ 202 JUTA 
PELUKIS : JACKSON POLLOCK
TAHUN DILUKIS : 1948
NEGARA : AMERIKA SYARIKAT



Hasil Lukisan Setsiri Silapasuwanchai


Sumber :  The Guardian.Comsetsiri-silapasuwanchai, Google Image

Saturday, November 18, 2017

Siapakah Ratu Dangdut paling popular di Malaysia. Jawapannya ialah Amelina. Amelina merupakan salah seorang Artis Paling Popular Era 90 an dan masih popular sehingga kini di Malaysia. 
Jika dilihat pada sejarah muzik Dangdut era 90 an, Diva Pop Ramlah Ram merupakan perintis kepada permulaan populariti lagu Dangdut era 90 an. Walaupun begitu, Amelina diberi kredit sebagai pencetus utama  kepada fenomena hebat Irama Dangdut kerana berjaya memberikan saingan hebat kepada penyanyi irama lain seperti seperti Pop, Rock, Dance Music dan R&B.

Lagu pertama Amelina berjudul Rindu Ah Ah  berjaya mengegarkan industri muzik Malaysia pada tahun 1995 kerana kerancakan dan keunikan lagu itu. Malah, album pertama Amelina juga telah berjaya membuat kejutan apabila terjual lebih 200,000 unit di pasaran dan hampir kesemua lagu di dalam albumnya itu sangat popular di kalangan pendengar muzik ketika itu.

Kecemerlangan Amelina diteruskan lagi dengan penerbitan album Asyik di mana album ini telah berjaya menjadi Album Dangdut Solo Studio Paling Laris Dalam Sejarah Muzik Malaysia. Album ini telah berjaya terjual lebih 250,000 unit dan juga pemegang rekod Album Studio Solo Paling Laris Tahun 1996.

Tahun 1996 juga boleh dikatakan tahun kegemilangan Irama Dangdut kerana banyak album Dangdut sangat laris di pasaran muzik Malaysia. Ini termasuklah album kompilasi rakaman semula Dang Dang Dut yang mengabungkan tiga artis Dangdut paling popular di Malaysia ketika itu iaitu Amelina, Sheeda dan Iwan. Album ini mencetuskan fenomena tersendiri apabila terjual lebih 350,000 unit dan memegang rekod Album Dangdut Paling Laris Sepanjang Masa di Malaysia.

Amelina juga dikenali sebagai salah seorang Ikon Muzik Malaysia kerana kejayaan hebat beliau di dalam industri muzik Malaysia dan impak fenomena beliau di dalam budaya pop Malaysia. Beliau sentiasa diingati sebagai artis Dangdut pertama yang berjaya mengangkat Irama Dangdut ke satu tahap berbeza sebelum ini dengan imej beliau yang elegan dan konsep muzik Dangdut Kontemporari. Disebabkan itulah juga nama Amelina masih lagi menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia sehingga kini dan ianya akan berterusan untuk suatu jangka masa yang lama pada masa akan datang.

BIODATA RINGKAS AMELINA

NAMA SEBENAR : Norazlina Binti Amir Sharifuddin
UMUR : 43 tahun
TARIKH LAHIR : 4 Ogos 1974
TEMPAT LAHIR : Negeri Sembilan
TAHUN AKTIF : 1994 - kini, 2014 - kini
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
- Artis Baru Paling Popular Tahun 1995
- Album Pop Tradisional Terbaik AIM 1996 (Asyik)
- Satu-satunya penyanyi dangdut tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular ABP 1995
- Finalis Kategori Irama Malaysia AJL 1996 (Ah Rindu Lagi)
- Salah seorang artis paling laris jualan album di Malaysia dengan anggaran jualan keseluruhan album solo studio lebih 500, 000 unit
- Artis Paling Laris Jualan Album Tahun 1996 (Asyik : 250,000 unit, Dang Dang Dut : 350,000 unit)
- Pernah Membuat Persembahan Di Sukan Komanwel 1998
- Juri Tetap D' Academy Asia Indonesia 2015/16
- 30 Living Legends Media Hiburan 2015



RATU DANGDUT MALAYSIA 
AMELINA
15 LAGU PALING POPULAR 
SEPANJANG ZAMAN


01. RINDU
Komposer : Darwis / Darwis 
Album : Amelina 
Tahun : 1994
Catatan : 
Lagu ini yang cukup terkenal dengan lirik Ah Ah ini sememangnya adalah salah satu lagu Irama Dangdut paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Kerancakan melodi dan gaya penyampaian bersahaja Amelina melalui lagu ini telah berjaya menjadikan lagu  ini  sebagai  salah satu lagu paling popular tahun 1995. 
Audio Lagu Rindu
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel

02. YANG INDAH YANG HANGAT
Komposer : Toyak / Huzz
Album : Amelina
Tahun : 1994
Catatan :
Lagu ini juga cukup popular dan sama hebat popularitinya dengan lagu Rindu. Malah, lagu ini juga berjaya ke peringkat Separuh Akhir Irama Malaysia Muzik Muzik 1995. Lagu ini mempunyai unsur sedikit Pop Raggae yang digabungkan dengan Irama Dangdut moden. 
Audio Lagu Yang Indah Yang Hangat
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


03. ANDAIKAN BINTANG BERKATA
Komposer : Ruslan Mamat / Zuraini
Album : Amelina
Tahun : 1994
Catatan :
Lagu ini berjaya memasuki peringkat Separuh Akhir Irama Malaysia Muzik Muzik 1995. Lagu ini agak berbeza dengan lagu Amelina yang lain kerana menggunakan konsep Irama Dangdut Hindustan dan Dangdut klasik.
Audio Lagu Andai Bintang Berkata
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


04. ASYIK
Komposer : Fitri
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini merupakan satu-satunya lagu Irama Dangdut yang berjaya menjuarai Carta Muzik Muzik  edisi 1995/1996. Lagu ini juga berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1996. Lagu ini juga merupakan salah satu contoh lagu Dangdut Melayu Moden yang sangat popular dari dahulu sehinggalah sekarang. 
Audio Lagu Asyik
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


05. DI DADAKU ADA KAMU
Komposer : Toyak
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini juga sehebat lagu Asyik di mana ia berjaya mendapat kedudukan terbaik Nombor Tiga apabila disenaraikan di dalam Carta Muzik Muzik edisi 1995/1996. Ia menunjukkan yang lagu Amelina bukan calang-calang lagu kerana berjaya mengubah persepsi tipikal yang lagu Dangdut hanya berjaya di kedudukan paling tinggi No.4 sahaja di dalam Carta Muzik Muzik. Namun, lagu Asyik dan Di Dadaku Ada Kamu telah berjaya membuktikan tanggapan itu adalah salah sama sekali. 
Audio Lagu Di Dadaku Ada Kamu
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


06. AH RINDU LAGI
Komposer : Nabila / Arab
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini telah berjaya ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 1996 untuk kategori Irama Malaysia. Ramai kagum dengan persembahan yang menghiburkan daripada Amelina ketika itu. 
Audio Lagu Ah Rindu Lagi
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


07. ANAK DARA
Komposer : Toyak
Album : Asyik
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu ini ada dibuat versi rakaman semula dengan menggunakan konsep Pop Dance Dangdut. Lagu ini kerap dijadikan lagu senaman di pusat-pusat senaman aerobik di seluruh Malaysia. 
Audio Lagu Anak Dara
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


]
08. SINI CINTA SANA CINTA
Komposer : Toyak
Album : Puteri Dandgiut
Tahun : 1996
Catatan :
Persembahan mantap Amelina dan Sheeda di Separuh Akhir Muzik Muzik 1996 melalui lagu ini  telah berjaya membuktikan yang mereka berdua adalah pasangan duet Dangdut wanita paling serasi di Malaysia.
Audio Lagu Sini Cinta Sana Cinta
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel




09. YANG TERSAYANG
Komposer : Iman S. Ariffin / Jhonny Iskandar
Album : Dang Dang Dut
Tahun : 1996
Catatan :
Melalui lagu ini, album Dang Dang Dut telah meletup di pasaran dan menjadikan Amelina/Iwan sebagai pasangan duet lelaki/wanita Dangdut paling ideal sekali di Malaysia. Video muzik lagu ini kerap dimainkan di TV dan menjadi fenomena pada tahun 1996.
Audio Lagu Yang Tersayang
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel

10. SECANGKIR MADU MERAH
Komposer : Mukhtar B
Album : Dang Dang Dut 
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini kerap dimainkan di mana-mana majlis keraian dan juga di Bazar Ramadan hampir setiap tahun. Lagu ini juga berjaya membuktikan sekali lagi paduan vokal dua Ratu Dangdut iaitu Amelina dan Sheeda adalah sama hebat dan mantap. 
Audio Lagu Secangkir Madu Merah
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


11. CINTA OH CINTA
Komposer : Deddy Kochan
Album : Cinta Oh Cinta
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu Dangdut ini unik kerana menggabungkan irama Dangdut Moden dengan Irama Cha Cha. Antara kelainan yang cuba disampaikan oleh Amelina di dalam album ini. 
Audio Lagu Cinta Oh Cinta
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


12. SEMAKIN RINDU SEMAKIN ASYIK
Komposer : Iwan
Album : Cinta Oh Cinta
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini ibarat lagu gabungan Rindu + Asyik dan jadilah Semakin Rindu Semakin Asyik. Lagu Dangdut Melayu ini juga sangat popular pada tahun 1997 dan banyak menjuarai Carta Lagu di Radio seluruh Malaysia ketika itu.
Audio Lagu Semakin Rindu Semakin Asyik
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


13. ZAPIN TUJUH PURNAMA
Komposer : Akur
Album : Cinta O Cinta
Tahun : 1997
Catatan :
Lagu ini adalah percubaan pertama Amelina menyanyikan lagu baru Irama Malaysia di dalam album beliau. Ini juga menunjukkan yang Amelina mampu menyanyikan lagu Irama Malaysia dengan baik sekali. 
Audio Lagu Zapin Tujuh Purnama
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel

14. MEMORI DAUN PISANG
Komposer : Harry RKS / Solid AG
Album : Dang Dang Dut 2 
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini amat popular pada tahun 1998 dan masih popular sehingga kini. Ramai budak generasi sekarang menyanyikan lagu ini di pusat karaoke atau di majlis perkahwinan. Antara lagu Amelina yang paling  popular di dalam sejarah karier nyanyiannya. 
Audio Lagu Memori Daun Pisang
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel


15. SERI LANGKAT
Komposer : Copyright Controlled
Album : Samrah
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu duet ini berjaya membuktikan yang paduan vokal Amelina dan Jamal Abdillah ternyata berhasil dan sedap didengar. Malah, lagu ini juga sangat popular ketika itu dan masih diingati sehingga kini.
Audio Lagu Seri Langkat
WarnerMusicMalaysia YouTube Channel







Sumber : WarnerMusicMalaysia  YouTube Channel & Google Image

Friday, November 17, 2017


Malaysia mempunyai potensi sangat besar untuk menang Asia's Got Talent 2017. Ini adalah disebabkan persembahan hebat yang telah ditampilkan oleh  Ahli Silap Mata No.1 Malaysia yang bernama Andrew Lee di dalam rancangan ini. Persembahan beliau telah berjaya  membuatkan semua juri terkejut, terkedu dan kagum dengan beliau. 
Andrew baru berusia 31 tahun dan sudah berkecimpung di dalam bidang magik hampir 13 tahun lamanya. Beliau mengatakan yang beliau belajar teknik kuasa berfikir dan mengabungkannya dengan teknik silap mata untuk menjadikan persembahan magiknya nampak menyakinkan dan hebat. Persembahan beliau di peringkat separuh akhir AGT membuatkan David Foster, Anggun & Jay Park terdiam dan terkejut besar. 
The Power Of Mind. Menurut majalah Sciencetific Amerika, manusia hanya tahu & mampu menggunakan akal fikiran sebanyak 10 % sahaja. Itupun tidak semua manusia mempunyai kebolehan itu. Bayangkan kalau manusia mampu  menguasai kuasa minda 100%. Mungkin kita akan kuasa macam Professor Xavier dan Jean Grey di dalam cerita X-Men. Hihi. 
Untuk Asia's Got Talent tahun ini, saingan utama Andrew ialah  ADEM Crew daripada Kryzgtstan, Ahli Silap Mata Indonesia Riana dan semua peserta Filipina (Filipina paling banyak hantar undian di dalam mana-mana rancangan di dunia ini). Jika mahu Andrew Lee menang AGT tahun ini, jom cepat undi beliau di sosial media sekarang. Jom tengok video magik beliau di bawah. 


Magik Yang Sangat Hebat. Spechless. Jom Saksikan .
Semifinal Asia' Got Talent 
17 November 2017 


Magik Agak Menggerunkan. Jom Saksikan
Audisi Awal  Asia's Got Talent
12 Oktober 2017




Sumber : YouTube Channel, scientificamerican.comNST & Google Image

Wednesday, November 15, 2017

Makanan Jepun memang selalu dikaitkan makanan yang unik dan segar. Di Malaysia, makanan sushi mula popular di kalangan rakyat Malaysia sejak pertengahan era 90 an lagi kerana konsep makanannya yang mudah, segar dan eksotik.

Sushi Kucing

Secara asasnya makanan sushi ini melibatkan nasi putih yang dimasak bersama cuka nasi sushi di dalam periuk nasi. Ianya kelihatan seperti nasi pulut tapi hakikatnya ianya bukan nasi pulut. Nasi sushi ini akan diproses menjadi satu bentuk silinder pendek dan dibalut dengan rumpai laut yang dipanggil Nori. Kemudiannya di atas nasi sushi ini akan diletak samada ikan salmon, crab stick, ayam goreng, sotong dan banyak lagi untuk dijadikan satu hidangan lengkap. Lazimnya ia dimakan dengan wasabi atau soy sauce.

Bila sebut wasabi. pernah tak anda membuat wasabi? GV pernah beberapa kali membuat wasabi. Caranya senang sahaja. Serbuk wasabi itu dicampur dengan air yang sudah disukat mengikut ukuran tertentu dan dikisar bersama dengan menggunakan mesin pengisar. GV pernah terlupa sekali  untuk memakai topeng muka ketika hendak mengisar wasabi. Akibatnya mata GV berair, pedih tekak, hidung dan asyik batuk sebab tak tahan bau kepedihan wasabi itu sendiri. Tahap kepedihan menusuk kalbu bau wasabi itu lebih dasyat daripada rasa pedih potong bawang atau potong lada merah. Satu pengalaman yang tidak dilupakan. Tapi itu adalah cara membuat wasabi beberapa tahun lepas. Zaman sekarang GV tidak pasti jika ada cara lebih mudah menghasilkan wasabi itu di restoran Jepun kini. 

Berbalik kepada makanan Jepun tadi, GV suka sangat makan Chigiri Age (kek ikan) dan Tori Karaage (atas nasi sushi ada ketulan kecil ayam goreng bersama sedikit mayonis). Memang sedap. 
Oleh itu, jom kita  lihat sushi apakah lagi yang sedap dan popular di Malaysia. ini. 


 MAKANAN SUSHI 
PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. KANIKAMA 

Sushi ini paling digemari oleh orang Melayu Malaysia. Bahan utama sushi ialah nasi sushi, rumpai laut, wasabi disapukan pada bebolah nasi dan crab stick. 


02. KANIKAMA MAKI
Jika terjumpa dalam menu Sushi tulis perkataan MAKI kat belakang, maknanya sushi itu dibuat menjadi gulungan sushi. Macam Kanikama Maki adalah bahan yang sama seperti kanikama. Bezanya ialah bentuk fizikal itu sahaja yang berbeza.


03. KANIKAMA MAYO 
Kanikama Mayo ialah crab stik yang sudah dihiris kecil (sudah siap dalam bungkusan belian) dan dicampurkan dengan mayonis. Kanikama itu ialah sushi crabstik. Mayo pula ialah mayonis. Bahan campuran diletakan dalam satu bentuk sushi seperti di atas.


04. EBIKKO
Yang ini selalunya Chinese Malaysia suka makan dan beli. Warna merah itu adalah telur udang. Tetapi sekarang kebanyakan kedai sushi jual Tobikko iaitu telur ikan.


05. SAKE 
Salmon Sake ialah sushi Salmon. Yup, salmon ini mentah tapi sudah diproses dengan baik sebelum diletakkan di atas nasi bebola sushi itu. 


06. TUNA MAYO 
Tuna Mayo ialah tuna yang dicampur dengan mayonis. 


07. TORI KARAAGE
Yang ini boleh dibuat di rumah sahaja. Tori Kaarage ini ialah sushi ayam goreng yang lazimnya diletakkan mayonis di atasnya.


08. CHIGIRI AGE 
Kalau tidak silap GV, Chigiri Age ini bebola ikan campur sayur. 


09. KAPPA MAKI


Kappa adalah timun. Jadi Kappa Maki ini ialah gulungan sushi timun. Selalunya letak bijirin kat atas timun itu sebelum digulung dengan menggunakan Maki (alat gulung sushi)

10. UNAGI 
Unagi ialah belut. Jadi di atas adalah sushi belut. 


11. EBI 
Ebi ialah udang. Ebi di dalam gambar adalah mentah tetapi sudah diproses dan bersih. Jadi sushi di atas adalah sushi udang.


12. EBI TEN 
Ebi Ten ialah sushi udang yang digoreng.


13. EGG MAYO
GV pernah buat Egg Mayo ini. Tapi GV sudah lama apa resepi telur hancur ini. Cecair kuning di atas ialah telur hancur yang dikisar dan dicampur dengan beberapa bahan lain. Warna merah pula ialah telur udang. 


14. TAMAGO 
Tamago ini ialah telur yang diproses bersama bahan tertentu dan dibekukan di dalam peti ais jadi bentuk macam di atas. GV dah lupa resepi Tamago ini. huhu. 


15. INARI
Inari ialah macam tauhu kering. Nasi sushi diletakkan di dalam Inari ini.

16. KANITAMA MAKI

Kanikama (crab stick) + Kappa (timun) + maki (gulungan sushi) = Kanitama Maki. Lazimnya mayonis disapukan di atas sushi ini. 


17. EBITEN MAKI 
Ebiten (udang goreng) + Maki (gulungan sushi) = Ebiten Maki


18. CALIFORNIA MAKI
California Maki memang sangat popular di kalangan penggemar makanan sushi Malaysia. Bahan di dalam sushi ialah udang goreng, timun, atau apa-apa yang anda mahu letak. Bezanya kat luar sushi ini ada serbuk Ebikko atau Tobikko. 


19. GOLDEN BALL
Telur rebus yang digoreng menggunakan bancuhan istimewa. Kemudian dibelah dua dan diletakkan Kanimayo di atas telur rebus goreng ini beserta dengan mayonis sekali. Memang sedap.


20. CALIFORNIA TEMAKI
Gabungan bahan seperti timun, crabstick, tamago etc dan digulung seperti bentuk aiskrim. Jadilah California Temaki.


21. CHUKA IDDAKO
Sotong kecil-kecil yang dicampur serbuk bijirin. 


22. EDAMAME

Edamame ialah kacang soya muda yang sudah diproses bersih dan boleh dimakan.


23. SASHIMI 
Multiple sushi in one plate. 



Sushi Kucing. Meowwwwww. 

P/S : Menu sushi kerap berubah dan sentiasa ada inovasi baru di dalam resepi mereka. Mungkin ada sushi di atas agak ketinggalan dari sudut persembahannya. Tapi takpelah, yang penting kita enjoy the food right. Peace yaaaw
😍


Sumber : Google Image. 



Tuesday, November 14, 2017

Mariah Carey mempunyai satu kelebihan teknik vokal yang berbeza berbanding Whitney Houston dan Celine Dion iaitu teknik Whistle Register . Disebabkan itu juga Mariah kerap dilabelkan sebagai Penyanyi Terbaik Dunia sejak era 90 an lagi. Namun, rasanya ramai tidak tahu yang ada artis yang telah kalahkan vokal Mariah Carey kerana artis itu juga mempunyai kebolehan yang sama seperti Mariah iaitu teknik Whistle Register. Siapakah penyanyi itu? 
Penyanyi itu bernama Georgia Brown yang merupakan penyanyi terkenal dari Brazil. Beliau sudah menyanyi sejak tahun 1997 lagi dan sudah banyak anugerah terbaik beliau menangi di sepanjang karier beliau. Bagaimana  beliau mengalahkan vokal Mariah Carey? Mariah Carey mempunyai kebolehan untuk mencapai lingkungan suara setinggi lima oktaf. Berbeza dengan Georgia di mana beliau boleh mencapai sehingga lingkungan suara lapan oktaf. Georgia juga mampu capai nota tinggin nyanyian sehingga G10. Disebabkan itulah Georgia telah dinobatkan Greatest Vocal Range for Female daripada Guinness World Record sejak tahun 2004

Apa yang uniknya vokal Georgia? Yang uniknya vokal Georgia inilah teknik Whistle Register beliau lebih padu dan mantap dan kadang kedengaran seperti burung sedang berkicauan. Lebih menarik lagi, suara beliau juga kadang kedengaran seperti air cerek tengah mendidih dan boleh membuat teknik Whistle Register lebih lama daripada Mariah Carey sendiri. Tidak percaya? Jom tengok video vokal beliau di bawah.

Video Georgia membuat demostrasi vokal beliau yang kedengaran seperti air cerek tengah mendidih

Video Georgia Menyanyi Guna Teknik Whistle Untuk Jangka Masa Agak Lama Tanpa Henti

Hebat kan Georgia Brown. Namun, dari segi lenggok nyanyian, Mariah Carey akan menang kerana Mariah pandai melagukan lagu dengan gaya tersendiri dan ianya menjadi trademark kekal beliau sampai bila-bila
Mariah Carey

Sumber : Guinnes World Record & Google Image
Kalau anda selalu menonton filem sains fiksyen di Hollywood, pasti anda akan perasan yang banyak filem mereka menceritakan mengenai pengembaraan manusia ke Planet Marikh telah diterbitkan. Contohnya seperti filem The Martian (2015), Red Planet (2000), John Carter (2012), Total Recall (1990) dan banyak lagi. Mesti ramai yang pelik kenapa Marikh kerap dijadikan subjek filem untuk habitat manusia selepas Bumi.
Teori Marikh untuk dijadikan sebagai  habitat manusia yang seterusnya selepas Bumi ini sudah lama dibincangkan sejak tahun 1894 lagi. Ianya bermula apabila Ahli Astronomi Amerika Syarikat, Percival Lowell mengeluarkan satu teori yang beliau percaya pembinaan satu aliran air yang diberi nama Terusan Marikh  itu telah dibina oleh penduduk Marikh itu sendiri. Ini menunjukkan seolah-olah Marikh ini sebenarnya mempunyai tamadun hidupan makhluknya sendiri berdasarkan penemuan tersebut. Namun, sehingga kini, masih belum ada bukti sahih untuk menyokong teori ini kerana terdapat pelbagai pendapat berbeza  mengenai isu ini dikalangan para ahli saintis sendiri. Walau bagaimanapun, teori ini telah menjadi titik permulaan kepada karyawan filem untuk menerbitkan filem bercorak pengembaraan ke planet luar terutamanya Marikh. Antara filem Hollywood paling awal sekali menggunakan tema penggembaraan ke Marikh ialah filem Aelita. Filem yang diterbitkan pada tahun 1924 ini  merupakan filem hitam putih tanpa suara.

Disebabkan perkembangan ilmu astronomi semakin berkembang, projek Stesen Angkasa Antarabangsa telah dibina untuk memenuhi impian menerokai alam angkasa lepas di kalangan manusia. Projek ini adalah hasil kerjasama daripada negara Amerika Syarikat, Rusia, Eropah, Jepun, China dan Kanada. Menurut Dewan Kosmik, ISS ialah ciptaan lembaga makmal buatan manusia terbesar yang ditempatkan di orbit, iaitu lebih kurang 460 kilometer dari permukaan Bumi. ISS ialah makmal sains angkasa yang berfungsi untuk membantu manusia mencungkil ilmu bagi meleraikan rahsia cakerawala dan kehidupan di angkasa raya, serta mengkaji kesan ruang terhadap tubuh manusia di alam sekitar.

Setiap angkasawan yang ingin dihantar ke angkasa lepas wajib menjalani latihan khas di ISS terlebih dahulu. Ini adalah untuk membiasakan tubuh badan mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana sebenar yang melibatkan alam mikrograviti dan pelbagai peralatan melibatkan gaya kehidupan di angkasa lepas nanti.

Selepas selesai bertugas di ISS atau ke angkasa lepas, angkasawan yang pulang ke Bumi akan  mengalami perubahan yang amat ketara melibatkan tenaga fizikal mereka di mana mereka menjadi lebih lemah dan tidak berupaya melalukan sesetengah perkara yang menjadi amalan harian manusia. Namun, situasi ini hanya sementara sahaja kerana kelemahan fizikal badan itu akan kembali normal selepas beberapa bulan berada di Bumi nanti.

Jika projek menjelajah ke Planet Marikh ini berjaya dilaksanakan, perjalanan kapal angkasa  pergi-balik  ke Marikh  mungkin mengambil masa anggaran dalam 30 bulan. Jumlah anggaran hari ini adalah bergantung kepada teknologi kapal angkasa yang digunakan untuk ke Planet Marikh nanti.

Jika anda mahu merasai pengalaman hidup di Marikh, GV syorkan anda melihat filem The Martian (2015) lakonan Matt Damon. Filem yang melibatkan kerjasama daripada pihak NASA ini telah berjaya menampilkan satu visual imaginasi yang hampir tepat berdasarkan kajian ahli saintis dan ia sememangnya sangat menganggumkan. Andai kata Bumi ini hancur, sempatkah kita ke Planet Merah @ Marikh nanti untuk survive ? Pastinya persoalan ini mungkin bermain di kotak fikiran kita untuk suatu jangka masa yang sangat lama kan. Wallahuallam. 

Sumber : Dewan Kosmik Bil 8 2017, Space.Com & Google Image
Perasankah anda cuaca di Malaysia ketika ini amat jauh berbeza dengan cuaca pada tahun 80 an dan 90 an? Kalau tidak silap GV, pada tahun 90 an, GV boleh agak bulan bila akan cuaca musim panas dan bila pula musim tengkujuh akan berlaku. Tetapi apabila masuk era 2000an, cuaca di Malaysia sudah agak berbeza sekali. Kini, boleh dikatakan hampir setiap bulan ada hujan dan musim panas pula tidak menentu. Malah, musim banjir pun boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Mengapakah ini terjadi?


Antara punca utama perubahan iklim ini adalah disebabkan Pemanasan Global. Pemanasan global ini sangat berkait rapat dengan iklim Planet Bumi. Punca berlakunya aktiviti ini adalah kerana peningkatan penghasilan karbon dioksida ke dalam atmosfera bumi oleh manusia.  Karbon dioksida memerangkap haba di permukaan haba dan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu Bumi. Pembakaran bahan api yang digunakan untuk menghasilkan penjanaan tenaga adalah contoh bagaimana karbon dioksida boleh dihasilkan.

Sekiranya kesan pemanasan global ini tidak dikawal, iklim dan cuaca di  Planet Bumi boleh berubah secara drastik, tidak seimbang dan berubah 360 darjah. Antara contoh ekstrem bagi pemanasan global ialah seperti kawasan Amerika Utara sekarang ini yang mempunyai musim dingin boleh berubah 360 darjah kepada cuaca Tropika seperti di Asia Tenggara. Gurun Sahara yang kering kontang itu juga  boleh berubah menjadi padang rumput segar atau menjadi kawasan pergunungan salji seperti di kawasan pergunungan Everest. Kebetulan pula, salji juga sudah mula ke Gurun Sahara dan ini juga menjadi petanda bahawa cuaca dunia sebenarnya  sudah mula menunjukkan perubahan  ketara kesan daripada aktiviti negatif ini. 

Menurut majalah Al-Islam, suhu Bumi pada 15,000 tahun dahulu (Zaman Ais Terakhir) adalah 20 darjah lebih sejuk daripada sekarang. Kemudian, selepas 12,000 tahun  itu, pemanasan global mula berlaku. Pada tahun 1880, glasier telah cair hampir 99 % dan telah menyebabkan paras air laut meningkat 130 meter ke paras laut sekarang. Sejak tahun 1880, suhu purata Bumi meningkat sebanyak 0.8 darjah Celcius. Berdasarkan kajian sainstifik, secara puratanya suhu permukaan Bumi adalah sekitar 15 hingga 16 darjah Celcius pada tahun 2012. Dan ianya terus meningkat dari tahun ke tahun dengan drastik sejak tahun 1880.  Tahun 2016 telah merekodkan peningkatan suhu purata Bumi paling tinggi.

Peningkatan suhu Bumi sebanyak satu hingga dua darjah Celcius sebenarnya akan memberikan kesan besar kepada iklim dunia. Menurut pakar Jet Propulsion Laboratory (JPL), NASA, peningkatan suhu antara 1-2 darjah Celcius ini akan menyebabkan musim kering menjadi 33% lebih panjang, ribut petir akan 33% lebih lebat dan ia juga akan mengganggu proses penanaman dan pengeluaran tanaman seperti gandum dan soya. Peningkatan suhu ini juga akan menyebabkan peningkatan paras laut melebihi paras biasa dan mungkin akan menyebabkan beberapa bandar di tepi pantai akan tenggelam.

Akhirnya, satu penyelesaian telah dilakukan di mana sebanyak 196 buah negara telah bersetuju membuat ikatan Perjanjian Paris 2015 dalam usaha mereka menangani masalah global dunia ini. Di dalam perjanjian ini, semua negara terlibat perlu berusaha keras untuk mengekang kenaikan suhu supaya di bawah  dua darjah Celcius ini sahaja dan tidak meningkat secara drastik lagi. Jika ia dibiarkan mencapai dua darjah Celcius, ahli saintis menjangkakan ais di Artik akan cair sepenuhnya pada tahun 2040 dan akan menyebabkan banyak tempat rendah di Bumi akan tenggelam di telan Bumi.

Berdasarkan info ini, baru GV faham kenapa kadang-kadang hujan lebih lama daripada kelazimannya dan kenapa taburan hujan seluruh dunia juga makin lama makin meningkat. Begitu juga dengan kawasan yang panas di mana suhu sesetengah tempat di dunia ini kadang-kadang meningkat naik daripada sepatutnya dan ianya tidak konsisten. Itu belum lagi melibatkan isu pencemaran alam sekitar dan bencana alam lain seperti gempa bumi, tsunami dan gunung berapi. Kesemua faktor ini juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perubahan iklim Bumi dan ianya selalu di luar jangkaan kita sebagai manusia. Wallahualam.


Sumber : Majalah Al-Islam Oktober 2017 & Google Image

Siapakah Ikon Pop Lelaki Paling Popular sekali di dunia untuk sepanjang zaman. Mereka adalah...



10 IKON POP 
LELAKI PALING POPULAR DI DUNIA


01. ELVIS PRESLEY


ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 42 tahun / 16 Ogos 1977 (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 8 Januari 1935 
TAHUN AKTIF : 1953 - 1977
CATATAN :
Elvis Presley adalah Legenda Muzik Hollywood paling fenomena dan dikenali semua penduduk Bumi. Beliau yang diberi gelaran King Rock N Roll dan The Kings ini cukup terkenal dengan berpuluh-puluh lagu beliau yang super hits dan gaya persembahan beliau yang energetik serta mantap. Beliau juga merupakan contoh Artis Gred A yang mempunyai pakej lengkap sebagai artis iaitu mempunyai bakat seni yang bagus dan berwajah sangat kacak. Beliau juga merupakan Ikon Fesyen era beliau dan banyak pakaian persembahan beliau yang menjadi fesyen ikonik.  Jadi tidak menghairankanlah kalau beliau menjadi fenomena di kalangan penduduk Bumi  sejak era 50 an lagi dan popularitinya masih bertahan sehinggalah kini walaupun beliau sudah meninggal dunia.


02. MICHEAL JACKSON

ASAL : Amerika Syarikat
UMUR :  50 tahun / 25 Jun 2009
TARIKH LAHIR : 29 Ogos 1958
TAHUN AKTIF : 1964 - 2009
CATATAN :
Micheal yang juga dikenali sebagai King Of Pop ini memang sangat popular dengan tarian hebat beliau seperti Moonwalk dan banyak lagi. Lagu-lagu popular beliau juga amat dinyanyikan oleh penyanyi lain kerana memerlukan penghayatan dan kekuatan vokal yang mantap. Selain itu, Micheal Jackson juga adalah Tokoh Video Muzik Era Moden yang memberikan satu  impak besar yang sangat besar kepada saluran rancangan MTV dan francais Anugerah MTV itu sendiri.


03. THE BEATLES


ASAL :  England
TAHUN AKTIF : 1960 - 1970
CATATAN :
Artis British Paling Berjaya Sepanjang Zaman ini ini juga tidak kurang hebat juga. Kesemua ahli kumpulan ini sangat popular dan mempunyai karier solo yang sangat menakjubkan.


04. JUSTIN BIEBER


ASAL : Kanada
UMUR : 23 tahun 
TARIKH LAHIR : 1 Mac 1994
TAHUN AKTIF : 2008 - kini
CATATAN : 
Justin adalah artis era 2010 an paling popular di dunia. Tidak kira apa jua lagu atau kontroversi yang dilakukan oleh beliau, ianya tidak sedikitpun melunturkan populariti hebat yang diperolehi oleh beliau. Lagu Despacito yang meletop itu pun menjadi lebih meletop apabila Justin Bieber menyanyikan semula lagu itu bersama Luis Fonsi dan Daddy Yankee. 


05. JUSTIN TIMBERLAKE
ASAL : Amerika Syarikat 
UMUR : 36 tahun 
TARIKH LAHIR : 31 Januari 1981
TAHUN AKTIF : 1992 - kini
CATATAN : 
Justin Timberlake pernah digelar sebagai  Michael Jackson versi Mat Saleh. Ini adalah disebabkan style nyanyian dan muzik beliau banyak dipengaruhi dengan gaya dan muzik Michael Jackson.

06. EMINEM
ASAL : Amerika Syarikat
UMUR : 45 tahun
TARIKH LAHIR : 17 Oktober 1972
TAHUN AKTIF : 
CATATAN :
Raja Rap/Hip Hop Dunia ini adalah Artis Paling Banyak Jualan Rekod di dunia untuk era awal 2000 an. Beliau juga mempunyai banyak video muzik hebat dan menarik.

07. ELTON JOHN


ASAL : England 
UMUR : 70 tahun
TARIKH LAHIR : 25 Mac 1947
TAHUN AKTIF : 1963 - kini
CATATAN :
Raja Pop era 70 an ini memang sangat popular dengan lagu Pop Balada. Lagu yang paling diingati pastinya lagu untuk mendiang Puteri Diana yang berjudul Candle In The Wind pada tahun 1997. 


08. ONE DIRECTION
ASAL : England 
TAHUN AKTIF : 2010 - 2015
CATATAN :
Walaupun kehadiran mereka hanya sementara, namun impak yang diberikan oleh mereka kepada dunia seni hiburan dunia adalah sangat besar. Mereka dinobatkan sebagai kumpulan fenomena terhebat ketiga British selepas kumpulan The Beatles dan Spice Girls. Kesemua ahli kumpulan ini juga sangat popular terutamanya Harry Styles dan Zayn Malik. 

09. QUEEN
ASAL : England
TAHUN AKTIF : 1970 - kini
CATATAN :
Kumpulan ini dikagumi kerana mempunyai vokalis hebat iaitu Freddie Mercury dan pemain muzik rock terbaik. Lagu mereka berjudul Another One Bites The Dust, We Will Rock You dan We Are The Champion memang sangat fenomena dan masih popular sehingga kini. Malah, banyak lagu mereka juga disenaraikan di dalam senarai lagu terbaik sepanjang zaman iaitu seperti Bohemian Rhapsody. 


10. NIRVANA
ASAL : Anerika Syarikat
TAHUN AKTIF : 1987 - 1994
CATATAN :
Bila sebut Nirvana, pasti nama Kurt Cobain akan muncul sekali. Kumpulan ini kerap dinobatkan sebagai kumpulan rock moden paling popular sepanjang zaman. Ianya mungkin kerana populariti yang diraih oleh Kurt Cobain dan lagu mereka berjudul Smell Like Teen Spirit juga merupakan salah satu lagu Rock terbaik sepanjang zaman. 

Elvis Presley

Jika anda ingin tahu siapakah Ikon Pop Wanita Paling Top Di Dunia pula, anda boleh klik ini >> IKON POP WANITA PALING TOP DI DUNIA


Sumber : Google Images.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI